Menara Ansar di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru dengan Hotel Puteri Pan pacific di sebelahnya, satu mercu tanda, simbol kemajuan Johor Bahru. Bangunan ini sekitar enm km jauhnya dari Pantai Lido yng kini dikenali dengan Danga Bay.
Satu senja selepas maghrib saya Mengunjungi Danga Bay (dulunya Pantai Lido) di Johor Bahru. Kebetulan senja itu beGitu ramai pengunJung yang menurut biras Noorzrin rata-rata DATANG dari Singapura yang hanya 1 km di seberang tambak. Lapan tahun dulu kami pertama kali mengunjungi Dangan Bay ini ketika mula pantai canggih itu buka pada umum. Ikutilah catatan saya ketika itu yang kemudian disiarkan dalam Utusan meayu Mingguan, bertarikh 20-26 Jun 2004:
Kini
di mana-mana sahaja di Johor Bahru, orang bercakap tentang Pusat Rekreasi Danga
Bay. Walaupun pembangunan keseluruhan pusat rekreasi ini belum siap namun pusat
ini telah memikat hati kebanyakan pengunjung, yang datang jauh dan dekat.
Tergiur dengan publisiti besar-besarannya maka saya mencuri peluang mengunjungi
pusat rekreasi terbaru di tepian Tebrau malam Ahad minggu lalu.
Pusat
ini terletak bersebelahan Pantai Lido yang pada tahun-tahun lampau menjadi
peleseran anak-anak muda dan mandi-manda di hujung minggu. Begitu masyhurnya
Pantai Lido satu ketika sehingga namanya diabadikan dalam lagu “Tanjung Puteri”
yang masih disiulkan masyarakat Johor hari ini. Disebabkan pencemaran, pantai
itu tidak lagi menjadi tumpuan orang mandi-manda dan pengunjung pula semakin
berkurangan.
Pembangunan
Danga Bay yang berkonspkan taman tema bagaikan cuba mengembalikan kegemilangan Tepian
Tebrau ini, setidak-tidaknya kawasan Selat Tebrau, dari Pantai Lido ke Batu
Lima, Tampoi sepanjang Jalan Skudai akan menyaksikan kebanjiran semula
pengunjung yang mahu mencari ketenangan , terutama di hujung minggu. Respons
awal kepada usaha ini amat menggalakkan. Seorang pengawal keselamatan Danga Bay
yang dihubungi berkata orang datang bertali arus, baik siang mahupun malam.
Tidak kira hujung minggu atau hari biasa.
Menurut
pengawal itu, dia tidak menduga kawasan yang dahulunya tinggal sepi, terlebih
lagi pada hujung minggu kini penuh sesak dengan manusia. Katanya, “Tak tahulah,
mungkin kawasan ini baru sahaja dibuka, itu sebabnya orang ramai datang.” Baru
pun tak baru juga kerana pengunjung telah pun mula menapak di kawasan ini sejak
Hari Raya Puasa lalu.
Pengawal
itu masih belum lupa bahawa kawasan itu
dahulunya ditumbuhi pokok-pokok pain dan menjadi tempat gelanggang
sukan, terutama tenis. Ada sebuah restoran “Singgah Selalu” yang dibuka 24 jam
yang menghidangkan pelbagai makanan, tidak terkecuali makanan khas Johor. Mulai
senja kawasan itu bertambah sepi, tiada lagi pengunjung. Malah keadaan tidak
mengizinkan pengunjung untuk tinggal lebih lama. Begitu sepi dan terpencil. Di
Pantai Lido yang berhampiran hanya deru ombak dan enjin kenderaan yang masih
kedengaran sepanjang senja membawa ke malam.
“Awak
boleh lihat sendirilah. Sekarang nak letak kereta pun susah. Kadang-kadang
terpaksa letak di kawasan simpang masuk ke Jalan Istana Bukit Serene sana,”
ujar pengawal berkenaan. Ertinya pengunjung terpaksa meletakkan kenderaannya
lebih kurang satu kilometer dari kawasan pusat rekreasi. Ada pengunjung yang
mahu tidak mahu menggunakan khidmat keretapi mini pusat rekreasi untuk
mendapatkan kenderaan semula.
Perkhidmatan
kereta api mini pusat ini amat popular. Ia memberi khidmat kepada pengunjung
yang ingin menikmati keindahan malam dari hujung ke hujung pusat. Dengan hanya
membayar sati ringgit, pengunjung dibawa menyelusurui sepanjang pantai melalui
lautan manusia. Yang mahu lebih bersendirian atau berdua-duan ada pula khidmat
beca roda tiga menyusup lalu di bawah remang-remang cahaya warna-warni
seolah-olah meliliti tiangnya dari atas ke bawah.
Danga
Bay turut menawarkan khidmat hiburan untuk kana-kanak seperti yang terdapat di
sebarang taman hiburan. Bagi kebanyakan pengunjung dari Singapura, khidmat ini
bagaikan telah menghidupkan semula konsep hiburan Great World dan New World
tahun-tahun 1950an dahulu. Malah pengunjung Johor yang berusia emas turut
merasakan kebersamaan konsep itu. Jika pada dekad itu orang Johor yang sering
ke Singapura untuk mendapatkan hiburan maka kini orang Singapura pula yang
bertandang ke Danga Bay.
Cuma
bezanya, Danga Bay menawarkan lebih banyak perkhidmatan rekreasi kepada
anak-anak dan orang dewasa, kecuali pentas joget. Ada feri pesiaran, ski air, kuda tunggangan dan bagi
yang hanya mahu berpeleseran ada pula tempat duduk yang disusun sepanjang
dataran terapung. Melalu feri pesiaran, pengunjung berpeluang menikmati
keindahan pantai dari laut dengan bangunan pencakar langitnya. Dengan hanya
RM10 untuk orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, pengunjung akan menyaksikan
antaranya, Bangunan Kerajaan Bukit Timbalan, Istana Bukit Serene, Masjid Suktan
Abu Bakar, Istana Besar, Hospital Umum Tun Aminah, Dataran Bandaraya dan Lot 1
JB Waterfront “berarak lalu”.
Jika
malam, ada tarikan tambahan berupa lampu warna-warni yang menghisi bangunan dan
sepanjang Jalan Skudai. Dan di sebelah Timur kelihatan Tambak Johor yang dihiasi deretan lampu jalan
dengan kenderaan bergerak bertali arus dari kedua-dua arah Johor
Bahru-Woodlands ibarat semut pulang ke sarang. Sebuah bangunan terbuka dua
tingkat yang besar menampung gerai-gerai
makan. Bangunan yng menempatkan gerai makan ini merupakan destinasi utama
pengunjung. Pada malam minggu pengunjung kadang-kadang terpaksa beratur
menunggu giliran “layan diri” masing-masing. Setelah mendapatkan khidmat layan
diri, pengunjung perlu pula mencari-cari meja kosong. Ada kalanya pengunjung
menunggu lama dengan makanan di tangan sebelum mendapat tempat.
Menurut
sekumpulan anak muda yang tidak pernah ketinggal berkunjung ke pusat ini setiap
malam minggu mengakui bahawa “Danga Bay memberi ketenangan di tengah-tengah
hingar-bingar suara pengunjung, loceng beca, tiupan semboyan kereta api mini,
jeritan anak-anak di taman hiburan dan deru ombak memecah pantai.” Kata seorang
daripada mereka yang memanggil dirinya “Jamal” sahaja, “Sekarang dapatlah kami
mencari angin segar malam minggu di tepi pantai ini. Dahulu, kita orang
habiskan masa di tempat karaoke di warong makan. Belanja pun kuranglah. Masalah
kami ialah tempat letak kereta. Tak cukup.”
Masalah
meletak kenderaan amat serius, terutama pada
hujung minggu. Usaha memperbanyak tempat letak kereta merupakan cabaran
berat menanti pihak berkuasa. “Ini baru fasa permulaan pembangunan,” kata
Jamal. “Bagaimana nanti kalau pusat rekreasi ini siap sepenuhnya? Dan jambatan
telah menggantikan Tambak Johor?” Jamal membayangkan betapa sibuknya pusat
rekreasi Danga Bay ini setelah Tambak Johor dirobohkan. Sudah pasti
perkhidmatan peranginan feri pesiaran akan diperluas hingga menyeberangi
jambatan menuju Setulang laut atau lebih jauh lagi Pasir Gudang di sebelah
timur dan jembatan Link Kedua dan
Pelabuhan Tanjung Pelepas di sebelah Barat. “Pihak pengurusan Danga Bay perlu
juga memikirkan kesan jangka panjang pembangunan pusat ini dari segi jumlah pengunjung dan perkhidmatan letak
kereta,” kata Jamal.
Apapun
jua Danga Bay mulai muncul sebagai pusat rekreasi terbesar dan terbaik di
gerbang selatan. Walaupun belum mampu menyaingi pusat rekreasi Pulau Sentosa di
Singapura, namun elemen-elemen menyaingi pusat itu telah mula terbayang. Selat
Tebrau tanpa Tambak Johor menjanjikan keindahan malam buat pengunjung. Bukan
tidak mungkin Selat Tebrau sepanjang psisir pantai dari Pasir Gudang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas akan bertukar
wajah menjadi sebuah destinasi pelancongan yang menyaingi destinasi-destinasi lain di rantau ini.
Gerbang Selatan dengan Jambatan pengganti Tambak memberi harapan kepada
Kerajaan Negeri menyedut sebanyak pengunjung bukan sahaja dari utara tetapi
yang lebih penting dari pulau-pulau di selatan gerbang, terutama Singapura,
Batam dan Bentan. Buat sementara ini Tambak Johor masih menjadi penghalang
kepada harapan itu. Kira-kira 11.00 malam saya meninggalkan Danga Bay menuju
pusat bandaraya Johor Bahru. Jauh di depan, Tambak Johor masih juga dipenuhi
kenderaan yang bergerak dari kedua-dua arah. Cahaya lampu jalannya sedikit
pudar ditelan kabut malam.(afy)
Visit another interesting sight somewhere in Kota Iskandar, the new capital city of Johore- The-Legoland.
ReplyDeleteLambaian daun kelapa di pantai lido hilang sudah dari pandangan mata. Panorama semalam tiada lagi menggores kenangan. Aku masih termenung sambil merangkul ingatan abadi.
ReplyDelete