Abah (Allahyarham), 74 tahun
Di suatu masa, Amrah (dua kiri) bersama Faiz ketika menikmati hidangan di Kg. Melayu Majidee, Johor Bahu. Kin kedu-duanya sudah Arwah.
Empat orang anggota keluarga yang paling rapat kini telah tiada. Namun hakikatnya begitulah, kepadaNya mereka datang dan kepadaNya mereka kembali. Kami redha sebagaimana kami redhai akan takdirNya. Dan Insya-Allah semua kami juga akan pulang menemuiNya, suatu ketika, entah esok , entah lusa. Sebenrnya kita semua sedng menuju pelabuhan waktu.
Mulanya kami kehilangan adik kami, Saadiah Yasin akibat demam panas. Adik kami itu baru berusia sekitar enam bulan pada tahun 1949. Adik kami meninggal di atas pangkuan emak di rumah Uwan "baruh" Uwan Saadan. Pada masa itu Saya masih kecil baru berusia lima tahun . Saya masih ingat bagaimana Abah membawa jenaah adik kami yang masih kecil itu dibaawa dengan tikar mengkuang kecil dan digendong Abah ke tanah perkuburan kira-kira 500 ela dari rumah.
Kemuudian kami kehilangan Abah yang dikasihi pada tahun 1984, ketika berusia 74 tahun akibat sakit tua. Saya tidak dapat bertemu dengan Abah pada saat-saat akhirnya kerana berada di Medan, bersama-sama kawan-kawan Dr. Othman Puteh, Dharmawijaya dan Mod. Yusof Md. Nor kerana urusan rasmi dengan Toko Buku Deli, Kebetulan pada masa itu kami dalam penerbangan pulang. Setelah mendarat di Subang saya mendengar hebahan raya memanggil nama saya. Dan belum pun sempat saya mendekati Meja Penerangan Prof. Dr. Hashim Awang, yang menunggu kami, menarik saya ke tepi dan meminta saya mengikutnya ke kenderaan. Ketika itu Hashim bersama isterinya.
"Sabarlah," katanya pendek." Akhirnya saya faham maksudnya bahawa Abah sudah tidak ada lagi. Saya hanya dapat menahan sebak dan menangis dalam hati. Di rumah, di Damansara Utama orang rumah tengah menunggu bersama-sama tiga anak kami - Ahmad Faizal, Izanul Fazliah dan Iwan Fazlee - untuk pulang ke kampung di Gadong, Kota. Kami sampai agak petang dan Arwah Abah selamat dikebumikan pagi esoknya. Salah satu kegemarn Abah yang tidak lekang dengan dirinya ialah Abah tak miss dengan "rokok tembak"nya. Saya difahamkan dalam seminggu dua ini Abah beberapa kali bertanyakan saya dan minta bertemu tetapi oleh erana selalu sangat bertanyakan hal itu adik-adik bagaikan terlupa menghubungi saya. Galatnya bukan main kerana tidak dapat bertemu dengannya.Biasanya saya menemui Abah sebulan sekali.
Pada Mac 2007, anak sulung kami, Ahmad Faizal pula meninggalkan kami buat selama-lamanya akibat diabetes ketika berusia 39 tahun. Faizal pergi menemui Penciptanya pad saat-saat puncak kerjayanya sebagai Pengarah Urusan Yayasan Ilmuan, yang ditubuhkan bersama bekas bosnya, Dr. Khairul Azmi Mohamad. Sebelumnya mereka bertugas dengan Kerajaan Negeri Johor di Pejabat Menteri Besar Johor, Dato' Abd. Ghani Othman di Bahagian Penerangan dan Penyelidikan. Faizal dilantik Timbalan Pengarah Penerangan dan Penyelidikan dan bertugas selama lima tahun. Faizal mengawali kerjayanya sebagai wartawan Berita Harian setlah lulus pengajian di Brock University, St. Catherine, Kanada dalam bidang Sains Politik. Faiz meninggalkan balu, Rosmawati Yunus (Ros), juga lulusan di universiti yang sama bersama-sama empat orang anak - Nurfaizzati, Nurrsydina, Ahmad Irfan dan Ahmad Irsyad. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Subang Jaya di sisi Ros. Pada masa itu saya dan isteri sedang dalam perjalanan mengambil keempat-empat cucu kami (anak-anak Allahyarham) di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Jenazah dibawa ke rumah kami di Kg. Kubu Gajah, Sg. Buloh dan dikebumikan lepas Asar di Tanah Perkuburan Kg. Kubu Gajah.
Terakhir kami kehilangan adik kami, insan istimewa, Hajah Amrah Yasin (61 tahun) akibat sakit jantung mengejut. Arwah alumni Tun Besar School Tampin tahun 1969. Istimewanya adik kami ini bukan usianya yang telah berusia 61 tahun tetapi Allahyarham mengidap penyakit yang jarang-jarang dihidapi, iaiu sejenis penyakit lukemia (SLA) sejak tahun 1977. Selama Arwah bertahan selama 35 tahun. Pernah berkahwin dengan Kassim Sir tetpi tidak kekal lama. Merea berpisah tanpa dikurniakan dengan cahaya mata. Yang menyedihkan kami ialah ketika Alahyarham diserang jantung secara engejut pada pagi 28 Ogos 2012 itu, tidak ada seorang pun berada di rumah di Gadong, Kota. Hanya Alahyarham bersama emak yang juga kurang sihat. Allahyarham akhirnya terpaksa memanggil sendiri ambulans dari Hospital Tampin. Allhyarham bersendirian dalam kenderaan ambulans menuju hospital sementara emak tnggal bersendirian pula di rumah.
Saya menerima berita sesak nafas Allahyarham daripada adik saya. Mohd Nizam yang menelfon saya dari pejabatnya di Bandar Daansara. Ketika itu saya menunggu kawan-kawan ( Zahriman Alias dan Mohd. Zain Mohd. Yassin) untuk ziarah raya ke rumah Alumni TBSST Abu Aman Bachik (AAB) di Putra Height, Subang Jaya. Setelah berziarah beberapa ketika di rumah AAB, saya tidak dapat meneruskan ziarah raya ke rumah Khalid Rahman di Setiawangsa dan terus pulang ke Hospitakl Tampin. Saya dimaklumkan bahawa Amrah telah dikejarkan ke Hospital Seremban. Di Bahagian Kecemasan Hospital Seremban, adik saya, Basrah dan anaknya, Shahrir Bakhtiar, sedang menunggu. Katanya, "Ateh masih di bilik kecemasan."
Setelah dipindahkan ke Wad 6A hospital, kami melihat Amrah dalam keadaan lemah, Alat pernfasan masih dipasang dan kami lihat tarikan nafasnya normal. Suaranya lemah sekali. Saya menggenggam erat tangan kirinya dan mereung matanya yang pejam celik. Amrah seperti ingin berkata sesuatu tetapi tidak banyak yang dapat saya fahami. Setelah sejam kami diminta meninggalkan Amrah sementara dua doktor mula merawatnya. Rasa saya seorang doktor wanita muda Melayu dan seorang lagi doktor India lelaki. Sebelum itu Amrah minta air kerana haus. Selang beberapa minit Amrah muntah.
Kakitangan hospital menasihatkan kami pulang sahaja kerana tidak aa apa yang dapat kami lakukan kecuali berdoa. Oleh kerana jam berkunjung telah tamat pada 7.30 malam kami pun beredar pulang ke rumah Amrah di Paroi. Dalam pada itu adik saya Rozita telah menjemput emak di kampung dan membawanya ke Seremban. Malamhya saya pulang ke Rawang untuk menjemput Ruby, isteri saya. Di kaawasan R & R Nilai, saya menerima panggilan dari petugas Hospital Seremban, memaklumkan keadaan Amrah. Menurutnya mereka sedng berusaha menstabilkan jantung Amrah yang katanya "sedang dihalangi darah yang mula membeku di bahagian pembuluhnya. Kami sedang berusaha mencairkannya." . Saya tanyakan riiko rawtan begitu. Katanya, "Susah nak dijangkakan, 50-50." Petugas menyebut kemungkinan "pesakit meninggal" dua kali.
Saya panik dan terus menghubungi Basrah supaya bawa beberapa orang ke hospital dan pantau keadaan. Saya terus ke Rawang menjemput Ruby dan kemudian bergegas kembali ke Hospital Sremban. Hampir tengah malam kami di Bilik Menunggu Kecemasan, mengharapkan sesuaatu perkembangan dripada petugas. Oleh kerana tidak ada perkembangan terbaru kami dinasihatkan pulang dan berjanji akan memklumkan jika ada kemajuan. Kami pulang semula ke Paroi. Dan ketika dalam keadaan menunggu dan bersiap-siap untuk tidut, Basrah menerima panggilan dari hospital memberitahu berita sedih. Petugas tidak menyebut berita apa tetapi kami sudah mengsyaki sesuatu yang kurang sedap telah berlaku. Ketika di wad petang itu, Amrah ada membisikkan ke telingan Basrah sebanyak dua kali. "Kalau Oni koma, ertinya maut." Dan saya difahamkan oleh petugas yang merawatnya melalui telfon awal bahawa Amrah telah ditempatkan di Wad CCU.
Kesemua anggota keluarga telah berkumpul di Paroi kecuali adik kedua saya, Sabariah dan keluarganya yang masih dalam perjalanan dari Johor Bahru. Tahulah kami apa yang kami harapkan tidak berlaku kini menjadi kenyataan. Harapan menggunung kini putus sudah. Ketika itu sudah pukul 2.00 pagi. Kami ke hospital dan di Tk 4, kami dapati Amrah telah menjadi arwah. Semua anggota keluarga dibenarkan masuk bergilir, tiga orang sekali ziarah. Saya dan Basrah bertanyakan prosedur dari petugas bagaimana secepatnya jenazah mahu dibawa pulang.
Kami mengambil masa tidak sampai satu jam untuk membereskan semua perkara admins untuk membawa jenazah pulang. Rasminya Amrah meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi 29 Ogos 2012 dan kami lega apabila dimaklumkan bahwa Amrh pada saat-saat akhirnyaa sempat mengucap dua kalimah syahadah setelah dibisikkan ke telinganya oleh doktor bertugas. Saya melihat wajah Arwah tenang dan saya mengucup dahinya beberapa kali buat kali terakhir. Kira-kira 3.30 pagi kami dalam perjalanan pulang membawa jenazah ke Kg. Gadong dengan ambulans. Adik saya Nizam, Basrah,Rozita, Zalina Zalina dan Rozita membuat persiapan di kampung. Jenazah selamat dikebumikan selepas Zohor 29 Ogos 2012 dan dihadiri kira-kira 100 orang, sahabat handai dan ahli keluarga, jauh dan dekat.
Al-Fatihah untuk empat anggota keluarga kami yang pergi buat selm-lamanya. Amin Ya Rabul-Alamin!
.
Al-Fatihah
ReplyDeleteA.F.Yassin mampu mengingati siapa-siapa yang telah pergi terlebih dahulu sejak tahun 1948 lagi. Daya ingatan Sdr agak luar biasa. Namun oleh kerana semuanya melibatkan anggota keluarga maka tidak semstinya kita lupa akan peristiwa menyedihkan itu. Kami turut mengucapkan takziah kepada Sdr dan semoga Sdr sabar menerima dugaan ini. Al-Fatihah!
ReplyDeleteKita hanya dapat merancang tetapi Allah Wazajalla menentukan. Al-Fatihah!
ReplyDeleteKita semua kan ke sana juga akhirnya. Pasti...
ReplyDeleteAl-Fatihah.....Saya duga Saudara AFY akan terus menghadapi cabaran untuk menjaga emak yang kurang sihat. Kalau dulu, rasanya Amrah lah tempat ahli2 keluarga lain berharap untuk menemani mak. Pemergiannya yang tidak diduga pasti merupakan satu kelihangan besar. Walau bagaimana pun saya harap segala urusan keluarga AFY akan dapat dipermudah, InsyaAllah....
ReplyDeleteTerima kasih Zahriman atas keprihatinan. Insya-Allah masih ada adik-adik yang akan menjaga emak. Paling-paling adik saya, Basrah akan sentiasa berada di sisi emak. Basrah masih tinggal bersama emak di kampung. Di rumah Allahyarham Amrah di Seremban masih ada adik kami, Zubir yang kami panggil "bujang" beserta keluarganya adalah jiran terdekat. Sekiranya emak akan tinggal di Sereban di rumah Arwah, Bujang Insya-Allah akan pastikan semuanya akan diuruskan dengan baik. Tentunya kami adik-beraik akan lebih kerap ziarah enak samaada di Gadong atau di Seremban. Apapun jua, kehilangan arwah masih amat dirasakan. Semoga kami tabah menghadapinya. Yang amat menyedihkan setiap kali kami adik-beradik sembang-sembang kosong bersma Arwah secara bergurau mencelah kalau nanti emak "dah tak ada" sapelah yang akan jaga Oni (Arwah membahasakan dirinya Oni), Ini kerana Arwah adalah insan istimewa dalam kalangan keluarga kerana sakit SLAseja tahun 1977 lagi. Luluh rasa hati setiap kali Arwah bercanda begitu. Bagi saya peibadi itu bukan gurauan dan itulah yang menyebabkan saya sendiri tidak dapat menahan rasa kali terakhir saya melihat jenazahnya sebelum disembahyangkan.
ReplyDeleteJangan ditangisi mereka yang kembali. Allah menyayangi mereka. Insya-Allah pasti ada hikmahnya, yakinlah. Kita juga akan kembali menemui-Nya. Al-Fatihah.
ReplyDelete