13 November 2012

A PICTURE TELLS ALL: TCM SPINNING IN 1964


Working as a team from cotton tearing to yarn spooling.Three categories of spinning general staff . Back row from left: M. Chew (management staff), Ahmad Fadzil Yassin (Pre-Spinning Cadet Supervisor), Miss Yamaguchi (Drawing and Rovng Japanese textile technician), and Omar Ahmad (Drawing and Roving general worker). Squatting from left: Zainal Abidin Hassan (Blowing general worker ), Jalaluddin (Rewinding general worker) and Ariffin (Spinning general worker). The four general workers were then promoted to Section in-charge overseeing the the smooth running of the Spinning interconnecting  cotton-to-yarn procecesses. They have all since retired, except Ariffin, who lost his life in the tragic 13 May racial conflict in Kuala Lumpur.He left Spinning Mill a year before the conflict.

03 October 2012

LALA, HOW ABOUT A BIOGRAPHICAL NOVEL INSTEAD!

 
 
‎Zuhaila Akmar‎

Zuhaila Akmar Mohd Sedek: The Family's Lala!
.. 

 Salam semua, semalam lala baca diari Arwah Tok Apa sebab dalam proses nak buat artikel tentang penulisan diari. Lepas baca diari tu, hati rasa sebak and terharu. Tok Apa seorang yang bijak dan teratur. Susah nak cari individu yang commit hari-harinya menulis kejadian2 di sekeliling. Tentang cuaca pun ditulisnya. Diari tu adalah dokumen sejarah dan dia menulis untuk tatapan anak cucunya. Catitan tentang sejarah penubuhan Rantang pun ada. Sayang Lala tak berapa ingat semua kenangan bersama Tok Apa.Tapi kalau jumpa Tok masa kecil, mesti tok bagi jajan.Abang Iwan selalu nak jajan lebih dari orang lain. Jajan Lala yang jadi mangsa. Hehehe. Rindu nya zaman dulu. Kalau ada mesin masa kan bagus, boleh rewind sikit:) Mulai hari ni Lala nak tulis diari jugak. Esok2, anak cucu boleh baca. Kepada yang lain, tulislah diari jugak..Diari ni mengingatkan kita pada titik permulaan kita. Harap-harap editor Lala gives a thumbs up to the story. Wish me luck!!


29 September 2012

KETENANGAN WAKTU SENJA DI DANGA BAY, JOHOR BAHRU.


 
Menara Ansar di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru dengan Hotel Puteri Pan pacific di sebelahnya, satu mercu tanda, simbol kemajuan Johor Bahru. Bangunan ini sekitar enm km jauhnya dari Pantai Lido yng kini dikenali dengan Danga Bay.

 


 Satu senja selepas maghrib saya Mengunjungi Danga Bay (dulunya Pantai Lido) di Johor Bahru. Kebetulan  senja itu beGitu ramai pengunJung yang menurut biras Noorzrin rata-rata DATANG dari Singapura yang hanya 1 km di seberang tambak. Lapan tahun dulu kami pertama kali mengunjungi Dangan Bay ini ketika mula pantai canggih itu buka pada umum. Ikutilah catatan saya ketika itu yang kemudian disiarkan dalam Utusan meayu Mingguan, bertarikh 20-26 Jun 2004:

Kini di mana-mana sahaja di Johor Bahru, orang bercakap tentang Pusat Rekreasi Danga Bay. Walaupun pembangunan keseluruhan pusat rekreasi ini belum siap namun pusat ini telah memikat hati kebanyakan pengunjung, yang datang jauh dan dekat. Tergiur dengan publisiti besar-besarannya maka saya mencuri peluang mengunjungi pusat rekreasi terbaru di tepian Tebrau malam Ahad minggu lalu.

 Pusat ini terletak bersebelahan Pantai Lido yang pada tahun-tahun lampau menjadi peleseran anak-anak muda dan mandi-manda di hujung minggu. Begitu masyhurnya Pantai Lido satu ketika sehingga namanya diabadikan dalam lagu “Tanjung Puteri” yang masih disiulkan masyarakat Johor hari ini. Disebabkan pencemaran, pantai itu tidak lagi menjadi tumpuan orang mandi-manda dan pengunjung pula semakin berkurangan.

 Pembangunan Danga Bay yang berkonspkan taman tema bagaikan cuba mengembalikan kegemilangan Tepian Tebrau ini, setidak-tidaknya kawasan Selat Tebrau, dari Pantai Lido ke Batu Lima, Tampoi sepanjang Jalan Skudai akan menyaksikan kebanjiran semula pengunjung yang mahu mencari ketenangan , terutama di hujung minggu. Respons awal kepada usaha ini amat menggalakkan. Seorang pengawal keselamatan Danga Bay yang dihubungi berkata orang datang bertali arus, baik siang mahupun malam. Tidak kira hujung minggu atau hari biasa.

Menurut pengawal itu, dia tidak menduga kawasan yang dahulunya tinggal sepi, terlebih lagi pada hujung minggu kini penuh sesak dengan manusia. Katanya, “Tak tahulah, mungkin kawasan ini baru sahaja dibuka, itu sebabnya orang ramai datang.” Baru pun tak baru juga kerana pengunjung telah pun mula menapak di kawasan ini sejak Hari Raya Puasa lalu.

Pengawal itu masih belum lupa bahawa kawasan itu  dahulunya ditumbuhi pokok-pokok pain dan menjadi tempat gelanggang sukan, terutama tenis. Ada sebuah restoran “Singgah Selalu” yang dibuka 24 jam yang menghidangkan pelbagai makanan, tidak terkecuali makanan khas Johor. Mulai senja kawasan itu bertambah sepi, tiada lagi pengunjung. Malah keadaan tidak mengizinkan pengunjung untuk tinggal lebih lama. Begitu sepi dan terpencil. Di Pantai Lido yang berhampiran hanya deru ombak dan enjin kenderaan yang masih kedengaran sepanjang senja membawa ke malam.

 “Awak boleh lihat sendirilah. Sekarang nak letak kereta pun susah. Kadang-kadang terpaksa letak di kawasan simpang masuk ke Jalan Istana Bukit Serene sana,” ujar pengawal berkenaan. Ertinya pengunjung terpaksa meletakkan kenderaannya lebih kurang satu kilometer dari kawasan pusat rekreasi. Ada pengunjung yang mahu tidak mahu menggunakan khidmat keretapi mini pusat rekreasi untuk mendapatkan kenderaan semula.

 Perkhidmatan kereta api mini pusat ini amat popular. Ia memberi khidmat kepada pengunjung yang ingin menikmati keindahan malam dari hujung ke hujung pusat. Dengan hanya membayar sati ringgit, pengunjung dibawa menyelusurui sepanjang pantai melalui lautan manusia. Yang mahu lebih bersendirian atau berdua-duan ada pula khidmat beca roda tiga menyusup lalu di bawah remang-remang cahaya warna-warni seolah-olah meliliti tiangnya dari atas ke bawah.

Danga Bay turut menawarkan khidmat hiburan untuk kana-kanak seperti yang terdapat di sebarang taman hiburan. Bagi kebanyakan pengunjung dari Singapura, khidmat ini bagaikan telah menghidupkan semula konsep hiburan Great World dan New World tahun-tahun 1950an dahulu. Malah pengunjung Johor yang berusia emas turut merasakan kebersamaan konsep itu. Jika pada dekad itu orang Johor yang sering ke Singapura untuk mendapatkan hiburan maka kini orang Singapura pula yang bertandang ke Danga Bay.

Cuma bezanya, Danga Bay menawarkan lebih banyak perkhidmatan rekreasi kepada anak-anak dan orang dewasa, kecuali pentas joget. Ada feri  pesiaran, ski air, kuda tunggangan dan bagi yang hanya mahu berpeleseran ada pula tempat duduk yang disusun sepanjang dataran terapung. Melalu feri pesiaran, pengunjung berpeluang menikmati keindahan pantai dari laut dengan bangunan pencakar langitnya. Dengan hanya RM10 untuk orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, pengunjung akan menyaksikan antaranya, Bangunan Kerajaan Bukit Timbalan, Istana Bukit Serene, Masjid Suktan Abu Bakar, Istana Besar, Hospital Umum Tun Aminah, Dataran Bandaraya dan Lot 1 JB Waterfront “berarak lalu”.

 Jika malam, ada tarikan tambahan berupa lampu warna-warni yang menghisi bangunan dan sepanjang Jalan Skudai. Dan di sebelah Timur kelihatan  Tambak Johor yang dihiasi deretan lampu jalan dengan kenderaan bergerak bertali arus dari kedua-dua arah Johor Bahru-Woodlands ibarat semut pulang ke sarang. Sebuah bangunan terbuka dua tingkat yang besar menampung  gerai-gerai makan. Bangunan yng menempatkan gerai makan ini merupakan destinasi utama pengunjung. Pada malam minggu pengunjung kadang-kadang terpaksa beratur menunggu giliran “layan diri” masing-masing. Setelah mendapatkan khidmat layan diri, pengunjung perlu pula mencari-cari meja kosong. Ada kalanya pengunjung menunggu lama dengan makanan di tangan sebelum mendapat tempat.

 Menurut sekumpulan anak muda yang tidak pernah ketinggal berkunjung ke pusat ini setiap malam minggu mengakui bahawa “Danga Bay memberi ketenangan di tengah-tengah hingar-bingar suara pengunjung, loceng beca, tiupan semboyan kereta api mini, jeritan anak-anak di taman hiburan dan deru ombak memecah pantai.” Kata seorang daripada mereka yang memanggil dirinya “Jamal” sahaja, “Sekarang dapatlah kami mencari angin segar malam minggu di tepi pantai ini. Dahulu, kita orang habiskan masa di tempat karaoke di warong makan. Belanja pun kuranglah. Masalah kami ialah tempat letak kereta. Tak cukup.”

 Masalah meletak kenderaan amat serius, terutama pada  hujung minggu. Usaha memperbanyak tempat letak kereta merupakan cabaran berat menanti pihak berkuasa. “Ini baru fasa permulaan pembangunan,” kata Jamal. “Bagaimana nanti kalau pusat rekreasi ini siap sepenuhnya? Dan jambatan telah menggantikan Tambak Johor?” Jamal membayangkan betapa sibuknya pusat rekreasi Danga Bay ini setelah Tambak Johor dirobohkan. Sudah pasti perkhidmatan peranginan feri pesiaran akan diperluas hingga menyeberangi jambatan menuju Setulang laut atau lebih jauh lagi Pasir Gudang di sebelah timur  dan jembatan Link Kedua dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di sebelah Barat. “Pihak pengurusan Danga Bay perlu juga memikirkan kesan jangka panjang pembangunan pusat ini dari segi  jumlah pengunjung dan perkhidmatan letak kereta,” kata Jamal.

Apapun jua Danga Bay mulai muncul sebagai pusat rekreasi terbesar dan terbaik di gerbang selatan. Walaupun belum mampu menyaingi pusat rekreasi Pulau Sentosa di Singapura, namun elemen-elemen menyaingi pusat itu telah mula terbayang. Selat Tebrau tanpa Tambak Johor menjanjikan keindahan malam buat pengunjung. Bukan tidak mungkin Selat Tebrau sepanjang psisir pantai dari Pasir Gudang  ke Pelabuhan Tanjung Pelepas akan bertukar wajah menjadi sebuah destinasi pelancongan yang menyaingi  destinasi-destinasi lain di rantau ini. Gerbang Selatan dengan Jambatan pengganti Tambak memberi harapan kepada Kerajaan Negeri menyedut sebanyak pengunjung bukan sahaja dari utara tetapi yang lebih penting dari pulau-pulau di selatan gerbang, terutama Singapura, Batam dan Bentan. Buat sementara ini Tambak Johor masih menjadi penghalang kepada harapan itu. Kira-kira 11.00 malam saya meninggalkan Danga Bay menuju pusat bandaraya Johor Bahru. Jauh di depan, Tambak Johor masih juga dipenuhi kenderaan yang bergerak dari kedua-dua arah. Cahaya lampu jalannya sedikit pudar ditelan kabut malam.(afy)
 

 

07 September 2012

PEMERGIAN EMPAT AHLI KELUARGA YANG TAK KEMBALI LAGI!

 
Abah (Allahyarham), 74 tahun
 
 
Di suatu masa, Amrah (dua kiri) bersama Faiz ketika menikmati hidangan di Kg. Melayu Majidee, Johor Bahu. Kin kedu-duanya sudah Arwah.


Empat orang anggota keluarga yang paling rapat kini telah tiada. Namun hakikatnya begitulah, kepadaNya mereka datang dan kepadaNya mereka kembali. Kami redha sebagaimana kami redhai akan takdirNya. Dan Insya-Allah semua kami juga akan pulang menemuiNya, suatu ketika, entah esok , entah lusa. Sebenrnya kita semua sedng menuju pelabuhan waktu.

Mulanya kami kehilangan adik kami, Saadiah Yasin akibat demam panas. Adik kami itu baru berusia sekitar enam bulan pada tahun 1949. Adik kami meninggal di atas pangkuan emak di rumah Uwan "baruh" Uwan Saadan. Pada masa itu Saya masih kecil baru berusia lima tahun . Saya masih ingat bagaimana Abah membawa jenaah adik kami yang masih kecil itu dibaawa dengan tikar mengkuang kecil dan digendong Abah ke tanah perkuburan kira-kira 500 ela dari rumah.

Kemuudian kami kehilangan Abah yang dikasihi pada tahun 1984, ketika berusia 74 tahun akibat sakit tua. Saya tidak dapat bertemu dengan Abah pada saat-saat akhirnya kerana berada di Medan, bersama-sama kawan-kawan Dr. Othman Puteh, Dharmawijaya dan Mod. Yusof Md. Nor kerana urusan rasmi dengan Toko Buku Deli, Kebetulan pada masa itu kami dalam penerbangan pulang. Setelah mendarat di Subang saya mendengar hebahan raya memanggil nama saya. Dan belum pun sempat saya mendekati Meja Penerangan Prof. Dr. Hashim Awang, yang menunggu kami, menarik saya ke tepi dan meminta saya mengikutnya ke kenderaan. Ketika itu Hashim bersama isterinya.

"Sabarlah," katanya pendek." Akhirnya saya faham maksudnya bahawa Abah sudah tidak ada lagi. Saya hanya dapat menahan sebak dan menangis dalam hati. Di rumah, di Damansara Utama orang rumah tengah menunggu bersama-sama tiga anak kami - Ahmad Faizal, Izanul Fazliah dan Iwan Fazlee - untuk pulang ke kampung di Gadong, Kota. Kami sampai agak petang dan Arwah Abah selamat dikebumikan pagi esoknya. Salah satu kegemarn Abah yang tidak lekang dengan dirinya ialah Abah tak miss dengan "rokok tembak"nya. Saya difahamkan dalam seminggu dua ini Abah beberapa kali bertanyakan saya dan minta bertemu tetapi oleh erana selalu sangat bertanyakan hal itu adik-adik bagaikan terlupa menghubungi saya. Galatnya bukan main kerana tidak dapat bertemu dengannya.Biasanya saya menemui Abah sebulan sekali.

Pada Mac 2007, anak sulung kami, Ahmad Faizal pula meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat diabetes ketika berusia 39 tahun. Faizal pergi menemui Penciptanya pad saat-saat puncak kerjayanya sebagai Pengarah Urusan Yayasan Ilmuan, yang ditubuhkan bersama bekas bosnya, Dr. Khairul Azmi Mohamad. Sebelumnya mereka bertugas dengan Kerajaan Negeri Johor di Pejabat Menteri Besar Johor, Dato' Abd. Ghani Othman di Bahagian Penerangan dan Penyelidikan. Faizal dilantik Timbalan Pengarah Penerangan dan Penyelidikan dan bertugas selama lima tahun. Faizal mengawali kerjayanya sebagai wartawan Berita Harian setlah lulus pengajian di Brock University, St. Catherine, Kanada dalam bidang Sains Politik. Faiz meninggalkan balu, Rosmawati Yunus (Ros), juga lulusan di universiti yang sama bersama-sama empat orang anak - Nurfaizzati, Nurrsydina, Ahmad Irfan dan Ahmad Irsyad. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Subang Jaya di sisi Ros. Pada masa itu saya dan isteri sedang dalam perjalanan mengambil keempat-empat cucu kami (anak-anak Allahyarham) di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Jenazah dibawa ke rumah kami di Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh dan dikebumikan lepas Asar di Tanah Perkuburan Kg. Kubu Gajah.

Terakhir kami kehilangan adik kami, insan istimewa, Hajah Amrah Yasin (61 tahun) akibat sakit jantung mengejut. Arwah alumni Tun Besar School Tampin tahun 1969. Istimewanya adik kami ini bukan usianya yang telah berusia 61 tahun tetapi Allahyarham mengidap penyakit yang jarang-jarang dihidapi, iaiu sejenis penyakit lukemia (SLA) sejak tahun 1977. Selama Arwah bertahan selama 35 tahun. Pernah berkahwin dengan Kassim Sir tetpi tidak kekal lama. Merea berpisah tanpa dikurniakan dengan cahaya mata.  Yang menyedihkan kami ialah ketika Alahyarham diserang jantung secara engejut pada pagi 28 Ogos 2012 itu, tidak ada seorang pun berada di rumah di Gadong, Kota. Hanya Alahyarham bersama emak yang juga kurang sihat. Allahyarham akhirnya terpaksa memanggil sendiri ambulans dari Hospital Tampin. Allhyarham bersendirian dalam kenderaan ambulans menuju hospital sementara emak tnggal bersendirian pula di rumah.

Saya menerima berita sesak nafas Allahyarham daripada adik saya. Mohd Nizam yang menelfon saya dari pejabatnya di Bandar Daansara. Ketika itu saya menunggu kawan-kawan ( Zahriman Alias dan Mohd. Zain Mohd. Yassin) untuk ziarah raya ke rumah Alumni TBSST Abu Aman Bachik (AAB) di Putra Height, Subang Jaya. Setelah berziarah beberapa ketika di rumah AAB, saya tidak dapat meneruskan ziarah raya  ke rumah Khalid Rahman di Setiawangsa  dan terus pulang ke Hospitakl Tampin. Saya dimaklumkan bahawa Amrah telah dikejarkan ke Hospital Seremban. Di Bahagian Kecemasan Hospital Seremban, adik saya, Basrah dan anaknya, Shahrir Bakhtiar, sedang menunggu. Katanya, "Ateh masih di bilik kecemasan."

Setelah dipindahkan ke Wad 6A hospital, kami melihat Amrah dalam keadaan lemah, Alat pernfasan masih dipasang dan kami lihat tarikan nafasnya normal. Suaranya lemah sekali. Saya menggenggam erat  tangan kirinya dan mereung matanya yang pejam celik. Amrah seperti ingin berkata sesuatu tetapi tidak banyak yang dapat saya fahami. Setelah sejam kami diminta meninggalkan Amrah sementara dua doktor mula merawatnya. Rasa saya seorang doktor wanita muda Melayu dan seorang lagi doktor India lelaki. Sebelum itu Amrah minta air kerana haus. Selang beberapa minit Amrah muntah.

Kakitangan hospital menasihatkan kami pulang sahaja kerana tidak aa apa yang dapat kami lakukan kecuali berdoa. Oleh kerana jam berkunjung telah tamat pada 7.30 malam kami pun beredar pulang ke rumah Amrah di Paroi. Dalam pada itu adik saya Rozita telah menjemput emak di kampung dan membawanya ke Seremban. Malamhya saya pulang ke Rawang untuk menjemput Ruby,  isteri saya. Di kaawasan R & R Nilai, saya menerima panggilan dari petugas Hospital Seremban, memaklumkan keadaan Amrah. Menurutnya mereka sedng berusaha menstabilkan jantung Amrah yang katanya "sedang dihalangi darah yang mula membeku di bahagian pembuluhnya. Kami sedang berusaha mencairkannya." . Saya tanyakan riiko rawtan begitu. Katanya, "Susah nak dijangkakan, 50-50." Petugas menyebut kemungkinan "pesakit meninggal" dua kali.

Saya panik dan terus menghubungi Basrah supaya bawa beberapa orang ke hospital dan pantau keadaan. Saya terus ke Rawang menjemput Ruby dan kemudian bergegas kembali  ke Hospital Sremban. Hampir tengah malam kami di Bilik Menunggu Kecemasan, mengharapkan sesuaatu perkembangan dripada petugas. Oleh kerana tidak ada perkembangan terbaru kami dinasihatkan pulang dan berjanji akan memklumkan jika ada kemajuan. Kami pulang semula ke Paroi. Dan ketika dalam keadaan menunggu dan bersiap-siap untuk tidut, Basrah menerima panggilan dari hospital memberitahu berita sedih. Petugas tidak menyebut berita apa tetapi kami sudah mengsyaki sesuatu yang kurang sedap telah berlaku. Ketika di wad petang itu, Amrah ada membisikkan ke telingan Basrah sebanyak dua kali. "Kalau Oni koma, ertinya maut." Dan saya difahamkan oleh petugas yang merawatnya melalui telfon awal bahawa Amrah telah ditempatkan di Wad CCU.

Kesemua anggota keluarga telah berkumpul di Paroi kecuali adik kedua saya, Sabariah dan keluarganya yang masih dalam perjalanan dari Johor Bahru. Tahulah kami apa yang kami harapkan tidak berlaku kini menjadi kenyataan. Harapan menggunung kini putus sudah. Ketika itu sudah pukul 2.00 pagi. Kami ke hospital dan di Tk 4, kami dapati Amrah telah menjadi arwah. Semua anggota keluarga dibenarkan masuk bergilir, tiga orang sekali ziarah. Saya dan Basrah bertanyakan prosedur dari petugas bagaimana secepatnya jenazah mahu dibawa pulang.

Kami mengambil masa tidak sampai satu jam untuk membereskan semua perkara admins untuk membawa jenazah pulang. Rasminya Amrah meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi 29 Ogos 2012 dan kami lega apabila dimaklumkan bahwa Amrh pada saat-saat akhirnyaa sempat mengucap dua kalimah syahadah setelah dibisikkan ke telinganya oleh doktor bertugas. Saya melihat wajah Arwah tenang dan saya mengucup dahinya beberapa kali buat kali terakhir. Kira-kira 3.30 pagi kami dalam perjalanan pulang membawa jenazah ke Kg. Gadong dengan ambulans. Adik saya Nizam, Basrah,Rozita, Zalina Zalina dan Rozita membuat persiapan di kampung. Jenazah selamat dikebumikan selepas Zohor 29 Ogos 2012 dan dihadiri kira-kira 100 orang, sahabat handai dan ahli keluarga, jauh dan dekat.

Al-Fatihah untuk empat anggota keluarga kami yang pergi buat selm-lamanya. Amin Ya Rabul-Alamin!



 .

 

14 August 2012

MELAKAR KERJASAMA PENDIDIKAN DAN BUDAYA UKM-UNPAD


Staf Akademik Fikom, UNPAD Bandung berkumpul dalam satu majlis Dies Natalies di Kampus induk Jatinangor. Kelihatan Drs. Atang Samsuddin (tengah baris depan) dan Drs. Riyono Pratikto di belakangnya. Riyono adalah juga seorang sasterawan Indonesia yang bukunya pernah diterbitkan di Malaysia bersama Dr. Othman Puteh.

Seramai 60 orang pensyarah dan ilmuan dari sebuah universiti di Bandung, Indonesia berkunjung ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  8-10 Oktober 2002 yang lalu untuk menghadiri Simposium Kebudayaan Malaysia-Indonesia Ke-8. Pensyarah dan ilmuan itu merupakan spesialis dalam bidangnya masing-masing yang berkait dengan kebudayaan dan ilmu sosial lainnya. Rombongan 60 orang itu diketuai oleh Rektor Universitas Padjadjaran Bandung.
 Hos simposium ialah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM dan simposium dirasmikan Selasa lalu oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’Aziz Shamsuddin  di sebuah hotel terkemuka di Bandar Baru Bangi. Simposum tiga hari itu mengetengahkan 18 kertas kerja, merangkumi pelbagai aspek kebudayaan dan kehidupan berilmu. Semua jurusan di fakulti sains sosial dan kemanusiaan digerakkan untuk menjayakan simposium. Begitu juga halnya dengan Universiti Pajajaran yang mengirim para ilmuan kanan bergelar profesor dan gurubesar. Dekan pelbagai fakulti yang berkait dengan ilmu sosial dan kemanusiaan turut hadir dalam simposium ini, antaranya Prof. Dr Zulrizka Iskandar, Dekan Fakultas Psikologi dan Drs Soeganda Priyatna, Dekan Fakultas Ilmu Komunikasi. Antara yang memberikan ucaputama ialah Datuk Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin dari ATMA.
 Termasuk tahun ini telah lapan kali simposium diadakan secara bergilir antara UKM dan Bandung. Bagaimana hasilnya? Seorang peserta dari Bandung, Drs Solleh Soemirat, MA dari Fakultas Ilmu Komunikasi menilai simposium sebagai wadah mendekati jurang komunikasi budaya antara dua negara, terutama di kalangan para ilmuan di dua universiti – UKM dan Padjadjaran. Katanya, “Kerjasama erat dalam bidang kelilmuan dan multi-disiplin dapat diteruskan, malah simposium sering mengingatkan kita akan pentingnya kerjasama itu.”
 Solleh sedikit gusar dengan arah tuju hubungan dua negara. Katanya, “Adalah membimbangkan di saat kita sedang berusaha mendekatkan jurang komunikasi di kalangan cerdik pandai di universiti, kini ada pula yang buat angkara dan karenah di peringkat orang biasa.” Solleh risau peristiwa  yang kurang “enak” yang melibatkan Tenaga Kerja Indonesia tanpa izin dan dihantar pulang baru-baru ini bagaikan menjejaskan usaha para ilmuwan ini memupuk kerjasama yang lebih erat.
 Matlamat simposum dan kerjasama antara UKM dan Bandung ini berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Kalau sekarang orang bercakap tentang globalisasi, maka “kita juga harus mengutamamakan proses globalisasi itu untuk dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua negara.” Katanya, “Malah ini juga ditekankan oleh Datuk Shamsul Amri ketika memberikan ucaputamanya selasa lalu.”
 Seperti lazimnya orang bersimposium, isu yang dibincangkan di luar sidang lebih menarik perhatian. Barangkali ini terjadi kerana perbincangan tidak terikat dengan tajuk-tajuk kertas kerja yang kadang-kadang rigid dan bersifat ilmiah. Kering dan kadangkala membosankan. Isu hangat yang dibincangkan di luar sidang ialah isu pendatang tanpa izin yang dihantar pulang baru-baru ini. Selain itu ada pula isu pengiriman pelajar Malaysia ke Indonesia yang jumlahnya semakin berkurangan saat ini.
 Solleh berpendapat neutral tentang isu ini. “Saya orang komunikasi dan saya perlu melihat tanpa bayangan prasangka,” katanya. “Sebagai seorang pendidik dalam bidang komunikasi, pesan penting ialah melihat sebarang isu itu atas dasar ilmu dan logika.” Maksud Solleh ialah jangan  libatkan unsur emosi dan sentimen kenegaraan jika mahu “bincangkan” masalah sensitif seperti ini.  Katanya lagi, “Yang penting mencari akar masalah seperti yang sering diminta Perdana Menteri Malaysia ketika mengulas  ancaman Presiden Bush untuk menyerang Iraq. Mahathir benar. Kerana bagi saya punca masalah pendatang tanpa izin ini, misalnya ialah wujudnya sikap tamak dan tidak berperikemanusiaan di kalangan mereka yang mengeksport tenaga kerja Indonesia ke Malaysia.”
 Beberapa orang peserta yang ketagih teh tarik membawa perbincangan tak formal ke gerai makan malam di Bangsar. Sekurang-kurangnya empat orang pesnyarah universiti Bandung berbincang serius bersama rakannya dari Malaysia. Misalnya, Didi Suyardi, Soeganda Priyatna, Zulrizka Iskandar dan Solleh Soemirat bersetuju bahawa pertukaran pelajar antara kedua negara ditingkatkan lagi. Malah Fakultas Kedoktoran sebuah universirti di Bandung menawarkan 30 tempat bagi pelajar Malaysia malanjutkan pelajarannya dalam bidang itu. Mereka mengakui suatu ketika tidak ramai lulusan dari Malaysia. Statistik menunjukkan sepanjang tahun-tahun 1970-90an hanya seorang yang lulus dari fakultas itu, padahal jumlah pelajar yang dihantar adalah lebih banyak.
 Kerjasama bidang penerbitan juga dibincangkan lebih hangat di luar sidang. Rombongan dari Bandung ini mengakui kecanggihan penerbitan di Malaysia, khususnya di UKM sendiri. “kita mungkin akan mengambil waktu juga untuk sampai ke tahap yang dicapai UKM hari ini,” kata Solleh. Dalam pada itu Solleh dan rakan-rakannya bercadang untuk mengirimkan hasil penelitian ilmiahnya yang ditulis semula kepada jurnal-jurnal di Malaysia untuk diterbitkan.
 Salah satu jurnal yang diperkatakan ketika “minum teh taik” di Bangsar itu ialah Pemikir terbitan Kumpulan Utusan Melayu. Selain Pemikir mereka menyebut Tenggara terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Solleh sendiri terkesan dengan kandungan “Pemikir” keluaran terbaru yang diperolehnya dari Penyelaras jurnal, Wan Hamzah Awang (Wahba). Solleh menyebut artikel “Hubungan Agama dan Negara” yang ditulis Kamaruzzaman Bustamam Ahmad.
 Kamaruzzaman, asli Aceh mendapat pendidikan  di Madrasah  Ibtidaiyah Negeri Krueng, Aceh Utara dan Institut Agama Islam Negeri  Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia. Artikelnya membincangkan keadaan agama Islam di Indonesia dalam realiti politik negara itu. Kajian ilmiah Kamaruzzaman itu menjadi penting kerana dua perkara. Pertama walaupun Indonesia sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang paling banyak, namun ia masih dianggap negara sekular. Bukan negara Islam. Dan hal ini lebih jelas diungkapkan dalam Perlembagaan negara itu yang digubal pada tahun 1945.
 Kemudian Indonesia kini dianggap sebagai salah sebuah negara di Asia Tenggara yang dicap sebagai  “sarang” pengganas yang dikaitkan dengan al-Qaedah. Ada beberapa pemimpinnya berada di Indoensia dan mereka dikehendaki oleh sama ada Singapura, Amerika mahupun Malaysia. Bagaimanapun artikel Kamaruzaaman tidak membincangkan tentang kedua perkara tersebut. Cuma di bahagian akhir artikel dua bahagian ini memperlihatkan kaitan Indonesia dengan keinginan beberapa rakyatnya menubuhkan sebuah  negara Islam atau “daulah Islamiah”. Kebetulan  istilah “Daulah Isliamiah” ini sering sahaja disebut-sebut ketika orang berbincang tentang kumpulan Jemaah Islamiah di Singapura dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) di Malaysia. Majalah Time baru-baru ini mendakwa pemimpin kedua-dua kumpulan ini berada di Indonesia.
 Bagusnya simposium kali ini ia mendapat kerjasama memberangsangkan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur. Timbalan Duta yaang juga Menteri Kedutaannya, Suherman Obon sentiasa mengambil berat tentang rombongan. Suherman kelihatan hadir dalam beberapa perbincangan. Katanya, “Simposium begini patut diteruskan. Malaysia dan Indonesia begitu dekat dan kita dari rumpun yang sama dan mengamalkan budaya yang sama.”
 Menurut Herman, dia peribadi lebih senang berada di Malaysia berbanding negara-negara lain. “Saya telah ditugaskan di merata negara di dunia ini, tapi Malaysia yang amat saya senangi. Saya seperti berada di negeri saya sendiri. Makannya, minumnya, orangnya tidak ubah seperti di Indonesia juga,” katanya. Sebagai menghormati rombongan pihak kedutaan mengadakan pertemuan silaturahmi antara staf kedutaan dengan peserta rombongan Rabu malam di bangunan kedutaan di Jalan Tun Razak.
Inilah juga yang mungkin menjadi penyebab utama mengapa begitu ramai peserta rombongan Indonesia menghadiri simposium tahunan ini. Menurut seorang peserta, jumlah yang hadir tahun ini adalah yang terbesar. Tahun depan simposium akan dilanjutkan di Bandung pula, di kampus Universitas Padjadjaran. “Saya melihat persediaan untuk menjadikan simposium tahun ini cukup berhasil. Pihak UKM telah begitu berhati-hati dan hasil kertas kerja yang telah dibukukan memudahkan kami mengikuti jalannya sidang,” kata Solleh.
 Solleh, salah seorang anggota jawatankuasa simposium di pihak Indonesia menganggap persediaan rapi oleh pihak UKM mencabarnya untuk mengadakan simposium yang lebih baik pada tahun depan. “Perlu saya akui bahawa pembukuan kertas kerja dan diedarkan serentak di simposium kali ini cukup bererti bagi kami. Paling-paling para peserta tidak perlu mencari-cari kertas kerja setiap kali sidang mahu dimulakan,”katanya. Kata-kata anggota jawatankuasa simposium dari Indonesia ini semestinya satu pujian tak langusng kepada jawatankuasa penyelenggara  simposium UKM. Minta-minta juga hasil simposium akan dilaksanakan seberkesan penyediaan simposium. Ini barangkali permintaan  pihak pentadbir kedua-dua universiti – satu di Bangi dan satu lagi di Bandung!  (Artikel ini pernah tersiar dalam ruangan "Catatan A.F.Yassin" di akhbar mingguan Utusan Zaman pada tahun 2002 yang lalu).  

12 August 2012

YANG REMEH DAN YANG TEMEH: MELIHAT DUNIA MELAYU YANG "TEMPANG"?


Dua tokoh penting TS Ismail Hussein (kanan) dan TS Mohamad Mohd Taib, Dunia Melayu yang telah memberikn sumbangan besar dalam tamadun dunia Melayu, khusunya dalam bidang persuratan.

Ulasan ini prnah dilontarkan dalam kolum saya di Utusan Zaman. Hanya saya tidak begitu ingat bila ulasan ini disiarkan. Apapun yang ingin digambarkan ialah sebahagian peserta yang mengikuti persidangan di Melaka dan Kuala Lumpur itu mengakui bahawa sesuatu boleh diperbaiki daripada sudut perjalanan persidangan. Sebabnya ini sebuah persidangan bertaraf antarabangsa yang diuruskan oleh orang Melayu.

Bagaikan ada sesuatu yang kurang enak dalam Persidangan Dunia Melayu yang ketiga di PWTC Kuala Lumpur baru-baru ini. Kata seorang peserta, “Saya terima beg seminar pada hari pendaftaran tapi kerta kerja tak lengkap. Berbeza sekali dengan apa yang saya alami semasa menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara di Kayu Tanam, Sumatera Barat atau di Johor Bahru dahulu. Kertas kerja yang kami terima lengkap, malah sudah dalam bentuk buku jadi.”
Di Melaka pada Konvensyen Dunia Melayu, Dunia Islam berikutnya peserta yang sama mengeluh tentang kertas kerja juga. Katanya, “Beg seminar kosong. Kertas kerja terpaksa diambil setiap hari dari meja panitia. Dengar cerita lain pula. Kata dia orang kertas kerja sudah siap cuma ia diberi pada hari pembentangan. Ini apa punya cerita daa!”
 Itu baru kertas kerja. Lain pula hanya tentang penginapan peserta. Di Kuala Lumpur semua peserta seminar menginap di hotel mewah bersebelahan dengan PWTC. Tamu penganjur, seperti kumpulan seni dari Madagaskar dan Tonga ditempatkan di hotel yang alhamdulillah boleh tahan lagi, walaupun “sikit bawah” dari segi bintangnya berbanding hotel penginapan peserta seminar. Di Melaka peserta ditempatkan di hotel mewah tempat konvensyen berlangsung, termasuk tetamu penting dari negara jiran, Tetamu gabungan persatuan penulis nasional (Gapena) yang menjadi penganjur bersama, ditempatkan di sebuah hotel “RM45 semalam” di depan Balai Polis di Hujung Pasir. Menariknya ada seorang penjual buku, juga mendakwa dirinya tamu Gapena, bernasib baik dapat tinggal di hotel tempat persidangan. Katanya dia menggantikan tamu yang tidak dapat hadir di saat akhir.
 Itu cerita tentang beg, kertas kerja dan penginapan. Tidak penting sebenarnya berbanding tujuan ke seminar untuk mendengar pandangan tokoh-tokoh pembentang makalah. Maklum, tokoh-tokoh itu didatangkan dari seluruh dunia. Melaka sahaja mengundang tokoh dari 27 negara termasuk empat orang gabenor dari Indonesia. Berbobot semuanya. Di Kuala Lumpur negara yang dijemput menghantar wakil tidaklah sebanyak yang di Melaka. Barangkali Kuala Lumpur mahu membataskan jemputan kepada negara yang di kalangan rakyatnya masih punya darah Melayu mengalir dalam badannya, termasuk dari Afrika Selatan, Madagaskar dan Sri Lanka.
 Pembentang makalah baik di Kuala Lumpur mahupun di Melaka terdiri daripada tokoh-tokoh yang sama, seperti Tengku Nasaruddin Effendy dari Riau, Safrullah Sanre dari Makassar, Zounie Fallil dari Sri Lanka (yang mengaku dirinya Melayu Sri Lanka) dan Muhammad Taib Ranaivoson dari Madagaskar. Oleh kerana tema pertemuan di kedua-dua persidangan adalah dunia Melayu maka kebanyakan kertas kerja seperti mengulangi apa yang dibentangkan sebelumnya. Yang dibentangkan di Kuala Lumpur diulangi semula di Melaka dengan pendekatan yang sedikit berbeza. Di Melaka pendekatan lebih menumpukan kepada penglibatan belia. Barangkali pendekatan ini dikaitkan dengan pengalaman kegiatan ketua menterinya, Dato’ Seri Mohd Ali Mohd Rustam dalam pergerakan belia.
 Makanya pada hari pembukaan dan penutupan rasmi konvensyen Melaka, lebih tiga perempat daripada jumlah peserta yang hadir terdiri daripada kaum belia. Muda-muda dan comel-comel lengkap berpakaian seragam. Keadaan berlainan di Kuala Lumpur di mana kebanyakan peserta terdiri daripada  tokoh-tokoh dalam berbagai bidang dari dalam dan luar negeri. Malah turut serta selebriti dalam bidangnya masing-masing, seperti Azalina Mohd Said dari Puteri UMNO dan Erma Fatima, orang filem yang juga exco Puteri UMNO.
 Sekurang-kurangnya tiga bekas menteri turut bersama di persidangan Kuala Lumpur, iaitu Tan Sri Abdul Samad Idris, bekas menteri kebudayaan, Tan Sri Aishah Ghani bekas Menteri Kebajikan Am dan Tan Sri Mohammad Mohd Taib, bekas Menteri Besar Selangor. Seorang menteri Melayu, Sidek Saniff, dari Singapura turut hadir sebagai peserta dan pembentang makalah. Seorang ahli jawatankuasa penganjur gembira dengan kualiti peserta yang hadir, malah sepanjang tiga hari persidangan jumlah yang hadir tidak surut-surut. Ada dua sesi berjalan serentak dan dewan sentiasa penuh. “Paling mereka terus berminat mengikuti setiap sesi,” katanya. Menurut seorang peserta, memang pun dia berminat untuk hadir setiap sesi kerana seperti katanyam, “Kita datang jauh-jauh dan membayar untuk ikut serta. Bukannya percuma.”
 Di Melaka lain lagi ceritanya. Kehadiran peserta dalam sesi perbincangan memperlihatkan skala  turun naik. Tetapi sekali sesi, jumlah yang hadir tidak  sampai pun 50 orang. Kadang-kadang terasa seperti pemakalah-pemakalah membentangkan kertasnya dalam dewan yang hampir kosong. Apapun jua mesej persidangan di Melaka lebih terarah. Ada wawasan dalam mesej. Penganjur utamanya Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) mahu mendekatkan generasi belia kepada masalah bangsanya, dan memahami jaiti dirinya. Belia adalah generasi penerus dalam memperkasa jati diri. Bagi Iksep, ini amat penting kerana umumnya pada hari ini kaum belia begitu goyah dalam mempertahankan kepribadian dan jaiti diri Melayu. Hal ini diperkuat oleh hujah Tengku Nasaruddin Effendy (Pak Tenas), tokoh budaya dari Riau dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Jati Diri Belia Dalam Tamadun Melayu.”
 Pak Tenas bimbang jati diri di kalangan belia Melayu hari ini “begitu goyah”. Baginya terdapat 25 sifat yang dikaitkan dengan jati diri dan kesemua sifat ini perlu dihayati semula oleh anak-anak muda hari ini agar “Tak Melayu hilang di bumi.” Gabenor Riau yang turut hadir, Salleh Djasit, SH mengakui pentingnya peranan belia yang menghayati jaiti diri keMelayuannya. Katanya, “Para belia Melayu sendirilah pada saatnya akan menentukan tercapai atau tidaknya cita-cita dan wawasan bangsanya. Elok padi, berisi buahnya, elok negeri berisi belianya. Tegak rumah kerana tiang, tegak bangsa kerana belia.”
 Betapa tepatnya pandangan dua tokoh dari Riau ini tercermin dalam “Deklarasi Melaka” yang diikrarkan oleh Prof. Madya Dato’Dr Latiff Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Resolusi pada majlis penutup. Ikrarnya, antara lain, “Bahawa kami belia dunia Melayu dunia Islam sepakat melaksanakan nilai-nilai luhur budaya Melayu dan islam, di seluruh rumpun Melayu, dalam segala aspek kegiatan. Bahawa kami .....berjuang secara optimum dan berfterusan mengembangkan bahasa dan budaya Melayu dan Islam kepada bangsa Melayu dan Islam. Bahawa kami... akan membuktikan sokongan penuh kepada semua pihak yang berjuang mewujudkan belia dunia Melayu dan dunia Islam yang berjaya sepanjang masa dan bahasa kami ...akan selalu meningkatkan sumber daya manusia yang berkualiti dan pembangunan ekonomi bangsa Melayu melalui kerjasama yang ampuh dan saliong menguntungkan bagi dunia Melayu dunia Islam yang berjaya sepanjang masa.”
 Melalui ikrar itu, belia akan membentuk satu jawatankuasa kerja  yang akan diletakkan di bawah sekretariat dunia Melayu dunia Islam yang berpusat di Melaka. Maknanya jawatankuasa kerja ini akan melakar satu “blueprint” untuk melaksanakan apa yang diikrarkan. Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam akan memantaunya. Ini satu wawasan besar yang dipersetujui oleh 27 perwakilan yang bersidang di Melaka itu. Dengan deklarasi Melaka ini maka kini sudah terbentuk dua sekretariat dunia Melayu, satu yang di Melaka ini dan satu yang beribu pejabat di Rumah Gapena, iaitu Sekretariat Dunia Melayu dengan setiausaha sekretariat Tan Sri Ismail Hussain, Ketua I Gapena. Diperkirakan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam di Melaka itu akan dipimpin oleh Latiff Bakar yang juga Ketua II Gapena. Secara tidak langsung kedua-dua sekretariat dunia Melayu ini akan dikuasai langsung oleh orang nombor satu dan nombor dua Gapena.
 Akan terbentang satu senario kegiatan dunia Melayu yang prakarsai Gapena, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang seluruh tenaganya terdiri dari kalangan sukarelawan. Barangkali Melaka akan muncul sebagai negeri katalis yang  meletakkan belia sebagai sayap generasi penerus kepada kelangsungan gagasan Dunia Melayu. Manakala sekretariat Dunia Melayu di Kuala Lumpur akan tetap kekal sebagai badan induk. Dengan Johor berperanan memperkasa kesenian Melayu antarabangsa, maka bukan tidak mungkin Kuala lumpur, Melaka dan Johor akan menjadi tiga serangkai yang saling cuba “memartabatkan pembangunan dunia Melayu secara holistik” dengan Melaka diharapkan mempelopori proses regenerasi  di kalangan belia. Setakat ini kelihatannya hanya tiga wilayah ini yang bergiat rancak melalui kekuatan kesukarelawanannya.
 Yang deperlukan sekarang barangkali menyelaraskan kegiatan dan cara kegiatan itu dilaksanakan, baik yang dianggap remeh dan enteng mahupun yang lebih sulit dan kompleks. Misalnya dalam sebaran resolusi dan ikrar di akhir persidangan. Ternyata Melaka lebih efisien kerana sejam sebelum resolusi diikrarkan, salinan-salinannya sudah diedarkan kepada semua peserta. Ini berbeza dengan persidangan di Kuala Lumpur. Seorang ahli jawatankuasa malah berjanji akan mengedarkan kemudian, walaupun persidangan sudah masuk “masa kecederaan”.  
 Pada hal resolusi Kuala Lumpur ditunggu-tunggu peserta mengingatkan pandangan-pandangan bernas daripada tokoh-tokoh pembentang. Peserta ingin tahu sekiranya ada anjakan daripada resolusi terdahulu kerana persidangan ini merupakan kali ketiga dilangsungkan. Tokoh-tokoh yang memberikan pandangan merupakan ahli dalam pelbagai bidang, tidak terkecuali politik. Menteri Singapura Sidek Saniff, Dr. kassim Ahmad, Tan Sri Awang Had Salleh, Prof. Ahmad Johari Moain,  Azalina Mohd Said dari dalam negeri. Kemudian ada Tengku Luckman Sinar SH, Prof. Samin Siregar,  Tengku Nasaruddin Effendy  dari Indonesia dan beberapa tokoh lain dari Melayu diaspora. Peserta ingin tahu bagaimana penganjur mengadunkan keperluan Melayu diaspora yang menekankan bantuan kerjasama dari Kuala Lumpur dengan keperluan Melayu induk, terutama di Malaysia, untuk sentiasa berwaspada terhadap ancaman globalisasi yang menurut Kassim “hanya menguntungkan Barat dan patut sangat ditentang.”
 Resolusi akan menjadi semakin menarik apabila keperluan-keperluan politik, sosial, pendidikan dan ekonomi  diadunkan dalam membentuk satu wawasan yang komprehensif demi survival orang Melayu sejagat. Keluh seorang peserta Persidangan Melayu Sedunia 2001 itu, “Entahlah, saya tahu apakah ini boleh dilaksanakan. Soalnya masih banyak yang remeh-remeh belum dapat diatasi dengan baik. Nampaknya cara tidak begitu penting, Yang dipedulikan tujuan akhirnya sahaja, iaitu mengadakan persidangan.” Tidak pasti sama ada Ismail Hussain yang hampir setiap pagi minum teh tarik bersendirian di restoran Riverside sepanjang persidangan sedang memikirkan hal-hal yang remeh ini.

09 August 2012

WAKTU-WAKTU BEGINI KITA TERINGATKAN ARWAH KERIS MAS.

CATATAN NOSTALGIK PADA PERINGATAN KERIS MAS
Oleh A.F.Yassin
Memang sukar bertemu dengan rakan-rakan penulis secara serentak. Apatah lagi jika mereka tinggal berjauhan. Dan minat mereka untuk bertemu dalam seminar, umpamanya telah semakin luntur. Kalau ingin bertemu penulis mapan dan kelas kakap, tunggu mereka diundang sebagai pembentang kertas kerja oleh penganjur seminar atau kongres persuratan. Jika tidak, mereka terpaksa tunggu sehingga Pena atau Gapena mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Tetapi jangan pula terkejut rakan-rakan penulis yang ditemui itu hanya muka-muka itu sahaja.

 Maka apabila Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan seminar sehari dan pelancaran empat buku Arenawati dengan kerjasama Penerbit UKM dan Utusan Publications & Distributors Sabtu minggu lalu rindu untuk menemui rakan-rakan penulis terobat juga. Tiga hari kemudian DBP sekali lagi menganjurkan seminar tiga hari tentang pemikiran Sasteran Negara pertama, Keris Mas. Semakin bertambah bilangan penulis yang jarang ditemui datang berkumpul.

 Dari Negara Brunei Darussalam datang Dato’ Prof. Dr Hashim Awang, dari Singapura datang pula Mana Sikana yang datang tertengkot-tengkot kerana sakit kaki. Dia tersedat sebentar di ruang letak kereta DBP, tidak tahu arah tuju kerana besarnya ruang letak kereta itu dan lif yang menghubungkan ruang letak kereta dengan Dewan Seminar tidak berfungsi. Dari utara datang Azizi Hj. Abdullah, yang namanya sejak akhir-akhir ini agak sensitive bagi sesetengah kalangan media.

 Azizi yang kini bertugas di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) akan ke Melaka dahulu untuk menghadiri satu seminar lain sebelum menghadiri Seminar Pemikiran Keris Mas. Dari Penjara Sungai Buloh, datang pula Ijmala MN. Penyair ini bertugas di Penjara Sungai Buloh. Dato’ Dr. Nordin Haji Abdul Rahman (Atondra) tidak ketinggalan hadir berpakaian kemas dengan songkok dipakai senget ala atondra. Kemala, Saleh Rahmad, S.M. Zakir dan beberapa yang lain bukan orang asing di DBP. Begitu juga dengan sasterawan negara paling bongsu, S. Othman Kelantan.

 Dan Dato’ Mohd Nor Yusof (M. Noor Azam) berpakaian lasak (rugged) semua biru turut sama. Sejak akhir-akhir ini towering personality, salah seorang yang mewajahkan Dewan Bahasa sehingga menjadi towering institution satu ketika  itu sering ke Dewan Bahasa. Katanya, “Nak jumpa kawan-kawan.” Tetapi lazimnya M. Noor Azam Cuma bersembang di warong mamak di tempat yang dikenali dengan bucu dewan.

 Dari Makasar, Pulau Sulewasi, datang sekumpulan empat orang tokoh persuratannya, antaranya Safrullah Sanre yhang jarang kjetinggalan hadir dalam majlis-majlis seperti ini. Seperti katanya, “Malaysia adalah kampung keduaku. Dan rumah Gapena rumah keduaku.” Mereka datang kali ini kerana ingin merayakan hari ulangtahun kelahiran Arenawati yang ke-80. Kata salah seorang anggota rombongan, “Pak Arena sasterawan milik kami juga kerana beliau kelahiran Makasar.”

 Ada yang berkata ramainya penulis mapan dan “yang punya nama” datang ke Dewan kerana meraikan dua tokoh besar persuratan, iaitu Arenawati dan Allahyarham Keris Mas. Mereka diraikan Dewan Bahasa. Tidak pasti apakah majlis keraian ini diadakan atas inisiatif Ketua Pengarah baru Dewan Bahasa, Dato’ Dr Firdaus Abdullah, yang juga penulis, atau mereka datang hendak bernostalgia dengan kawan-kawan penulis tentang hubungan dengan Keris Mas dan Arenawati.

 Jika kehadiran mereka adalah untuk bernostalgia, mereka tidak kecewa. Sebabnya   di seminar pemikiran Keris Mas sahaja ada kertas M. Noor Azam yang membincangkan pemikiran Keris Mas berdasarkan pengalamannya bekerja di bawah Keris Mas. Kata seorang penulis, “Saya fikir kertas dato’ Noor Azam amat mengesankan kerana menyjngkap pemikiran dan sosok peribadi Keris Mas dari sudut hubungan akrab antara dua rakan dan antara ketua dengan timbalannya.” M. Noor Azam bertugas sebagai timbalan Keris Mas di Dewan Bahasa satu ketika.

 Noor Azam melihat Keris Mas sebagai mentornya dalam bidang penulisan. Noor Azam amat terhutang budi kepadanya kerana tanpanya Noor Azam mungkin kekal menjadi guru sekolah rendah. Tidak mungkin dia menjadi penulis seperti sekarang. Yang paling menarik daripada sosok personality Keris Mas ialah dia seorang ketua yang tidak pernah marah atau kasar kepada orang bawahannya. Keris sentiasa senyum kepada anak-anak huahnya seolah-olah senyumannya itu ibarat penyuntik semangat bekerja buat mereka.

 Kemudian ada pula nota “pendahuluan” untuk prosiding seminar yang memuatkan 29 kertas kerja tentang pemikiran Keris Mas. Pengalaman bekerja Jaafar Rahim di bawah Keris Mas dicatatkan dalam nota “Pendahuluan”. Menurut Jaafar, satu perkara menarik tentang hubungan kerja Keris Mas sebagai Ketua dan “kami sebagai orang bawahan ialah kami bekerja dalam suasana ceria. Bekerja dalam satu pasukan dan saling menghormati.” Tulis Jaafar, “Cara bekerja seperti ini bukan sahaja tidak mendatangkan tekanan bahkan meningkatkan produktiviti Bahagian Pngembangan Sastera, khususnya di majalah Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan sastera.”

 Kedua-dua catatan M. Noor Azam dan Jaafar Rahim ini adalah prolog sebuah seminar tentang sikap dan pemikiran Keris Mas melalui karya-karyanya. Selama ini pun telah banyak peneliti sastera menganalisisi pemikiran Keris Mas melalui karyanya. Maka seperti kata seorang penulis yang hadir, “Tidak ada yang baru. Cuma kita disegarkan semula dengan analisis-analisis dalam 27 kertas kerja itu. Bagi saya paling terkesan ialah catatan M. Noor Azam dan Jaafar Rahim.”

 Di luar sidang Hashim Awang dari Universiti Negara Brunei Darussalam bercerita tentang peristiwa-peristiwa lama yang terjadi dalam tahun-tahun 1980an. Di samping Keris Mas Hashim tidak melupakan allahyarham Othman Puteh dan Dharmawijaya, dua kawan akrabnya yang telah pergi dahulu. Hashim rindukan kata-kata dan gerak tingkah mereka. Begitu juga pensyarah UPM, Abd. Rahim Marsidi. Katanya, “Kita ini seperti 10 budak hitam. Entah siapa pula selepas ini.” Manakala Safrullah Sanre mahu majlis hari ulangtahun Arenawati di ulang sambut di Makasar dalam masa terdekat. Katanya, “Pak Arena perlu diberi penghormatan di kota kelahirannya. Penulis sana pun mahu merayakannya.”  
Jaafar Rahim

Catatan Sisi: Masih saya ingat bagaimana Keris pada akhir Disember 1990, berkunjung ke Pejabat saya di Penerbit Fajar Bakti untuk berbincang  tentang penerbitan semula buku "Patah Tumbuh". Selaku Pengurus Penerbitan saya diberi tanggungjawab untuk memperkemas edisi yang ada dan memberikan "Kata Pendahuluan" yang baru. Hampir semua 20 cerpen yang terkandung dalam edisi yang ada diperkemas. Akhirnya Keris Mas menyerahkan pruf halaman terakhir sebelum proses pencetakan dimulakan. Keris Mas menyerahkannya kepada saya pada bulan mei 1991.

Masih saya ingat kata-katanya ketika menyerahkan pruf halaman terakhir itu. Katanya hampir apologetik, " Fadhil, you semak sekali lagi, buat kali terakhir. Aku dah buat yang terbaik. You tengok-tengoklah. Aku serahkan kepada you." 

Melalui perjanjian baru untuk kami terbitkan semula Patah Tumbuh, saya telah mencadangkan kepada pihak pengurusan Fajar Bakti untuk menaikkan royalti buku berkenaan kepada 20% daripada harga jualan. Berdasarkan rekod Patah Tumbuh diterbitkan pada tahun 1962 dan sehingga tahun 1990 telah dicetak ulang sebanyak 24 kali.  


08 August 2012

SUTARDJI KURANG ARIF TENTANG SITUASI SASTERA MALAYSIA?!


Tan Sri Ismail Hussein (kiri) Ketua Satu GAPENA bersama Dato' Zainal Borhan, Setiausaha GAPENA dalam stu Seminar di Johor Bahru suatu ketika yang belum lama. Sutardji seharusnya perlu hadir untuk mengethui perkembangan sastera di Malaysia sebelum membuat penilaian.


Rencana ini telah disiarkan dalam Ruangan "Sastera dan Budaya", Berita Harian, 2 Ogos 1999 yang lalu, dengan judul "Gapena Hanya Buang Masa: Sutardji".  

 RENCANA

 SUTARDJI JAHIL TENTANG KEGIATAN GAPENA?

Oleh A.F.Yassin

 "Seniman perlu ada semangat amok," kata Sutardji Calzoum Bachri, ketika membentangkan kertaskerjanya dalam Kolokium Penulisan Kreatif di Daik-Lingga, Riau 7 Julai lalu. Sutardji berkata demikian di hadapan kira-kira 80 orang peserta Perkampungan Penulis Melayu Serumpun dari lima negara di  Daik Lingga arus. Ada pula yang menilai Sutardji melepaskan geram kerana kecewa tidak dapat yang dia mahukan.

 Tentang Gapena Suratdji menilai  badan itu selama ini mengadakan di Balai Pertemuan Kelurahan Daik di Jalan Masjid Sultan Lingga. Maksud semangat amok ini boleh ditafsir berbagai-bagai. Hamzah Hamdani yang ikut serta menafsirkan sebagai penulis mestilah berani melahirkan karya besar yang kadang-kadang menongkah kegiatan yang sia-sia, Tidak ada hasil yang konkrit seperti penerbitan buku setelah berlangsungnya sesuatu kegiatan. Sutardji kesal rancangan Gapena hanya "membuang masa, tenaga dan wang. "Hanya sia-sia lebih kepada kegiatan basa-basi. Kegiatan Gapena lebih kepada mencari Melayu di mana saja," ujarnya.

Para peserta yang hadir bercakap sesama sendiri, sebagai memberikan reaksi pro-dan kontra terhadap pandangan Sutardji. Di luar balai, reaksi semakin gencar. Ada yang marah dan ada pula yang kesal dengan penilaian Sutardji terhadap kegiatan Gapena. Saya melihat ada kesatuan dalam membidas sikap kurang sopan Sutardji dari peserta-peserta Malaysia. Hampir semuanya mempertahankan Gapena, terutama Tan Sri Ismail Hussein, Ketua Satunya.

 "Tak patut Sutardji berkata begitu," kata Tengku Alias Taib. "Nampak sangat dia ini dengki. Perli kawan-kawan seperti Taufik Ismail dan Rendra yang mendapat layanan istimewa dari Kerajaan Malaysia. Tengku Alias menambah, "biar orang lain mengakui kita penyair besar. Tak perlulah kita angkat diri sendiri. Saya rasa dia hendak  layanan seperti Taufik, terbitkan puisinya, beri layanan baik seperti yang diterinma Rendra dan Taufik dan beri anugerah RM5,000 seperti Taufik."

Sasterawan Indonesia, Taufik Ismail ambil tahu tentang status sastera di Malaysia dan sentiasa mengikuti perkembangan genre itu di Malaysia. Foto ini diabadikan A.F.Yassin ketika berlangsungnya Persidangan MABBIM, MASTERA dan FOKEPS di Johor Bahru.

 Akhirnya Tengku Alias  menilai Sutardji terlalu membesarkan diri bila berkata puisi Taufik tidak bernilai sedangkan "puisi-puisi Taufik dalam bukunya Aku Malu Menjadi Bangsa Indonesia sungguh tinggi nilainya berbanding sesetangah puisi Sutardji."

 Peserta Sabar Bohari turut tidak berkenan dengan  pandangan Sutardji dan mempertahankan Gapena yang selama ini telah berbuat banyak dalam meningkatkan martabat sastera  Malaysia di mata dunia. Sementara beberapa peserta Malaysia lain mempersoalkan kridibiliti Sutardji dalam menilai usaha Gapena. "Siapa Sutardji? Dia orang luar dan tidak sepatutnya memperli kegiatan Gapena. Barangkali dia kecewa kerana tidak dapat kerana Gapena dan Malaysia tidak memilihnya menerima Anugerah sastera Nusantara baru-baru ini," kata seorang peserta.

 "Lihat saja aksinya di pentas. Dengan cara dia menghisap paip dan matanya meliar ke sana ke mari seperti dia tidak menunpukan perhatian kepada kolokium. Biarkan dia seperti Si Luncai terjun dengan labu-labunya," marah peserta lain. Lau disambut seorang lagi peserta, "Biarkan, biarkan."

 Sutardji Luncai? Tidak. Dia bajak wangkang makan diangkat, kata seorang. Malah ada menuduhnya kurang sopan apabila berbicara. Dan dia bicara di depan peserta yang sebahagian besarnya dari Malaysia dan kebanyakannya penulis mapan dan ahli akademik yang punya nama. Ada yang menilai bahawa Sutardji terlalu geram dan kecewa dengan Malaysia kerana kononnya dia tidak dianggap setaraf dengan Rendra dan Taufik. Lalu dia menjadikan Gapena kambing hitamnya. Terdengar juga suara marah-marah dari peserta Malaysia yang menghentam Sutardji dari sudut peribadi yang kurang enak dicatatkan.

 Saya tanyakan Hamzah Hamdani tentang kriteria pemberian anugerah sastera Nusantara di Johor Bahru baru-baru ini. Jawabnya ada beberapa yang perlu dilihat. Pertama karya terbaru seseorang calon penerima. Kedua usaha dan kegiatan dan penglibatannya dalam membina dan mengembangkan produk kesusasteraan kepada masyarakat khalayak dan ketiga sumbangan pemikiran calon penerima terhadap dunia kesusasteraan di negara masing-masing, khasnya.

Maka dalam hal ini memang wajar Taufik Ismail dipilih untuk menerima anugerah, terutama apabila dilihat sumbangan kegiatan dan pemikirananya dalam menjayakan Pertemuan Sasterawan Nusantara ke-9 dua tahun lalu di Bukit Tinggi dan Padang di Sumatra Barat. Umumnya semua orang mengakui Sutardji seniman besar di Indonesia, malah oleh Ismail Hussein, Sutardji dianggap seniman tulen. Sutardji punya wawasan yang ideal untuk membina kesusasteraan yang biasanya dimilik semua seniman tulen. Wawasan itu kadang-kadang terlalu ideal untuk berpijak di bumi nyata. Sedangkan apa yang dilakukan Gapena ialah mencari jalan tengah untuk merealisi wawasan kesusasteraan berdasarkan realiti semasa.

 "Apa yang dilakukan oleh Gapena banyak juga faedahnya. Paling-paling perkampungan di Daik ini dapat mempertemukan penulis-penulis dari kelima-lima negara di Nusantara. Malah Sutardji pun dapat datang sambil bermesra dengan para penulis, " kata Rejab F.I. Manakala peserta dari Yayasan Warisan Johor, Ahmad Ruslan bertanya "apakah dia (Sutardji) akan kecam begitu jika sekiranya dia dapat Anugerah Sasterawan Nusantara itu?" Sutardji tidak menjawab.

 Saya melihat reaksi peserta Malaysia seperti menujukkan satu patriotisme dalam kesusasteraan, ketika berada di luar negeri. Kita sama-sama maklum reaksi negatif sesetengah penulis terhadap usaha Gapena di dalam negeri, tapi nyatanya reaksi seumpama itu tidak terlihat pada hari kedua di Daik, iaitu hari berlangsungnya kolokium. Semangat kebersamaan ini menarik.

Apapun jua, sebilangan penulis muda dari Riau yang hadir menilai positif pandangan Sutardji. Bagi mereka sepatutnya panitia yang bertanggungjawab mengadakan perkampungan seperti ini  perlu memikirkan bagaimana satu usaha konkrit perlu dilakukan bagi menerbitkan karya-karya yang lahir daripada pertemuan seperti ini. "Penulis muda perlukan wadah penampungan karya mereka."  Seorang peserta Malaysia senyum simpul mendengar cadangan penulis muda Riau ini. Katanya kepada saya, "Suruhlah pertubuhan sastera awak (negaranya) terbitkan karya, bukanya Gapena."

 Demikian pagi itu, ada dua kelompok suara yang menghangatkan kolokium di Balai Pertemuan Kelurahan Daik. Apapun jua Rejab khabarnya telah mendapat restu Gapena untuk  menyelenggarakan sebuah antologi cacamerba (puisi, cerpen, rencana atau apa saja coretan dari Daik) yang bakal diterbitkan Gapena sendiri. Rejab meminta jasa baik kawan-kawan yang turut  sama dalam perkampungan itu untuk memberikan sumbangan. Kurang pasti apakah tindakan Rejab ini berputik daripada kecama Sutardji terhadap Gapena atau memang Rejab telah memikirkannya lama sebelum dia sampai di Daik. Apapun jua, ramai yang percaya bahawa Sutardji telah memberi satu suntikan yang sedikit mengejutkan kepada setiap yang hadir hari itu. Sesi kedua dan petangnya kembali menenangkan suasana dan pembentang dan peserta lebih bersikap rasional berdisiplin. Tidak ada lontaran pendapat dan pandangan yang kontraversi. Seperti kata seorang peserta "carik-carik bulu ayam di sidang pagi akhirnya bercantum juga di sebelah petangnya." Sementara seorang peserta lain berkata bahawa lontaran Sutardji tidak menjadi kudis kepada perkampungan."

 Kolokium yang sepatutnya diadakan satu hari setengah itu dapat diselesaikan dalam masa sehari. Khabarnya ada beberapa pembentang kertas kerja tidak dapat hadir  atas sebab-sebab tertentu. Hujan tengahari menyebabkan tidak ramai yang hadir pada sesi petang. Daripada hasil perbincangan sehari itu satu Deklarasi Daik diisytiharkan pada malam terakhir di Daik. Deklarasi yang disusun oleh Sutardji Calzoum Bachri, Taufik Ikram Jamil, Hamzah Hamdani, Al azhar, Masran Sabran, Yusmar Yusuf dan seluruh peserta Perkampungan Penulis Melayu Serumpun adalah hasil perbincangan kolokium dan dibacakan oleh Drs Syafrial Syamsuddin selaku Ketua Pelaksana Perkampungan. Deklarasi itu berbunyi:  

 1.    Adalah suatu kenyataan bahawa bahasa merupakan mahkota kebudayaan Melayu yang penggunaannya tersebar pada sejumlah negara di Asia Tenggara.

2.    Oleh kerana sastera merupakan mahligai bahasa maka sepatutnya kegiatan sastera memperoleh perhatian yang khas dalam kegiatan kebudayaan Melayu. Perhatian khas dimaksud antara lain berupa penerbitan buku bersama atau penampilan seni sastera.

 3.    Mengembangkan rasa saling memiliki karya sastera tersebut melalui semua sarana.

 4.    Deklarasi ini dibuat setelah mengamati dan mempertimbangkan fikiran mahupun perasaan  yang muncul dalam Perkampungan Penulis Melayu Serumpun tajaan Pusat Pengajian Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Universitas Riau (P2BKM UNRI) di Daik, 4 - 8 Julai 1999.

Daik Lingga

7 Julai 1999. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROFIL

My photo
Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).