19 January 2012

OLE-OLE BANDUNG

Bergambar ramai selepas makan malam di Pemuda Jalan Sabang, Jakarta 13 Januari 2012. Berdiri di barisan belakang dari kiri Abdullah Abd Rahman, Bahari Abd. Rahman, Rubiyah Suleiman, Elina Widyastuty, Soemarsono, Karim Papatungan dan A.F.Yassin. Duduk di Barisan Depan dari Kiri Dany Mordiana, Bonda Minah Wahab, Amrah Yasin dan Irawaty Nasution.
Ini bukan lagu perjuangan rakyat Indonesia yang menentang Belanda sebelum merdeka. Bagi mereka yang mengingati senikata lagu Ole-Ole Bandung tentu sederap dalam hati nukilan perjuangan yang sehingga ke hari ini belum selesai-selesai. Namun tajuk Ole-Ole Bandung ini sekadar melampiaskan curahan rasa ketika berkunjung ke negara jiran itu selama seminggu mulai 11 januari 2012 yang lalu. Makna kata Ole-Ole Bandung kali ini adalah manifestasi nostalgik kami anggota rombongan yang berkesempatan beriadah ke negara jiran yang hampir 90% berbudaya sama walaupun dibilang orang tak serupa.

Anggota rombongan, enam orang semuanya terdiri daripadasatu keluarga berempat dan diiringi dua teman sewarih tetapi menetap di Kuala Lumpur. Merekaialah Tuan Haji Abdullah Abd. Rahman dan adik kandungnya, Bahari. Abdullah orang kuat di masjid Taman Sri Rampai, Setapak Jaya manakala Bahari pesara  kerajaan yang suatu ketika aktif dalam pertubuhan belia. Pun beliau bertugas dengan kementerian yang berkait erat dengan komunitibelia. Hanya disayangkan Abdullah dan Bahari sempat empat hari bersama kami kerana sibuknya barangkali di taah air. Kurang pasti sama ada  adik-abang ini puas hati dengan kunjungan singkat empat hari di Bandung dan Jakarta.

Tujuan utama ke negara jiran itu adalah untuk memenuhi hajat ibu, Minah Wahab, untuk berziarah ke makam Wali Songo Gunung Jati yang terletak di Cirebon. Sudah lama ibu menyuarakan hajatnya sejak kami menyebutnya pada tahun 2009. Ketika itu ada rombongan keluarga seramai 12 orang ke Bandung namun atas sebab kesibukan waktu hajat ini tidak dapat dipenuhi. Namun rezeki menyebelahi ibu dan Ahamdulillah hajat ini berhasil disempurnakan pada Ahad, 15 Januari 2012.


Mess Departemen Mineral dan Energi Indonesia Bandung tempat penginapan anggota rombongan sepanjang kunjungan ke Bandung 11-17 Januari 2012.

Bagi Abdullah dan Bahari kunjungan bersama ke Jakarta dua hari sebelumnya harap menjadi kenangan manis selama berada di negara jiran itu. Sejak pagi lagi kami berenam (didampingi empat anggota keluarga kami) bergerak ke Jakarta melalui kunjungan awal ke Tangkuban Perahu dan Taman Safari di Cisarua, Bogor. Kurang pasti apakah Abdullah dan Bahari sudah pernah berkunjung ke Tangkuban Perahu dan Taman Safari. Menurut info dari Bahari sendiri, beliau sempat berkunjung ke Safari tetapi tidak masuk ke taman. Abdullah tidak pula menyatakan apa-apa barangkali dia belum  jejakkan kaki ke taman berkenaan. Bagaimanapun ke Tangkuban perahu sudah mereka kunjungi.

Kunjungan ke Tangkuban Perahu pagi itu diiringi awan mendung dan hujan renyai sekejap-sekejap. Akibatnya Ibu terpaksa berada dalam kenderaan sepanjang berada di atas gunung yang setinggi lebih lima ribu kaki dari paras laut itu. Dalam beberapa minit sahaja dua adik-abang ini sudah hilang dari pandangan, barangkali pula mereka mencari ketenangan di pagi hening begitu. Ketika muncul semula setengah jam kemudian mereka bercanda mengatakan berada di warong kopi "lagi nungguin jagung bakar dan kopi susunya." Bila saya tanya enak nggak, Abdullah menjawab, "kureeeng.."

Ada mitos di sebalik keindahan wisata alam Tangkuban perahu. Lagenda mulut ke mulut berbicara tentang kisah cinta anak muda yang berahikan ibunya yang cantik menawan. Kisah cinta anak kepada ibu ini menyamai cinta inses yang terlarang. Namun cinta tetap cint biarpun apa hubungannya sesama keluarga atau famili. Disebabkan terlalu asyik dan mahsyuknya dua insan dalam bercinta, walaupun sang ibu menasihatkan anak kandungnya tentang larangan Tuhan yang maha Esa, namun anak, yang sudah dalam "kebutaan cinta" mahu terus mengharapkan agar ibunya mengecualikan konsep"nahi umgkar" ini. Akhirnya laknat diturunkan dan terjadilah gempa bumi yang sangat dahsyat dengan gunung berapi  kota Bandung ini meletus. Sebuah kawah besar terjadi di puncak gunung dan Abdullah mengabadikan citranya di tebing kawah itu sebagi tanda ingatan akan kebesaran Illahi.

Di Taman Safari di Cisarua, Bogor lain lagi ceritanya. Di Taman ini margasatwa, berupa haiwan dalam semua jenis lepas bebas di sekitar taman, malah insan pula yang "terperangkap" dalam kenderaan. Dengan berbekalkan lobak kuning atau merah insan-insan yang terperengkap ini cuba memberi makan haiwan ini melalui kaca tingkap kenderaan. Tapi awas lho, ada yang tidak sejinak yang disangkakan. Sebabnya setiap haiwan ini ada ragamnya tersendiri untuk mendapatkan makanan. Contohnya, ada yang "menyengge-nyenggekan giginya atau muncungnya ke cermin tingkap seperti meminta-minta supaya lobak itu diberikan kepadanya. Dan ada pula yang seperti tersenyum apabila menerima lobak. Agaknyalah kerana haiwan ini terus menunjukkan giginya yang setengah kuning dan setengah putih.

Abdullah (kanan) dan Bahari sempat menjadi "peniaga jalanan" merayu pelanggan untuk obrolan (jual murah) "sepatu" di depan toko sepatu di Cibaduyut, kawasan "syurga" sepatu dan beg Kota Bandung.
di beberapa kawasan yang berpintu buluh yang buka tutupnya dilakukan secara automatik, haiwan ganas seperti harimau, singa, badak sumbu diawasi kakitangan taman yang terus berada dalam keretanya. Mereka siap dengan senapang pelali andainya terjadi sesuatu yangg tidak diingin. Oleh kerana hujan maka terjadi sedikit "macet" di sepanjangjalan yang melewati kawasan penempatan haian ini. Hampir sejam juga kami dalam taman itu, Ada yang menjerit, ada yang ketawa dan ada yang simpati melihat haiwan bebas bergerak tetapi sebenarnya "terjerat" dalam sangkar buatan selebar alam di kawasan Safari ini. Haiwan-haiwan ini seperti sudah terarah mengamalkan budaya "meminta-minta" atas keikhlasan sumbangan pengunjung safari. Hanya sahaja kita tidak melihat komuniti peminta daalam taman ini, seperti halnya setiap kali kita berada dalam kenderaan yang berhenti di persimpangan jalan raya menunggu lampu isyarat menyala hijau.

Saya peribadi begitu terasa nostalgia ketika berada di Jalan Sabang, Jakarta. Di sebuah Hotel yang namanya sempena nama Jalan Sabang inilah pada satu petang bulan Mac tahun 1976, saya tiba ke Jakarta buat pertama kalinya dari Kuala Lumpur. Saya disambut dua pegawai dari Jabatan PelajarMalaysia di Indonesia yang di bawah Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di lapangan terbang Soekarno Hatta di Kemayuran, kalau tak silap saya. Seorang pegawai itu, Pak Aziz namanya. Beliaulah yang menguruskan segala yang menyangkut imigresen dan kastam. Dan setelah beres saya dibawa ke Hotel Sabang bermalam sebelum berangkat ke Bandung keesokan harinya.

Malam ini kami akan diraikan dalam satu acara makan malam oleh dua teman saya bersama keluarganya di Restoran Padang Pemuda, betul-betul di belakang bangunan Sarinah yang terkenal dengan dua kali terbakar dan aneka jenis produk batiknya. Dua teman dari Angkatan 1976 Fakultas Publisistik Universitas Padjadjaran Bandung meraikan rombongan dengan "ala kadar"nya. Ketika kuliah di Unpad, dua teman ini, Elina Widyastuty dan Irawaty Nasution adalah kelompok belajar kami seramai 10 orang. Yang lainnya termasuk Yazirwan Uyon, Ariman Kumerizal Usman,Arnaz, Elvina Hadianto, Immas Sunaryo, Iwan Gimbal Surod, Deddy Mulyana dan Budiman Sijabat, seorang anak Batak dari Pulau Semusir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba, Medan.

Anggota kumpulan kelompok belajar inilah yang saling membantu dan saya amat berterima kasih kepada mereka kerana melalui bantuan mereka, saya keluar menjadi orang pertama yang lulus  daripada 154 orang mahasiswa dalam Angkatan 1976 dalam bidang Ilmu Komunikasi. Itu pada tahun 1980. Hanya malam itu hanya dua orang - Lin dan Ira - yang sempat hadir. Pun bagi saya mereka berdua melambangkan solidariti kumpulan dan adalah wakil kelompok belajar Angkatan '76 Publisistik, yang kekentalan hubungan masih erat hingga ke hari ini. Ternyata kemesraan membelai rasa ketika berada di meja makan. Abdullah dan Bahari, waaupun baru pertama kali bersama hos Lin dan Ira beserta pasangan meraka, ternyata mampu menyesuaikan diri dan kami bersurai dua jam kemudian untuk pulang ke Bndung. Kali in lewat jalan tol berbanding pada siangnya kami mengikuti jalan biasa, melalui Bandar Cianjur Puncak dan Bogor. Bagi Abdullah dan Bahari ada nostalgia tersendiri ketika menempuhi jalan ke puncak ini. Begitu juga saya ada nostalgia saya tersendii apabila pertama kali menempuh jalan itu dari Sabang Hotel. Untungnya ketika itu saya bersama satu eluarga suami isteri yang ingin ke Bandung mengunjungi adiknya, Yunus Mohd Amin, yang sedang selesaikan tesis kesarjanaannya di Jurusan yang sama di Fakultas Publisistik (kini dipinda nama menjadi Fakulta Ilmu Komunikasi.

Kami tiba di penginapan kami di Mess Departemen Mineral dan Energi di Jalan Ganesha berhampirn Masjid Salman dan pintu utama ke Kampus Institut Teknologi Bandung kira-kira pukul 11.00 malam Wakti Indonesia Barat. Sehari sebelum berkunjung ke Jakarta kami sempat membeli belah di Pasar Baru dan di Cibaduyut. Sepanjang hari anggota rombongan melalkukan apa yang mereka hajatkan. Shopping sakan. Rombongan dttemani dua kawan lokal, Aep Saefuddin yang turut menjadi "supir" kami sepanjang  tempoh di Bandung dan Mbak Tatty Abbas, anak ibu angkat kami waktu belajar di Bandung, Ibu Abbas Swarna. Ibu Abbas adalah salah seorang daripada waris keturunan Wali Songo Gunung Jati dari Cirebon.

Pada sore 12 Januari itu, seusai membeli belah di Pasar Baru dan Cibaduyut, kami sempat mengunjungi taman rapat satu angkatan ketika saya menjadi mahasiswa mulai tahun 1976. Beliau ialah Deddy Mulyana, kini bertugas sebagai Dsksn Ilmu Publisistik di Univrsitas Padjadjaran, di Jatinangor, sekitar 20 km dari pusat kota Bandung, arah utara. Dedday kini bergelar guru besar dan menyandang jawatan  Profesor manakala beliau sendiri adalah seorang Doktor Falsafah dalam bidang Ilmu Komunikasi, Namanya kini Prof. Dr. Deddy Mulyana dan tinggal di kompleks perumahan Elit Kota Bandung di Daerah Buah Batu, di selatan Bandung. Beliau baru sahaja berpindah dari sebuah lagi kompleks peruumahan elit Bandung di Batu Nunggal sekitar 15 minit perjalanan ke tempat barunya ini.




Abdullah di pekarangan Masjid Salman, Institut Teknologi Bandung (ITB) pada pagi 13 Januari 2012. Beliau sempat solat Subuh berjemaah di masjid berkenaan ketika masuk waktu pukul 4.30 pagi waktu Indonesia Barat.

Ketika mengunjungi rumah Prof. Dr. Deddy Mulyana, kami dijamu dalam satu makan malam dengan masakan "Chinese Food". Isterinya Daisy, seorang daripada keturunan China, yang telah memeluk Islam. Deddy dan Daisy mula bertemu semasa dalam kapal Muhibah Asean-Japan Friendship tahun 1980-an. Benih cinta bersemi di sini dan mereka kekal menjadi suami ister hingga ke hari ini dengan dikurniakan sepasang cahaya mata  (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang telah dewasa.

Lapangan terbang (bandara) Bandung,Bandara Husein Sastranegara Bandung pada 14 Januari 2012 ketika menghantar Abdullah dan Bahari pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengahari.
Pada pagi 14 Januari 2012, Abdullah dan Bahari mohon diri kepada robongan untu pulang ke KL dengan pesawat Air-Asia pukul 12 tengahari. Sebelum ke Lapangan Terbang Bandung (Bandara Husein Sastranegara) saya kami menemani Abdullah dan Bahari ke Pasar Kosambi di jalam menuju ke Pasar Cicaheum arah Jatinangor, untuk membeli buah salak dan poyem (tapai ubi). "Ole-oleh buat orang rumah," kata Abdullah. Saya melihat dari kejauhan ketika mereka berdua melintasi mesin pengawa berhampiran pintu masuk ruang check-in lapangan terbang. beberapa minit kemudian mereka keluar semula, setelah mendpat izin dari satpam (pengawal pintu masuk ke ruang check-in) dan kami bertemu buat beberapa minit di kedai kopi di seberang jalan. Masih ada waktu gamaknya.

Bahari Abd Rahman (kiri0 berbual mesra dengan suami Elina Widyastuty, Soemarsono ketika makan malam di Jalan Sabang Jakarta, 13 Januari 2012. Macam dah kenal lama je  hehe....
Dan kami berempat (termasuk supir Aep) "ngopi dulu. Dan saya tak pasti apakah Bahari ngopi atau ngoteh hehehe...." Kami tidak lagi melihat mereka sebaik sahaja masuk kembali melalui kesin pengimbas sekali lagi. Saya bayangkan mereka ke bilik menunggu di tingkat atas bangunan bersama-sama ratusan penumpang lain yang sama satu jalur ke Kuala Lumpur. Foto-foto untuk artikel ini boleh dilihat dalam fb Ahmad Fadzil Yassin (dalam tiga album.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROFIL

My photo
Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).