14 August 2017

DEDIKASI MEMOIR A.F.YASSIN 2 MENUJU PELABUHAN WAKTU



Dedikasi

Terisimewa buat kawan-kawan, rakan-rakan  FB dan orangan perseorangan yang tanpa mereka 
Memoir ini tidak akan berjaya diterbitkan. Mereka telah bermurah hati memberi pelbagai bentuk sumbangan dan kemudahan. Nama mereka adalah seperti yang tersenarai di bawah ini :-

A.Razak Bakar
Abdul Majid Baharom
Abdullah Ibrahim
Abu Aman Bachik
Abu Hassan Sham, Dr.
Asma Saad
Awang Sariyan, Datuk Dr.
Badariah Haron
Burhanuddin Ramly
Firdaus Hj.Abdullah, Datuk Dr.
Halimah Abu Bakar
Hamdan Yahya
Hanita Abd Halim
Haron Mat Piah, Dr.
Hashim Awang, Datuk Dr.
Hatta Shaharom Dr.
Hazmi Hmj
HT Norsiah
Ikhwan Salim Sujak, Datuk.
Isahak Harom, Datuk Dr.
Ismail Abdullah, Dr.
Ismail Hamzah Ariff
Iwan Fazlee Fadzil
Izanul Fazliah Fadzil
Jainah Jantan
Jamilah Jamal
Jamilah Ujang, Datin
Junidah Kasim
Kassim Sir
Khalid Mohd Nor
Mahat Ibrahim
Mat Yusof, Datuk
Mohammad Abd Ghani
Mohamed Ibrahim
Mohd Affandi Hassan
Mohd Salleh Johari
Mohd Yusof
Nezam Yasin
Norhaniza Suleiman
Norizan Selamatt
Norzrin Mohd Nor, Mejar Bersara
Othman Jaffar
Rapeah Jaafar
Rogayah Hamid
Roslan Mohd Ali
Rosmawati Yunus
Salmiah Ismail
Zamri Yusof

NB : Setakat 8 Ogos 2017




Kandungan
Dedikasi v
Pendahuluan xv
TOKOH
1. A. GHANI OTHMAN
Zapin Dan Minat Bekas MB Johor 3
2. A RAHMAD
Dunia Milik Kita 8
3. A.SAMAD SAID
Dari Kacamata Firdaus Hj. Abdullah 12
4. ABD. RAHIM BAKAR
Bahasa dan sastera bidang baru baginya 16
5. ABDULLAH HUSSAIN
Interlok Sebuah Karya Perkauman? 31
6. ADAM MALIK
Tokoh Tiga Zaman Indonesia 33
7. AGUS SALIM
Penggerak Sastera Orang Semenda Asal Muar 39
8. ARIS TAHIR
Cikgu Asal Muar Giat di Jaybee 42
9. ATANG SYAMSUDDIN
Apabila Wartawan Bebas Melapor 47
10. DINO SS
Mengenang Mohd. Said Hamid Dari Sg. Sumun 50
11. DJAMAL TUKIMIN
Dari Woodlands Ke Pasir Ris 53
12. FIRDAUS HJ ABDULLAH
Memahami Cara Berfi kir Seorang Senator 57
13. ISMAIL HUSSAIN
Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang 60
14. JAMAL SHAH
Aktivis NGO Yang Menulis 63
15. MAHMOOD SULAIMAN
Temu Bual Dengan Jeneral Yang Bersara 68
16. MALUNGUN
Tiada Kompromi Demi Bahasa 73
17. MARSLI N O
Menelusuri Daerah Kelabu Penulis 78
18. MOHAMAD ARIFF AHMAD
Perjalanan Mas Di Rumah Gapena 83
19. NIZAL MOHAMAD
Dialog Bersama Selebriiti TV 87
20. OTHMAN PUTEH
Darling Penerbit Kini Sudah Tiada 90
21. OTHMAN YATIM
Menilai Seni Ukir Pak Su 94
22. RAJA HAMZAH YUNUS
Perginya Waris Yamtuan Muda Riau 98
23. RAJA ZARITH SOFIAH
Puteri Gunung Ledang Bersama Legenda 102
24. S.PANIT
Mencari Saihani Paniti Dari Sijangkang 106
25. SAADAN KASSIM
Jasa seorang Pengundi Veteran 112
26. SAFRULLAH SANRE
Bingkisan Dari Makasar Di Tanah Bugis 116
27. SAPARDI DJOKO DAMONO
Sebentar Bersama Novelis Kawakan Indonesia 122
28. SHAHAROM HUSSAIN
Menilai Buah Fikir Novelis Sejarah Dari Johor 127
29. SITI ZAINON ISMAIL
Han Su Yin-nya Malaysia? 131
30. TENGKU ALAUDIN MAJID
Sepi Seorang Aktivis Seni 133
31. USMAN AWANG
Berdepan Dengan Wartawan-Sasterawan Tongkat Waran 137

ISU
32. BANDAR BARU BANGI
Melakar Kerjasama Ilmiah UKM-UNPAD 147
33. BANDAR BARU BANGI
Usaha Menghilangkan Melayu Di Pengajian Sastera 152
34. BANDAR BARU BANGI
Warkah Dari Seorang Sahabat 157
35. BANDUNG
Jom Wisata Bersama Dollah dan Bahari161
36. BANDUNG
Kain Putih Di Kampus ITB 167
37. BANDUNG
Kota Bunga Yang Tak Layu-Layu! 172
38. BANDUNG
Warkah Pendek Untuk Tongkat Warant 177
39. BANJARMASIN
Pemukiman Ulama Arsyad Al-Banjari 180
40. BUKIT TINGGI
Dari Kampar Melalui Bukit Barisan 185
41. CAPE TOWN
Lingkaran Keramat Di Tanjung Harapan 189
42. CAPE TOWN
Malam Pertama Bersama Lady Hamiltan 193
43. CAPE TOWN
Orang Melayu Di Boo-Kaap 197
44. DAIK-LINGGA
Intrik Politik Raja Di Istana 201
45. DAIK-LINGGA
Menghayati Nyanyian Rindu Gunung Daik 206
46. DAIK-LINGGA
Orangnya bertutur Dalam Dialek Johor 211
47. GADONG
War Of Words Between Baruh And Darat 216
48. JAKARTA
Kerjasama Penerbitan DBP-Balai Pustaka 218
49. JAKARTA
Lain Di Daik Lain Di Betawi 222
50. JAKARTA
Meninjau Kebebasan Akhbar Di Indonesia 226
51. JAKARTA
Tiada Maaf Bagimu Tetangga 231
52. JOHOR BAHRU
Batu Acheh Di Makam Raja 236
53. JOHOR BAHRU
Festival Seni Melayu Sedunia Di Johor239
54. JOHOR BAHRU
Fokeps Sebagai Penerbit Serantau 244
55. JOHOR BAHRU
Ketika UMNO Di Usia Persaraan 249
56. JOHOR BAHRU
Luahan Rasa Pemandu Teksi 255
57. JOHOR BAHRU
Sejahteralah Keluarga Sakinah 259
58. KUALA LUMPUR
Bahasa Melayu Di Menara DBP 263
59. KUALA LUMPUR
Cabaran Menunggu Firdaus Di DBP 267
60. KUALA LUMPUR
Jiwa Melayu Dan Mentaliti Penjajah 272
61. KUALA LUMPUR
Jubli Perak dan Jubli Emas DBP 276
62. KUALA LUMPUR
Majalah Berita Mingguan Tutup Kedai 281
63. KUALA LUMPUR
Menggerakkan Hubungan Budaya China-Malaysia 286
64. KUALA LUMPUR
Menjenguk Sea Write Award : Penulis Bercakaran! 290
65. KUALA LUMPUR
Rempah-ratus Kehidupan 2002 294
66. KUALA LUMPUR
Sejenak Bersama Penulis Buku Politik 299
67. KUALA LUMPUR
Siku Dan Seke..Aduhai..303
68. KOTA TINGGI
Sejarah Pesisiran Sg. Johor307
69. KUALA KANGSAR
Orang Berbahasa Di Sg. Perak312
70. MAKASAR
Menemukan Semula Salsilah Melayu Dan Bugis317
71. MEDAN
Batam-Palembang Melalui Hang Nadim321
72. MEDAN
Mendengar Dialek Kedah Di Jaring Halus 326
73. MEKAH
Kunjungan Gapena Ke Rumah Kedah 331
74. MENADO
Tempat Lahirnya Normadiah Dan Maria 336
75. PEKAN BARU
Festival Melayu Di Dusun Payung Sekaki 341
76. PEKAN BARU
Makna Melayu Di Bumi Riau 345
77. PETALING JAYA
Kelab Veteran DBP Ditubuhkan 350
78. PONTIANAK
Menikmati Lidah Buaya Di Khatul Istiwa 355
79. PULAU PENYENGAT
Mas Kahwin Sultan Untuk Raja Hamidah 360
80. REMBAU
Buku Sejarahnya Perlu Versi Rumi 365
81. REMBAU
Perbilangan Adat Perpatih Dibukukan 367
82. SEGAMAT
Mencari Mitos Di Balik Nama 372
83. SINGAPURA
Selusuri Zaman Silam Melayu Temasik 377
84. SUMATERA BARAT
Sembah Adat Di Pagar Ruyung 382
85. TANJUNG KELING
Ringgit Pelancong di Kota Sejarah 387
86. VANCOUBER
Visa dan Prasangka Politik Malaysia-Kanada 391

UMUM
87. ABU AMAN BACHIK
Main Suruk-Suruk Ke Pengajian Al-Quran 398
88. A.F.YASSIN
Kami Tanyakan Kepada Semua Orang 401
89. A. M. THANI
Sikap Dan Teknik Baharu Pengarang 403
90. ASRI AFFANDI
Penulis Belakang Tabir Yang Kreatif 408
91. FAIZAL FADZIL
Perginya Seorang Kawan 413
92. HATTA SHAHAROM
Sejenak Bersama Penulis Selagi Dakwat Mengalir 415
93. KAMALUDDIN LELA
Tunggulah Saya Pengsan Dahulu 418
94. MA’AROF SAAD
Budaya Jepun Disiplinkan Diri 427
95. MINAH WAHAB
Keluarga Gadong-Tanah Datar-Tanjong 431
96. TUAN ASRI TUAN HUSSEIN
Agenda Utama A.F.Yassin 434


09 August 2017


KELUARGA MINAH WAHAB HJ. YASSIN ZAINAL GADONG


Keluarga Minah Wahab Kg. Gadong. Allahyarham Minah, dua dari kanan baris depan dan
 suami Hj Yassin, tiga kanan bersama anak-anak dan cucu. Tarikh gambar tidak diketahui.

Haji Amin beli tanah Limah Daeng yang pindah ke Miku. Tanah ini sekarang luasnya satu ekar dan diserahkan kepada Noresah, anak perempuan  tertua kepada Amin. Rumah induk terletak di kawasan sebelah hilir tanah ini yang luasnya setengah ekar. Ia diserahkan kepada Siput adik perempuan Noresah. Sebagai pengmal adat perpatih, Siput anak perempuan yang paling bongsu berhak tinggal di rumah induk. Tidak diketahui nama isteri Haji Amin, emak kepada Noresah dan Siput. Haji Amin mempunyai tiga anak, iaitu Noresah, Siput (panggilan (Uwan Hilir) dan Jusoh.

Noresah berkahwin dengan Kassim dari Kg. Hulu Gadong. Mereka dikurniakan enam orang anak. Anak yang tua bernama Abd. Rahman. Anak kedua bernama Othman, Abu Hassan, Saadan, Cik Yah dan yang bongsu nernama Nordin. Ertinya ada dua anak perempuan dan empat lelaki. Mankala Siput berkahwin dengan Musa dari kg. Seberang Paya (Mempaya). Mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Ibrahim, Sauf, Alias dan Sarah.

Oleh kerana ibu Minah Cik Yah meninggal ketika Minah masih kecil, maka dia dijaga oleh Saadan yang ketika itu mengikuti suami, Mohd Yatim ke Gua Musang, Kelantan. Mohd. Yatim orang Kg. Tanjong dan bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu. Tidak lama Minah dijaga Saadan kerana setelah itu nenek Minah, Noresah mengambil alih menjaga Minah. Noresah menghantar Minah bersekolah di Sekolah Melayu Perempuan Kg. Tanjong sehingga Darjah Enam. Setelah dewasa Minah berkahwin dengan Hj. Yassin Zainal dari Kg. Tanah Datar, Gadong. Hj. Yassin ketika itu seorang duda setelah bercerai hiidup dengan wanita yang dikahwininya dari Kg. Kota. Sementara itu Wahab, orang Kg. Legong Ulu bapa Minah berkahwin pula dengan Kesah dari Kg. Jawa setelah bercerai mati dengan Cik Yah.

Hasil perkahwinan Minah dengan Hj. Yassin, mereka dikurniakan sepuluh orang anak, yang tertua Ahmad Fadzil, Anak Kedua Sabariah @ Sapinah, Saadah (meninggal dunai waktu berusia enam bulan akibat demam panas), Amrah, Mohd. Zaki, Basrah, Mohd. Zubir, Rozita, Zalina dan Ahmad Nezam. Bapa Minah yang berkahwin dengan Kesah dikurniakan pula beberapa orang anak, iaitu Ahmad, Halus, Rosman, Ghazali, Ismail dan Mansor. Dalam pada itu Saadan yang berkahwin dengan Mohd. Yatim dikurniakan pula empat orang anak dengn yang paling tua meninggal dunia ketika masih kecil. Tiga yng lain ialah Hassan Basri,Rohana dan Masitah.

Dalam pada itu Siput yang berkahwin dengan Musa dikurniakan beberapa orang anak itu juga mempunyai jurai keturunannya sendiri. Setelah Siput meninggal dunia Sarah menjadi pemegang amanah menjaga rumah induk dan Sarah berkahwin dengan Abd. Rahman. Mereka mempunyai ramai anak antaranya Kalthom, Zainal, Nasir, Yaakob, Zainon, Ariffin, Yusof, Suriah dan Rubiah. 

Ayah Hj. Yassin, Zainal adalah orang Gadong dan abang kepada Lamah. Setelah berkahwin dan tidak mempunyai anak, Lamah mengambil anak angkat yang dinamakan Pesah yang setelah dewasa berkahwin dengaan Cikgu Abbas Ali dari Chengkau. Mereka dikurniakn beberapa orang anak. Antaranya yang tua wanita yang kami panggil Kak Nah. Kedua Kak Sham (Shamsiah), Shahrin, Kamarul Bahrin dan Ahmad.

Sementara itu ibu Hj. Yassiin, Lanjung yang kedua-dua ibu bapanya bernama Jaafar dan Sulong mempunyai beberapa orang adik-beradik pula. Lanjung yang tua, kedua, Siah, Piah (Sapiah?), Meja, Hawa,, Bedah dan Husain. Siah berkahwin dengan Cawang dari Kg. Mungkal dan dikurniakan tiga orang anak, iaitu Othman, Hitam dan Yunus.Hitam berkahwin dengan Shariff dari Gadong dan dikurniakan beberapa orang anak pula, antaranya Ahmad@Mokhtar, Maulud, Rubiyah dan Sharipah.

Sebelum berkahwin dengan Lanjong, Zainal berkahwin dengan Peah juga dari Tanah Datar, Gadong. Peah adalah anak Tiah. Dengan Peah Zainal memperoleh anak bernama Hj. Mohd. Yatim, yang kemudin mendirikan Sekolah Agama Ulu Gdong bersama Hj Yassin adiknya yang berlainan ibu dan Hj. Haron Lassim. Sekolah agama ini mulanya didirikan berhampiran surau Ulu Gadong sebelum dipindahkan ke tempatnya yang ada sekarang. Perkahwinan Lanjong dengan Hj. Zainal menghasilkan dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan Hj. Yassin yang tua dan adik perempuannya  yang kemudian berkahwin dengan Abd. Karim. Mereka dikurniakan dua anak perempuan bernama Zaharah dan Salamah. Oleh kerana jodoh Abd. Karim tak panjang Abd. Karim kemudian berkahwin dengan Maya dari Gadong. 

Tinggallah Zahrah dan Salamah di bawah jagaan Lanjong sehinggalah Zahrah dikahwinkan dengan Aziz Bador dari Gadong dan Salamah dikahwinkan dengan Atan dan kemudian dengan Rashid.  Melalui perkahwnan Zaharah dengan Aziz Bador mereka dikurniakan beberapa orang anak pula antaranya Azizah, Basrin, Basri dan  Zimah, sementara perkahwinan Salamah dengan Atan dan Rashid mereka dikurniakn beberpa orang cahaya ata pula antaranya Badariah, Jenah (meninggal ketika kecil), Halijah, Rusnah, Mala dan Ani. Badariah berkahwin dengan Omar dan melahirkan cahaya mata bernama Norazizan.     
   


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROFIL

My photo
Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).