16 August 2015

PERKENALKAN ORANG KAMPING SOO CHAM DAN CHE' OME


Sepanjang bulan Syawal tahun ini bersamaan tahun 2015 saya bertemu dua orang sekampung. Seorang yang tak pernah saya kenal dan seorang lagi yang lama menghilang sejak tahun 1973. Dua orang itu ialah Soo Cham dan Che' Ome. Soo Cham dari Kg. Tanjong dan Che' Om dari Kg. Gadong. Kedua-dua kampung ini dalam Mukim Gadong Daerah Rembau, salah satu daerah di Negeri Sembilan.

Kedua-dua Soo Cham dan Che' Ome adalah alumni Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin. Kalau tak silap Soi Cham TBS 1969 manakala Che' Om TBS 1963. Soo Cham seorang Mualaf dan kini nenetap di Jalan Kebun, Klang sementara Che' One tinggal di Taman Keramat. Soo Cham mula saya tahu namanya
melalui Abu Samah Bidin dalam sembang bersamanya di Bangi Gateway satu malam pada bulan Ramadhan 2015. Abu Samah pinjamkan saya buku Soo Cham berjudul AIR MATA IBU, sebuah novel biografis terbitan DBP 2009. Menarik untuk dibaca. Semalam 16 Ogos Soo Cham berkunjung ke rumah berhalal- bihalal. Saya pula berkunjung ke rumah Che' Ome bersama orang rumah minggu ketiga Syawal.

Che' Ome baru saja kehilangan bapa saudaranya Mohd Zain yang kami panggil Pak Udo yang tinggal di Tampin. Terakhir saya ziarahi Che' Ome ketika dia tinggal di Kg. Pandan, Kuala Lumpur tahun 1973. Ketika itu saya baru setahun bertugas di DBP. Dua nama ini seperti memberi refleksi hubungan dua orang kampung yang berhijrah ke bandar. Dua nama ini menambah pengetahuan saya tentang kisah orang kampung di rantau orang. Khususnya Soo Cham yang merupakan anak kepada seorang Cina bernana Si Lau yang datang dari Tungsan (China). Soo Cham (dipanggil Dak Acam) memeluk Islam ketika masih di bangku sekolah dan menimbulkan konflik keluarga dengsn ibunya srhingga melahirkan AIR MATA IBU. Novel ini diterbitkan juga dalam edisi Inggeris dan edisi Cina.

01 May 2015

MEMOIR A.F.YASSIN SELAGI DAKWAT MENGALIR : PIX TELLS ALL - A LIFE TIME MOMENTO AT 70 LAST CHRISTMAS

THE BOOK, MEMOIR A.F.YASSIN SELAGI DAKWAT MENGALIR PUBLISHED ON 1.5.15.



GUYS BEHIND THE SCENE : EDITOR KMN (LEFT) AND BOOK DESIGNER  KAB AT WORK STATION.

A.F.YASSIN  AND WIFE AT NABAWI MOSQUE AFTER THE ASAR PRAYER DURING THE 2014 HAJ PILGRIMAGE

A.F.YASSIN WITH MEMBERS OF THE TBS PREFECTS BOARD IN 962. AFYASSIN IS FOURTH FROM RIGHT FRONT ROW.

FAIZAL FADZIL'S SIBLINGS WITH  WIFE ROSMAWATI YUNUS (EXTREME LEFT)


IN SEARCH OF GRAFFITTI IN BANGKA ISLAND WITH EX DBP'S BOARD CHAIRMAN, DATO' ABD. RAHIM BAKAR (THIRD FROM RIGHT).
EX-LEMBAGA PELABUHAN JOHOR  CHAIRMAN, DATO' HJ. MOHD YUSOFF HJ. ABD. RAHIM

WITH GUEST WRITER, ABU AMAN BACHIK, EX TBS ALUMNI 1961 WITH HIS BIG FAMILY. IN MEMORY OF GRANDCHILD, SA "TERSAYANG".

A.F.YASSIN'S FAMILY RELATIVES FROM MOTHER'S SIDE. FROM LEFT SALLEH SIMON, HAMID ABD HADI, AFY, ARIFFIN ABD. RAHMAN AND ISMAIL WAHAB.

FROM LEFT MOHAMAD IBRAHIM WITH BROTHER IN-LAW AND BADARIAH HARON.



MORNING TEA WITH CLOSE FRIENDS AFTER AFYASSIN AND WIFE PILGRIMAGE TO MECCA 2014. FROM RIGHT DATO' ANJANG AKI, DATIN NAZARIAH, DATO' NAFSIAH ABU BAKAR, HJH RUBIYAH SULEIMAN AND HJ. AHMAD FADZIL.
PROF. DR. ABU OTHMAN AND WIFE WEDDING RECEPTION AT UKM, WITH GUEST DATO' IKHWAN SALIM SUJAK AND WIFE DATIN MARIA,  FRONT ROW 2ND FROM RIGHT.

NORAZMI KHAMIS AND IZANUL FAZLIAH'S SIBLINGS

ROHANA IRAN (RIGHT) WITH SIBLINGS. ROHANA IS IWAN FAZLEE'S SPOUSE.

Kandungan Memoir A.F.Yassin
 
Dedikasi
Senarai Gambar
Prakata
Pendahuluan
PERSONALITI
1 A. Ali
Pencipta Yang Masih Menaruh Harapan? 1
2 A. KARIM ABDULLAH
H.B. Jassinnya Malaysia 5
3 A. SAMAD SAID
Sebumbung Bersama Ketua 10
4 A.WAHAB MOHAMMAD
Awam-il-Sarkam Masih Mahu Menulis 17
5 ABD. GHANI OTHMAN
Pemerkasa Budaya Zapin Di Johor 22
6 ABD. RAHIM BAKAR
Kerjaya Awal Selepas Universiti 27
7 ABDUL GHAFAR BABA
Pengaruh Dua Adat Dalam Diri Tun 33
8 ABDULLAH ABD. RAHMAN
Dollah Rahman Yang Mana Satu? 44
9 ABDULLAH AHMAD BADAWI
Nasib Orang Melayu Pulau Pinang 47
10 ABDULLAH DAHAN
Tokoh Adat Dan Pembangunan Di Rembau 55
11 ABDULLAH HUSSAIN
Bong Dollah Pangku Gulai Asam Pedas 60
12 ABU AMAN BACHIK
Kucupan Terakhirku Buat Sa Tersayang 63
13 AHMAD FAIZAL FADZIL
Teringatkan Arwah Faiz 68
14 AHMAD KAMAL ABDULLAH
Kemala Sarjana Tamu di UPM 84
15 AMRAH YASIN
Perginya Ateh Dan Mak Teh Kami 88
16 ARSHAD AYOB
Arshad Itu ITM Dan ITM Itu Arshad 94
17 ASIAH MINHAT
Hiba Di Aidilfitri 103
18 AZAH AZIZ
Cinta Kasihnya Kepada Busana Melayu 106
19 AZIZAH KASSIM
Dialog Sekawan Alumni TBS 109
20 BAHARUDDIN ZAINAL
Sasterawan Negara, Penyair-Penerbit 114
21 DAVID COTTON
Manfaatkan Kekayaan Tradisi Alam 118
22 DEDDY MULYANA
Surat Dari Bandung 123
23 JEFRI DIN
Terserempak Dengan Pop Yeh Yeh 128
24 JINS SHAMSUDDIN
Anak Didik P.Ramlee 133
25 KAMALUDDIN MUHAMAD
Catatan Pada Peringatan Keris Mas 137
26 KAMARUZZAMAN A. KADIR
Dharmawijaya Yang Saya Kenal 141
27 M. SOCKALINGAM
Jasanya Adalah Bukunya 149
28 MA’AROF SAAD
Penyair yang Cekal Dan Yang Pasrah 153
29 MOHAMAD RAHMAT
Tok Mat Dalam PAPTI (1980-81) 160
30 MOHD. YASSIN ZAINAL ABIDIN
Mengingati Abah Di Pagi Keramat 165
31 MOHD. YATIM ZAINAL ABIDIN
Kadi Rembau Lantikan Dato’ Ipap 169
32 MOKHTAR TALIB
Matlob, Mana Manuskrip Tanya Zam 173
33 MUHD. MANSOR ABDULLAH
Isteriku Kawanmu Juga 178
34 ONONG UCHJANA EFFENDY
Belasungkawa Tertunda Untuk Dekan 183
35 OTHMAN PUTEH
Darlingnya Orang Penerbitan 187
36 RAMLI ISIN
Sejenak Bersama Pengkritik dari Seliau 191
37 RUHANNIE AHMAD
J/K Tetap Menjaga Bahasa Di ITM 196
38 SAHMAD MALAYA
Pergi yang tidak Akan Kembali 200
39 SALLEH SULONG
Rakan Seiring Jalan Yahya Ahmad 204
40 SHAHAROM HUSAIN
Budayawan Menulis Di Pusara Isteri 207
41 SHARIFAH MARIAM SYED MANSOR
Sang Isteri Pergi Ke Ohio 212
42 SUJAK RAHIMAN
Pengurusan Yang Cekap Dan Berkesan 217
43 SULAIMAN NINAM SHAH
Pejuang Menentang Penjajah Inggeris 221
44 T. ALIAS TAIB
Kau Pergi Jua Sahabat 225
45 TENGKU NASARUDDIN EFFENDY
Menyelam Resah Rasa Orang Riau 229
46 USMAN AWANG
Penghormatan Terakhir Buat Tongkat 234
47 WAHEEDA
Wawa Dalam Pelukan Keluarga 242
48 WAN HAMZAH AWANG
Wahba Dan Warna Kehidupannya 246
49 YAHAYA ISMAIL
Politik GAPENA Dan Tabloidnya 251
50 YASSIN SALLEH
Kenalkan, Ini Sutradara “Dia Ibuku” 256
51 YAZIRWAN UYON
“Helo Bang, Ini Abangmu Datang!” 261
52 ZAITON SAMEON
Di Hatinya Masih Menaruh Harapan 266
KEMBARA DAN UMUM
53 BANDUNG
Di Syawal Mulia Kami Terharu 273
54 BANDUNG
Dialog Yang Tidak Mempertemukan 276
55 BANDUNG
Wahai, Bapak Dengarlah Rayuan Kami 279
56 BANDAR BARU BANGI
Nostalgia Depok Noraizan 285
57 BANGKA
Misteri Benteng Kota Kapur 293
58 CIREBON
Ada Apa Di Makam Wali Songo 298
59 JAKARTA
Bertentang Mata Dengan Goenawan 301
60 JAKARTA
Dakwah Islamiah Dalam Kebangkitan 305
61 JOHOR BAHRU
Bahasa: Sama Tapi Tak Serupa 310
62 JOHOR BAHRU
Berpelesiran Di Pantai Lido 315
63 JOHOR BAHRU
Empat Sebiras Kampung Melayu 318
64 JOHOR BAHRU
Kenangan di Sungai Segget 323
65 KOTA TINGGI
Iseng-iseng Di Air Terjun 328
66 KUALA LUMPUR
Sastera Siswa Dan 15 Penulis 333
67 KUALA LUMPUR
Siapa Hebat Siti Atau Dayang 337
68 KUALA LUMPUR
Wujudkan Tradisi Biografi 342
69 KUALA LUMPUR
Zuhaila Sedek De Boooij 345
70 MASJIDIL HARAM
Mengerjakan Haji Tahun 2014 351
71 MENADO
Cemas Dalam Pesawat Di Ruang Udara 367
72 OREGON
Beza Konvokesyen Malaysia – AS 373
73 PATTANI
Rempah-ratus Dari Thai Selatan 1 377
74 PATTANI
Rempah-ratus Dari Thai Selatan 2 382
75 REMBAU
Allah Lebih Menyayangi Mereka 387
76 REMBAU
Misteri Batu Nisan Aceh Di Tanah Datar 392
77 REMBAU
Terinai Dan Dikir Rebana 398
78 SG. BULOH
Apabila Mak Gadong Bercerita 400
79 SHAH ALAM
Jerih Perih Bikin “Amanat Presiden” 405
80 SHAH ALAM
Sekilat Banjir Di Batu Tiga 410
81 SHAH ALAM
Tentang Bahasa Dan Pelaburan 416
82 SINGAPORE
Oh My Nostalgic Tanjong Pagar 419
83 SYDNEY
Ke Negara Down Under Setelah 34 Tahun 422
84 SYDNEY
Ruth Tuffrey Kembara Dua Dunia 424
85 SRI ALAM
Kita Mahu Kendalikan Muatan Sendiri 428
86 TAMPIN
Pearl Theatre Hanya Tinggal Kenangan 439
PULAU PINANG
Penulis dan Karyanya 441
 

 
KETUA PENGARAH DBP, DATUK DR. AWANG SARIYAN (KANAN) DALAM PERTEMUAN DENGAN PENYUSUN BUKU

Kata PengantarDrs. Hj. Ahmad Fadzil Yassin atau lebih dikenali dengan nama
penanya A.F. Yassin telah menempuh jalan seribu liku dalam tiga bidang
penerbitan, iaitu surat khabar sebagai wartawan, majalah sebagai
pengarangnya dan buku sebagai pengurus dan pengarah editorialnya.
Beliau bertuah kerana dapat bekerja di bawah pimpinan tiga bangsa
manusia (Jepun, Melayu dan Inggeris) sepanjang tempoh kerjayanya
dalam tiga jenis bidang penerbitan dan penyeliaan syarikat swasta.
Semua pengalaman ini dicatatkannya sebagai sejambak kenangan
yang di dalamnya terdapat ilmu yang tidak dapat diperoleh melalui
pembacaan dan kepustakaan. Ketika ini usia A.F. Yassin melepasi tujuh
dekad. Beliau berusaha memanfaatkan sisa-sisa usianya dengan
mengumpulkan pengalaman berharganya itu dalam sebuah memoir
sebagai kenangan abadi.
 
Buku Memoir A.F. Yassin berisi sejumlah tulisan beliau tentang
perjalanan hidupnya sebagai anggota masyarakat yang prihatin tentang
persekitarannya. Buku ini terdiri daripada tiga kategori utama
yang melatari pengalamannya dalam tiga aspek kehidupan, iaitu ketokohan
(personality), kembara secara fizikal serta mental dan umum
yang berasaskan minat umum. Bahan yang dikumpulkan didasarkan 
pada pertemuan empat mata dengan tokoh personaliti, dialog juga
monolog dan buah fikir dengan pendekatan penulisan lebih bercorak
kisah berita dan juga pandangan dan pendapat. Di samping itu, tidak
ketinggalan buku yang memuat lebih 100 buah tulisan pilihan sejak
tahun 1960-an ini juga akan diisi dengan pandangan “apa orang lain
kata” tentang A.F. Yassin. Sejumlah gambar foto berwarna dan hitam
putih turut menghiasi buku.
 

Masih saya ingat satu Seminar Penulisan Biografi yang diselenggarakan
oleh Perpustakaan Negara Malaysia satu ketika pada tahun
2005. Tema seminar ialah “Memperkasa Korpus Warisan Malaysia
Menerusi Penerbitan Biografi.” Tetapi nama seminar itu telah diubah
kepada “Persidangan Penerbitan Biografi Malaysia 2005” dan
nama serta jumlah pembentang kertas kerja telah diperkemas. Roosfa
Hashim yang mewakili Jabatan Penerbitan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), sebagai setiausaha seminar dalam pernyataannya
memberikan beberapa nama tokoh yang memang “gah” dalam bidang
penulisan biografi. Sejumlah nama tokoh yang telah menghasilkan
buku-buku biografi, dalam apa jua bentuk – memoir, autobiografi
atau biografi – yang telah menambah khazanah warisan bangsa dalam
bidang penulisan biografi. Menurut Roosfa, persidangan dibahagikan
kepada empat kategori, iaitu Peluang dan Status Penerbitan Biografi,
Pengalaman Penulisan Memoir, Projek Penerbitan Biografi dan Memoir
serta Kepentingan Biografi dan Memoir dalam Masyarakat.
 

Maka menjadi harapan dan doa saya agar ada hubung kaitnya
perkembangan itu dengan usaha A.F. Yassin untuk mengusahakan
buku ini, selaras dengan cita-cita untuk memperkasa penulisan biografi
di Malaysia. Saya yakin bahawa penulis mapan seperti A.F. Yassin
yang telah berkecimpung dalam dunia persuratan dan penerbitan
mampu memenuhi keinginan pembaca yang dahaga akan buku-buku
bacaan jenis ini.
 

Datuk Dr. Awang Sariyan
Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
1 Mac 2015

21 March 2015

DARI KADET PENYELIA KILANG BENANG KE PENGARAH EDITOTIAL PENERBITAN

Iklan Buku Memoir A.F.Yassin


PENDAHULUAN BUKU MEMOIR A.F.YASSIN
 A.F. YASSIN (Drs. Hj. Ahmad Fadzil bin Hj.Yassin) tidak pernah terfikir untuk berkecimpung dalam bidang kewartawanan dan penerbitan. Hal ini disebabkan semenjak di sekolah rendah lagi (Sekolah Melayu Kota) dan kemudian melanjutkan pelajaran di Government Primary English School Tampin, beliau lebih berminat dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Semasa mengambil peperiksaan Overseas School Certificate pada tahun 1962, beliau tidak menyenaraikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tetapi Kesusasteraan Inggeris atas dasar “wajib ambil” kerana yang mengajarnya Mr. S.K.P Sivam, iaitu Guru Besar Tunku Besar Secondary School Tampin sendiri. Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya setakat lulus sahaja dalam peperiksaan itu. Manakala dalam mata pelajaran Matematik dan Sains beliau memperoleh kredit yang baik.
Beliau mohon meneruskan pelajaran ke Kolej RIDA, tetapi ditolak. Sebaliknya oleh sebab keputusan School Certificate yang agak baik dalam mata pelajaran Matematik dan Sains pihak berkuasa RIDA mencadangkan namanya kepada sebuah syarikat benang yang baru beroperasi di Johor Bahru, iaitu Textile Corporation (M) Sdn. Bhd. yang tengah mencari anak-anak Melayu untuk bekerja sebagai Penyelia Teknik. Setelah menduduki ujian bertulis dan lisan yang dikenakan oleh pihak syarikat itu, beliau diterima bekerja dengan seorang lagi anak Melayu, Ibrahim Saiman dari Muar. Daripada 10 yang lulus ujian terdapat hanya dua orang anak Melayu, iaitu beliau dan Ibrahim.

Minat menulis bermula semasa bekerja di syarikat ini. A.F.Yassin (Fadzil) kurang senang melihat sikap anak-anak Melayu yang bekerja sebagai operator di kilang itu. Sebagai kadet penyelia selama enam bulan pertama sebelum disahkan dalam jawatan, beliau melihat ramai yang bekerja sambil lewa dan kurang menumpukan perhatian kepada pekerjaan masing-masing. Banyak yang berhenti dan banyak yang masuk untuk kemudian berhenti lagi. Hal ini kurang disenangi oleh jurutera-jurutera Jepun yang mengetuai operasi kilang. Beliau dan kadet-kadet penyelia lainnya diajar bagaimana orang Jepun bekerja untuk kemudian diberikan tanggungjawab untuk memotivasikan operator-operator pengeluaran ini, terutama tentang perubahan sikap.

Dalam keadaan inilah Fadzil menulis ke Berita Harian melalui ruangan “Surat Dari Pembaca”. Beliau kerap memberikan pendapatnya tentang sikap anak-anak Melayu bekerja di kilang. Salah satu pendapat itu tersiar pada tahun 1968 dengan tajuk “Kemerosotan Pekerja Bumiputera di Kilang” (27 September 1968). Setelah itu tersiar pula pendapatnya bertajuk  “Pekerja Bumiputera di Kilang: Hadapi Cabaran Masa Depan dengan Tenang”(27 November 1968). Setelah mendapat tempat dalam surat khabar, walaupun sekadar di ruangan “Surat Dari Pembaca” semangat ingin menulis berkobar-kobar datangnya. Beliau cuba pula menulis berita dan berita sulungnya yang tersiar berjudul “Kamariah: Hidup Mesti Berbakti” yang disiarkan oleh Berita Harian pada 9 Februari 1969 dengan bayaran honorarium sebanyak RM3.67.  Setelah siaran pertama itu Fadzil tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau terus menceburkan diri dalam bidang penulisan yang baru diminatinya itu.

Sepulangnya dari Nagoya, Jepun pada tahun 1969, setelah diberikan latihan teknikal di Unitika Co. Ltd., syarikat induk Textile Corporation (M) Bhd., selama enam bulan beliau menulis beberapa siri rencana tentang pengalamannya di negara matahari terbit itu. Siri rencana itu tersiar dalam Utusan Malaysia dan Utusan Zaman. Ketika melanjutkan pelajaran di ITM, Shah Alam pada tahun 1970 beliau mengambil kursus akauntansi (Institute of Management and Works Accountancy) sekelas dengan Tan Sri Saleh Sulong, mantan Pengerusi Eksekutif DRB-HICOM, Fadzil meneruskan bidang yang beliau minati, iaitu penulisan. Beliau dilantik sebagai Pengarang surat khabar pelajar ITM, Suara ITM oleh Kesatuan Pelajar Institut Teknologi MARA (KPITM) yang pada waktu itu dipimpin oleh Ruhanie Ahmad (mantan Ahli Parlimen Parit Sulong) dan Ahmad Kama Piah Che Othman (sekarang Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad = PNB).

Fadzil diberikan tanggungjawab mengendalikan penerbitan surat khabar kampus Suara ITM setiap bulan selama setahun. Oleh sebab ketaasubannya dengan tugasnya ini beliau akhirnya meninggalkan kursusnya dan mohon kerja di Berita Harian dengan menghubungi A. Samad Ismail, pengarangnya melalui telefon. Beliau diterima bekerja sebagai “Cadet Reporter” dengan gaji mula sebanyak RM200.00 dan elaun perbatuan sebanyak RM60.00. Tugasnya ialah sebagai seorang penyunting (sub), bekerja di bawah ketuanya, A. Samad Said. Tanggungjawabnya ialah menterjemahkan berita dan juga rencana bersindiket (syndicated features) dari luar negeri.

Bermulalah kehidupan persuratkhabaran Fadzil. Beliau mula mengenali dua orang Samad yang kini tokoh besar dalam bidang kewartawanan dan kesusasteraan. Pengalaman bersama mereka cukup bermakna bagi A.F. Yassin. Suka duka di bawah tunjuk ajar dan bimbingan dua Samad ini memberikan kepada A.F. Yassin ilmu yang tiada nilainya dalam bidang persuratkhabaran. Fadzil sempat bermesra dengan beberapa orang rakan sekerjanya seperti Allahyarham Salim Kajai, Shukor Harun, Zainuddin Bendahara, Hamid Bendahara, Shukor Rahman, Maarof Mohd. Noh, semuanya kini menempa nama dalam bidang kewartawanan. Pengalaman bersama mereka meningkatkan ilmu Fadzil dalam bidang itu lebih daripada apa yang dapat dibacanya daripada buku.

Fadzil meninggalkan Berita Harian untuk bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) beberapa bulan kemudian kerana tawaran gaji yang lebih baik. Di DBP, jawatannya ialah Pembantu Sastera dan bertugas di bawah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Mohd. Noor Azam (kini Dato’) dan Usman Awang (kini Dato’). Tanggungjawabnya ialah menyelenggarakan penerbitan majalah Dewan Masyarakat bersama Awam-il-Sarkam dan A. Karim Hj. Abdullah. Di samping itu Fadzil juga dikehendaki mengendalikan Kegiatan Sastera di bawah pimpinan langsung Usman Awang. Semasa inilah A.F. Yassin mula bergaul dengan nama-nama besar yang lain dalam bidang kesusasteraan yang menjadi rakan sekerjanya, seperti Allahyarham Dato’ Abdullah Hussein (Sasterawan Negara), Cikgu Buyong Adil, A. Samad Ahmad, Dato’ Hassan Ahmad, Dato’ Baharuddin Zainal (Sasterawan Negara), Dato’ Dr. Siti Zaharah Sulaiman (mantan Menteri Wanita dan Kebajikan Am), Saleh Daud (mantan majalah Dewan Pelajar merangkap Bendahari GAPENA), Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) kini Sasterawan Negara dan sekarang Felo Tamu di UPM, Penyair Samsuddin Jaafar, Novelis Wijaya Mala, Dharmawijaya, Rubaidin Siwar, Abdul Ahmad, Jalil Rahman dan Dato’ Jaafar Abd. Rahim.

Pengalaman bersama mereka turut meningkatkan citra Fadzil sebagai A.F. Yassin dalam bidang kesusasteraan. Asam garam kehidupan bersama mereka sebagai rakan sekerja dan ketua cukup berharga untuk dicatatkan buat tatapan generasi hari ini dan akan datang, terutama sikap dan dedikasi mereka dalam bidang yang mereka ceburi. Peristiwa dan anekdot bersama mereka adalah permata paling berharga untuk dilupakan begitu sahaja.
Yang lebih penting semasa bertugas dengan DBP ini ialah pengendalian majalah, daripada anggota sidang pengarang kepada pengarang Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya. Kerja-kerja menerbitkan majalah ini amat rumit yang memerlukan satu team work yang jitu dan mantap di samping kerjasama penulis yang mengirimkan rencana dan karya mereka baik deskriptif mahupun kreatif. Usaha mengurangkan kerenah birokrasi, yang dianggap “musuh” sidang pengarang majalah adalah tugas yang mencabar, apatah lagi DBP adalah pertubuhan separuh kerajaan yang tidak dapat lari daripada masalah kerenah pentadbiran. Ketika di DBP-lah beliau diberi peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan di Universitas Negeri Padjadjaran Bandung atas apa yang disebut di Indonesia sebagai “pelajar ikatan dinas”. Beliau mengikuti kursus Ilmu Komunikasi menghusus dalam kewartawanan selama empat tahun (1976-80) sehingga lulus dengan gelaran Doktorandus (Drs.) setaraf M.A.

Pada tahun 1983, beliau pindah bertugas di Penerbit Fajar Bakti, mula-mula sebagai Pengarang Urusan merangkap Pengurus Editorial selama 10 tahun dan kemudian dinaikkan ke Pengarah Editorial beliau meletakkan jawatan pada awal Ogos 1998 yang lalu. Tugas dan tanggungjawab begitu mencabar kerana bukan sahaja berdepan dengan tugas menerbitkan buku tetapi juga dengan tugas menguruskan kakitangan editorialnya. Terdapat semacam kejutan budaya apabila beliau bekerja di bawah tunjuk ajar orang Inggeris, setelah hampir 13 tahun bersama bangsa sendiri. Disiplin dalam pengurusan menjadi etika kerja dengan prestasi untung rugi sebagai petunjuk pencapaian individu.

Ketika di Penerbit Fajar Bakti, yang juga anak syarikat Oxford University Press yang beribu pejabat di Oxford. London, Fadzil berkesempatan bekerja dengan R.E. Brammah, tokoh Oxford University Press yang membawa syarikat penerbitan itu ke Asia Timur pada tahun 1955. Turut menjadi ketua beliau dalam menerbitkan buku ialah J.A. Nicholson (kini menubuhkan syarikat cawangannya di Hong Kong) dan M. Sockalingam (sebelumnya Ketua Biro Buku Teks, Kementerian Pendidikan). Dalam bidang penerbitan buku, tugas Fadzil ialah menubuhkan Unit Buku Umum dan Buku Akademik, Unit Perkamusan dan Unit Bahasa dan Kesusasteraan secara rasmi. Sebelumnya kesemua penerbitan ini dilakukan secara ad hoc. Pengalaman mengendalikan unit-unit ini di bawah satu jabatan cukup bernilai dengan suka duka dan ganjaran yang diterima daripadanya. Ketika bertugas di syarikat penerbitan ini Fadzil diberi kesempatan untuk menjalani kunjungan kerja di Ibupejabat Oxford University Press di Oxford, London selama sebulan pada bulan September 1983. Ketika di Oxford Fadzil siberi latihan intensif dalam bidang editorial, book design dan Book Production. Fadzil juga diberi kesempatan untuk bertugas sebagai “salesman” di Frankfurt Book Fair selama seminggu di bawah pengawasan Ketua Pemasaran

Setelah melepaskan jawatannya di Penerbit Fajar Bakti Fadzil bertugas sebagai perunding penerbitan dengan Yayasan Warisan Johor (YWJ) selama dua tahun.  Fadzil diberi tugas membuat penyelidikan dan penulisan buku Sejarah Johor Moden yng membawanya ke Pusat Kuasa Kesultanan Johor-RPahang-Riau-Lingga di Daik, Pulau enyengat, Pulau Bentan dan Jakarta. Hasilnya terbitlah buku Kesejarahan Kesultanan Johor Moden yang diterbitkan oleh YWJ. Setelah itu Fadzil diberi penghoratn menjadi Pensyarah Tamu di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan menjadi Felo Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Fadzil pernah pula dilantik sebagai anggota Panel Hakim untuk Anugerah Buku Kebangsaan, anjuran Kementerian Pendidikan unuk beberapa tahun, terutama semasa Fadzil bertugas di Pnerbit Fjar Bakti. Setelah bebas dripada ikatan mana-mana ajikan, Fadzil dilantik seagai anggota Panel Hakim Hadiah Sastera Public Bank yang dikendalikan Utusan Publication and Distributions (UP&D). Institut Akhbar Malaysia (Malaysian Press Institute) melantik Fadzil pula sebagai ahli Panel Juri untuk Hadiah Kewartawanan untuk beberapa tahun. Pada tahun 2000, Fadzil dilantik pula sebagai Rakan Penyelidik unuk Program Jejak Bahasa anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan TV3. Fadzil diberi tugas penyelidikan bahasa di Indonesia dan Semenanjung Malaysia di bawah pimpinan Ketua Rakan Penyeiidik , Prof. Dr. Asmah Hj. Omar.

Dalam pada itu berkat pengalaman Fadzil di DBP, Katua Pengarah ketika itu, Dato’ Dr, Firdaus Hj. Abdullah melantik Fadzl sebagai Pegawai Dengan Tugas-Tugas Khas bagi membantu Ketua Pengarah berdasarkan tugas dan peranan yang telah diperuntukkan kepadanya, tidak terkecuali membantu Ketua Pengarah menyediakan ucapan dan tugas rutin pentadbiran. Lntikan adalah untuk selama dua tahun. Fdzil mengekalkan hubungan baiknya dengan pemimpin persatuan penulis, terutama yang melibatkan GAPENA dan PENA dan ketika PEN di bawah ketuanya Dato’ M. Noor Azam, Fadzil terpilih sebagai Penolong Setiausaha membantu Setiausaha PENA ketika itu, Haji Saleh Daud. Nmun yang memberikannya kepuasan ialah ketika Fadzil diberikan kesempatan untuk menulis dalam kolumnya sendiri, pertama untuk majalah Dewan Masyarakat melalui “A.F.Yassin Dari Bandung  (1976-1980). Kemudian Fadzil menulis sebagai kolumnis di Utusan Zaman (kemudian dinmakan Utusan Melayu Mingguan) untuk selama hampir lapan tahun (1994-2002). Pernah juga dilantik menulis di majalah Pemimpin terbitan Kementerian Kebusayaan, Belia dan Sukan di bawah Pengarangnya, Atondra. Sebagai menempa nama dalam dunia penulisan Fadzil menggunakan pelbagai nama pena seperti B. Afizan, Fuad Hashim, Pena Kembara dan AFY.   

Dalam pada itu tidak banyak yang diperkatakan tentang pengalaman pengarang ini dari sudut kehidupan zaman sekolahnya. Kalau pun ada pengalaman yang dilaluinya sekadar memenuhi “keperluan” santai anak sekolah yang terlibat dalam “cinta monyet dan kisah jiwang-jiwang anak sekolah perngkat usia remaja. Pengarang ini aktif dalam ko-kurikulum persekolahan tetapi yang tidak melibatkan sukan dan olahraga. Aktif dalam Persatuan Perpustakaan Sekolah, Persatuan Bahas dan Sastera (Literary and Debating Society) di samping pelantikannya sebagai Naib Ketua Pengawas Sekolah (Prefects Boarad). Difahamkan juga pengarang ini mengetuai Sulaiman House.

Ada satu peristiwa yang menarik berlaku pada tahun 1961 yang melibatkan kunjungan ke Pulau Pinang. Pengarang kitika itu berusia 17 tahun, telah mengingkari arahan orang tuanya supaya tidak mengeluarkan sebarang wang dari akaun Bank Simpanan bapanya. Akaun itu atas nama Fadzil  sebagai mewakili bapanya, Hj. Yassin Zainal. Oleh karana wang pemberian bapanya tidak mencukupi Ahmad Fadil telah mengeluarkan sedikit untuk menampung kos kunjungannya. Akibatnya Fadzil setelah pulang tahu akan sikap bapanya cuba mendapatkannya kembali dengan “meninggalkan” sekolah beberapa bulan dengan mencari kerja di Kuala Lumpur dengan hanya berbekalkan kelulusan Sijil Rendah Pelajaran (LCE). Berita kehilangan Fadzil riuh sekampung sehingga terpaksa bapanya mencari sehingga ke Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini Fadzil tidak pernah mendengar sama ada orang tuanya memaafkannya atau masih lagi “marah’ atas perbuatannya it. Peristiwa itu mengilhamkan Fadzil untuk menulis sebuah cerpen yang tersiar dalam sebuah majalah URTV dengan tajuk “Selendang Sutera Buat Zainab”. Tajuk asal cerpen ini ialah “Nekad”.

Setelah tamat persekolahan pada tahun 1962 Fadzil belajar menaip di Sekolah St. Thomas milik Mr. M.C. Chacko di Tampin. Di samping itu Mr. Chacko bersetuju untuk Fadzil mengajar di sekolah itu sebagai guru sementara untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia. Tidak lama dia di situ kerana Fadzil mendapat tawaran mengajar sebagai guru sementara di Sekolah Mmenengah Astana Raja untuk mata pelajaran Matematik dan Geografi. Fadzil turut mengajar mata pelajaran General Science di Standard 6, Sekolah Rendah Astana Raja sehinggalah pada akhir November 1963. Nasib Fadzil agak baik kerana dia telah ditawarkan bekerja sebagai kadet Penyelia di kilang benang (Textile Corporation (M) Berhad di Tampoi, Johor Bahru. Pada tahun 1969 Fadzil diberi kesempatan untuk mendalami bidang tugasnya sebagai Penyelia Teknik di kilang benang itu ke Ibupejabat syarikat kilang ini di Nagoya Jepun selama enam bulan. Fadzil diberikan latihan intensif dan bekerja dengan staf  kilang induk ini dalam apa yang dipanggil Latihan Dalam Industry (Training Within Industry =TWI)  Fadzil meninggalkan syarikat ini untuk meneruskan pelajarannya di Institut Teknologi MARA dalam jurusan ikhtisas ICWA ( Institute of Cost and Works Accountancy).. Setelah itu semuanya telsh menjsdi rintitan sejarah.

Terima kasih tidak terhingga atas bantuan yang didiberikan oleh tenaga profesional yang terdiri daripada Editor Umum Khalid Mohd. Noor, Pereka Bentuk Buku Kamaruddin Abu Bakar (KAB) dan fotografer hiasan kulit buku Mohd. Sedek Suleiman. Ketiga-tiga tenaga professional ini telah memperlihatkan kesungguhan yang sungguh luar biasa untuk menjadikan sekali lagi seperti yang dinyatakan pengarang buku ini kesungguhan yang luar biasa untuk menjayakan sebuah impian menjadi satu realiti. Semoga Allah memberkati kesungguhan usaha mereka. Tanpa mereka buku ini tidak mungkin dapat diterbitkan dengan sempurna. Wallahuaklam!

Penerbit
Kuala Lumpur 
1 Mac 2015                                                                                                                                                                                                                                                                                    

23 February 2015

SIAPA PENEROKA GUNUNG DATUK (REMBAU)?

Puncak Gunung Datuk dengan ketinggian 800 meter dari paras laut. Ada calet di kaki gunung. Juga Lubuk Petai.

Pemandangan panorama Gunung Datuk yang tinggi berbalam diabadikan dari kawsan kolam ikan Gating, Gadong. Dulunya kawasan ini adalah sawah padi
 
 Menurut terombo di Negeri Sembilan, Datuk Perpatih Pinang Sebatang ini telah diperintahkan oleh Raja Minangkabau di Pagar Ruyung pergi ke tanah seberang (Semenanjung Tanah Melayu) untuk menjaga kepentingan orang Minangkabau yang telah lama bermastautin di sana. Hari ini kawasan itu meliputi Negeri Sembilan, Alor Gajah, Segamat dan Kelang. Bagaimanapun, kedatangan datuk adat ini diceritakan dalam pelbagai versi. Dua yang paling terkenal ialah apa yang disebut Terombo versi Kuala Pilah dan Terombo versi Naning. Akhir-akhir ini penulis buku Negeri Yang Sembilan (1995),

Seorang pengkaji Budaya di Rembau, Norhalim Haji. Ibrahim telah memperkenalkan Teromba versi Rembau atau lebih tepat versi Batu Hampar. Kesemua versi ini cuba menegakkan kebenaran masing-masing. Percanggahan amat nyata walaupun kesamaan masih terasa. Kata seorang Datuk Lembaga di Rembau, “Inilah masalahnya. Saya sekarang tak tahu versi yang mana yang boleh kita terima. Kuala Pilah, Naning atau Rembau. Dan siapa tahu tidak lama lagi akan muncul pula Terombo versi Jelebu, Johor, Tampin dan Sungai Ujong. Semua akan mengaku versinya lebih tepat dan betul.” Anggapan versi mana yang lebih tepat dan betul ini lazimnya dikaitkan dengan ketokohan dan karisme datuk peneroka adat itu sendiri. Secara psikologis kelompok masyarakat yang mendakwa mereka dari keturunan peneroka adat ini akan meletakkan status sosialnya lebih tinggi berbanding kelompok masyarakat lain yang sekadar menjadi pengikut.

Sesetengah kalangan di Negeri Sembilan berpendapat oleh kerana “kehebatan tokoh inilah, maka banyak daerah di negeri itu mahu mengaitkan datuk ini dengan pembukaannya.” Terombo versi Kuala Pilah setakat ini lebih tertonjol berbanding versi-versi lain. Menurut Norhalim selagi tidak ada versi yang dapat menyanggah kebenaran Kuala Pilah ini selagi itulah ia dianggap versi terkuat. Lagi pula yang memperkenalkan versi ini adalah tokoh adat yang bukan “calang-calang” tokoh, antaranya Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris melalui buku Payung Terkembang (1990) dan pengarang Dharmala N.S.. Terombo versi Naning adalah pencabar terdekatnya. Menurut terombo versi Kuala Pilah yang dicatat Abu Cit Mat Serum, rombongan pertama orang Minangkabau datang ke Negeri Sembilan di bawah pimpinan Datuk Perpatih Pinang Sebatang.

Rombongan meninggalkan Pagar Ruyung di Sumatera menuju Siak. Dari Siak rombongan belayar ke Muar. Dari Muar, rombongan mengikuti jalan darat menuju Bukit Kepong dan terus ke Johor (Lama?). Dari Johor rombongan mudik pula ke Pasir Besar dan terus ke Hulu Muar ke satu tempat yang disebut Pelangai. Setelah beberapa ketika rombongan meneruskan perjalanan ke Kampung Tengah, Seri Menanti dan akhirnya Pilah. Rombongan akhirnya menetap di Angga Bisa, Hulu Pilah. Ketua rombongan Datuk Perpatih mula menyusun dan mengatur pantang dan sendi adat yang akhirnya dinamakan Adat Perpatih. Adat ini disebarkan ke seluruh kawasan yang berdekatan yang didiami orang asli, antaranya di Jenang, Jiru dan Johol. Datuk Perpatih kemudian bertolak ke Naning tetapi gagal menemui Datuk Batin ketua penduduk orang asli di sana. Dalam perjalanan pulang Datuk Perpatih singgah di Rembau, Sungai Ujong dan Jelebu.

Menurut ceritanya ke mana sahaja datuk ini singgah, pengikut-pengikutnya terus meneroka negeri. Maksudnya mereka menetap di tempat-tempat yang dilalui dan berkahwin dengan penduduk-penduduk asli tempatan. Pada tahun 1372, dan setelah berada selama 20 tahun di Tanah Semenanjung, Datuk itu mengadakan satu perhimpunan besar di Gunung Datuk, juga disebut Gunung Rembau. Dalam perhimpunan itu Datuk Perpatih melantik Datuk-Datuk Undang dan Datuk-Datuk Lembaga untuk semua kawasan yang telah menerima sistem Adat Perpatih. Dikatakan setelelah pelantikan itu Datuk Perpatih pun menghilangkan diri (ghaib?). Penduduk-penduduk di kaki gunung itu mendakwa nama Gunung Datuk itu adalah mengambil sempena nama Datuk Perpatih Pinang Sebatang. Nama Gunung Datuk lebih terkenal berbanding nama rasminya Gunung Rembau.

Terombo versi Naning pula membawa sedikit kelainan. Pencatat versi ini, Shahiba, menulis Datuk Perpatih Pinang Sebatang meninggalkan Pagar Ruyung menuju Kampar lalu ke Siak. Dari Siak rombongan belayar ke Bengkalis dan Bukit Batu. Rombongan kemudian menyeberang Selat Melaka ke muara Sungai Linggi. Dari muara ini mereka mudik ke hulu sungai hingga ke Paya Dalam dan meneruskan perjalanan ke Bukit Penyaling lalu membuat kampung. Datuk Perpatih berkahwin dengan anak Datuk batin, ketua orang Jakun di kawasan itu, sementara pengikut-pengikut Datuk itu berkahwin dengan anak-anak buah Datuk Batin. Tidak lama kemudian Datuk Perpatih menamakan tempat itu Naning dan beliau dilantik menjadi Penghulu Naning yang pertama bergelar Datuk Naning. Datuk Naning pertama mewujudkan Suku Semelenggang dan keturunan Datuk Naning dari suku ini menjadi pewaris jawatan Datuk Naning hingga ke hari ini. Datuk Naning pertama (Datuk Perpatih Pinang Sebatang) meninggal dunia dan dimakamkan di pinggir jalan yang menghala ke Lubok Kepong.

 Terombo versi Naning mendakwa Datuk Perpatih Pinang Sebatang bukanlah orangnya yang “membuka” dan memperkenalkan Adat Perpatih di Segamat, Hulu Muar, Johor, Rembau, Sungai Ujong, Jelebu, Kelang, Hulu Pahang, Jempul dan Serting. Semua daerah ini diteroka oleh kumpulan orang Minangkabau yang datang kemudian. Kumpulan inilah yang memperkenalkan adat ini setelah mendapat restu dari Datuk Perpatih di Naning. Maka jelas melalui kedua-dua versi ini terlihat percanggahan dalam penglibatan Datuk Perpatih di Negeri Sembilan dan Naning. Dari sudut geografi, versi Naning lebih mudah difahami dan lebih diterima akal. Secara alamiah, kawasan pantai barat Semenanjung akan menjadi kawasan pertama yang akan didiami oleh penghijrah dari Sumatera.

Dalam hal ini kemungkinan amat besar bahawa rombongan Datuk Perpatih akan meneroka daerah di sepanjang pantai. Rombongan berikutnya akan “terpaksa” mudik dari muara sungai ke hulu atau mengikut jalan darat ke daerah pedalaman. Jika dikaji kedudukan daerah-daerah yang disebutkan itu, Naning merupakan kawasan yang paling dekat dengan pantai. Jaraknya tidak melebihi 40 km berbanding Kuala Pilah atau Jelebu yang jauhnya ratusan kilometer di pedalaman, hatta Sungai Ujong sekalipun. Hanya Rembau yang bersamaan jarak dengan Naning. Juga sedikit aneh dan tidak ada sebab, mengapa rombongan Datuk Perpatih perlu berjalan beratus-ratus kilometer ke daerah pedalaman hingga ke Kuala Pilah dan Jelebu untuk menjaga kepentingan orang Minangkabau. Sedangkan secara geografisnya kebanyakan orang Minangkabau telah terlebih dahulu bermastautin di kawasan-kawasan pantai Selat Melaka. Pemastautin di Kuala Pilah tentunya merupakan pendatang-pendatang terkemudian. Lain lagi ceritanya dengan Terombo versi Rembau (Batu Hampar) yang diperkenalkan Norhalim.

Menurut Norhalim, yang memetik beberapa hasil kajian orang Portugis dan Belanda, adat Perpatih yang hampir sama dengan adat di Minangkabau diperkenalkan oleh seorang “wakil” Raja Minangkabau. Wakil raja itu bernama Datuk Leteh dan diperintahkan pergi ke Rembau pada tahun 1490an untuk memimpin masyarakat Minangkabau yang menetap di daerah-daerah di sekitar pantai dan kawasan yang hari ini disebut Rembau. Datuk Leteh berasal dari Batu Hampar, Mendahiling dan bersukukan Caniago. Pengikut-pengikutnya terdiri daripada penduduk-penduduk dari suku Batu Hampar sendiri, Paya Bidara, Pagar Cincang dan Agam. Mereka sampai di muara sungai yang hari ini disebut Kuala Sungai Linggi lalu mudik ke Lubok China (wilayah Naning sekarang Alor Gajah). Dari Lubok China Datuk Leteh mudik ke hulu hingga ke Relong dan bertemu dengan ketua orang Asli, Datuk Batin Skudai. Datuk Leteh meminta izin dengan datuk batin untuk menetap di Relong. Kawasan itu hari ini dinamakan Kampung Penajis Ulu. Datuk Leteh mula menyusun dan mengatur sistem masyarakat orang Minangkabau sehampir mungkin dengan sistem adat di tanah asalnya. Sistem ini diterima baik oleh penduduk orang asli pimpinan Datuk Batin Skudai kerana kebersamaan dengan adat orang asli yang matrilineal. Pada tahun 1500, Datuk Leteh bersama Datuk Batin Skudai meninggalkan Relong untuk membuka negeri di Kampung Lada, Chengkau. Datuk Batin Skudai kemudian meninggalkan Kampung Lada untuk menetap di Seliau, Rantau dan meninggalkan salah seorang anak perempuannya, Datuk Bungkal, dalam jagaan Datuk Leteh. Datuk Bungkal telah lama menjadi anak angkat Datuk Leteh. Ada kemungkinan Datuk Leteh tidak mempunyai anak dan menjadikan anak Datuk Batin Skudai anak angkatnya.

Pada tahun 1502, Datuk Leteh sekali lagi pindah, kali ini ke Kampung Kota Lama (sebelumnya dinamakan Kampung Gembira yang dibuka oleh Datuk Batin Pak Nilu dari Sungai Ujong, kawasan Rahang, Seremban sekarang). Di kampung itu pertemuan diadakan dengan Datuk Lela Balang, juga dari Batu Hampar yang telah menetap di Kota Lama. Mereka bermuafakat untuk membahagikan wilayah kuasa di Kota Lama itu kepada dua, satu ditadbirkan Datuk Leteh dan satu lagi Datuk Lela Balang. Berdasarkan permuafakatan itu Datuk Leteh mendapat wilayah “kanan mudik” Sungai Rembau, sementara Datuk Lela Balang wilayah “kiri mudik.” Datuk Leteh menamakan wilayah kuasanya sebagai Kampung Perah oleh kerana banyaknya pokok perah (elateriospermum tapos) di kawasan itu. Datuk Lela Balang dikahwinkan dengan Datuk Bungkal dan keturunan keluarga ini mewarisi jawatan Undang Rembau hari ini.

Walaupun terombo versi Rembau ini tidak menyebut langsung nama Datuk Perpatih Pinang Sebatang tetapi perintah yang diberikan kepadanya oleh Raja Minangkabau dan tindakannya memperkenal sistem adat Minangkabau adalah sama seperti yang ditulis dalam versi Kuala Pilah dan Naning. Cuma perbezaannya terletak pada nama tokoh sentralnya, sama ada Datuk Perpatih Pinang Sebatang atau Datuk Leteh. Di kalangan penduduk Rembau ada yang menganggap Datuk Leteh dan Datuk Perpatih Pinang Sebatang sebenarnya nama orang yang sama. Anggapan ini diasaskan kepada beberapa pertimbangan. Pertama berlakunya peristiwa perhimpunan besar di Gunung Datuk untuk melantik undang dan lembaga oleh Datuk Perpatih Pinang Sebatang. Gunung ini terletak di Rembau. Di kaki gunung terletak Kampung Perah dan Kampung Kota Lama yang pula bersempadankan Naning. Sedangkan Kuala Pilah berada jauh di sebalik gunung. Bayangkan Datuk Perpatih terpaksa mendaki Bukit Putus atau Bukit Miku sebelum mendaki Gunung Datuk.

 Andainya Datuk Perpatih Pinang Sebatang mahu melantik undang dan lembaga, apakah perlu beliau naik gunung turun gunung yang mungkin memakan masa beberapa hari, malah minggu untuk sampai ke puncak Gunung Datuk. Manakala Datuk Leteh yang tinggal di kaki gunung tersebut hanya memerlukan kira-kira tiga atau empat jam untuk sampai ke puncak. Kedua, titah perintah raja Minangkabau kepada Datuk Perpatih adalah juga titah perintah raja Minangkabau kepada Datuk Leteh. Soalnya apakah perlu seorang raja memerintahkan dua orang pembesarnya untuk menjaga kepentingan masyarakat Minangkabau di kawasan yang sama di seberang? Dikatakan Datuk Perpatih dan Datuk Leteh belayar ke seberang melalui pangkalan yang sama, iaitu Siak. Cuma bezanya Datuk Perpatih menuju muara Sungai Muar (versi Kuala Pilah) sementara Datuk Leteh menuju muara Sungai Linggi (versi Rembau).

Dalam hal ini ada persamaan antara versi Naning dengan Rembau. Kedua-dua versi ini menyebut orang besar raja ini belayar dari Siak menuju muara Sungai Linggi. Jika versi Kuala Pilah diambil kira maka sudah tentu ada kesan-kesan peninggalan Minangkabau di Muar seperti halnya di Kuala Linggi. Setidak-tidaknya berlaku proses penyemendaan antara orang Minang dengan penduduk tempatan. Ketiga dan dianggap lebih penting ialah kisah penerokaan Datuk Perpatih dalam ketiga-tiga versi. Teromba versi Kuala Pilah memperlihatkan satu perjalanan yang kompleks (sungai dan daratan) sebelum membuka tempat baru. Versi ini menunjukkan kehebatan Datuk Perpatih mengembara dari Muar ke Johor Lama (mungkin ke Batu Sawar tempat bersemanyamnya Sultan Johor), lalu mudik ke Hulu Muar sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Pilah.

Secara geografisnya hari ini, Datuk itu bersama pengikutnya menjelajah dua negeri, Johor dan Negeri Sembilan. Satu perjalanan panjang dan memakan masa berbulan-bulan lamanya. Jika dilihat dari sudut ini, maka versi Naning dan Rembau adalah lebih rasional. Demikianlah, tiga versi terombo yang kadang-kadang terlihat sebagai satu cara memperbesar jurai keturunan penganut adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Alor Gajah (Naning) hari ini. Norhalim barangkali berkata benar apabila orang sering mengaitkan kehebatan tokoh peneroka dengan daerah tempat tinggalnya.(Catatan: Artikel ini akan dimutkn dlm Memoir A.F.Yassin yang bakal diterbitkan April/Mei 2015).

08 February 2015

HARI-HARI TERAKHIR AFY DI PENERBIT FAJAR BAKTI


Kad Selamat Jalan yang diserahkan kepada saya pada hari terakhir sebelum saya meninggalkan Penerbit Fajar Bakti.

Arahan terakhir yang saya terima sebagai Pengarah Penerbitan II (Editorial) sebulan sebelum saya meninggalkan penerbit ternama iaitu Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (sekarang dikenali sebagai Oxford Fajar Sdn. Bhd.) ialah serah terima tugas. Ertinya, saya akan mengikuti tradisi OUP dan Fajar menyiapkan “Rancangan Tiga Tahun” dan bajet tahunan yang akan datang. Penyiapan dan seterusnya penyerahan rancangan dan bajet ini adalah asas, tanpanya gaji terakhir mungkin akan ditahan sementara. Maka dalam hal ini “anak-anak buah” saya di jabatan, iaitu ketua-ketua unit memberikan bantuan yang sungguh menakjubkan. Bagaikan sudah memahami bahawa saya akan meninggalkan Fajar Bakti, mereka dalam kesibukan rutin harian turut membuat persiapan.  

Misalnya, Abd. Majid Baharom, Ketua Unit (Pengurus) Perkamusan memberikan laporan terperinci tentang program perkamusan untuk tujuh tahun yang akan datang, termasuk penterjemahan The Avanced Learner’s Dictionary of Current English Oxford yang telah selesai diterjemahkan oleh Prof. Dato’ Dr. Asmah Hj. Omar, dari Pusat Bahasa, Universiti Malaya. Sembang santai antara staf Fajar Bakti dengan pengarang-pengarang yang menyumbang kepada Fajar Bakti. Kamus dwibahasa ini dijangka dapat diterbitkan menjelang pertengahan tahun depan (1999). Yulis Alwi, mantan Pegawai Perancangan Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), banyak membantu dengan menyemak dan menjadi penyelaras dengan Prof. Dato’ Asmah. Yulis ialah lulusan dari Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia.Turut menjadi “tenaga utama” penerbitan kamus dwibahasa besar ini ialah Siti Rosmah Razak, seorang graduan, lulusan University Michigan, USA.

Kemudian ada pula Pemangku Ketua Unit Buku Umum, Norazah Aziz, lulusan Program Komunikasi dari USM.Kelincahannya bekerja walaupun baru masuk tahun ketiga di syarikat ini cukup menjadi satu aset yang baik. Melaluinya, buku-buku bahasa, sastera dan bacaan umum dapat diterbitkan mengikut jadual. Hanya dalam masa kurang daripada tiga tahun, Norazah telah menyesuaikan dirinya untuk meminati buku-buku yang suatu waktu begitu asing baginya. Norazah tidak akan kenal siapa pngarang Aziz Jahpin, atau Karim Abdullah, Mohd. Affandi Hassan atau Kassim Ahmad, Dharmawijaya atau Masuri S.N. dan ramai lagi nama besar dalam dunia sastera Malaysia andainya dia tidak mengendalikan penerbitan buku sastera. Norazah ini orang komunikasi dan baginya tokoh-tokoh seperti Dr. Mansor Ahmad Saman, Dr. Asiah Sarji, Dato’ Kadir Jasin atau Dato’ Nazri Abdullah akan lebih mesra bermain di bibirnya.Tambahan pula dia adalah anak saudara kepada Prof. Dr. Bokhari Ismail, Pengarah ITM Cawangan Perlis, lulusan Ph.D dalam bidang komunikasi dan mantan Ketua Kajian Komunikasi Massa, ITM.

Norazah dibantu “kamus bergerak” Fajar Bakti, Khalid Mohd.Noor yang telah berkhidmat selama lebih 16 tahun di syarikat itu. Memang Khalid ini pakar ejaan, tanpanya barangkali editor-editor di Fajar Bakti semuanya akan mati langkah untuk memastikan setiap buku yang diterbitkan bebas daripada kesalahan ejaan. Malah, Khalid telah “dinobatkan” sebagai “pakar rujuk ejaan”.Baginya buku-buku panduan ejaan DBP bagaikan telah menjelma masuk ke dalam dirinya.Pengarang-pengarang yang bukunya telah pernah diterbitkan oleh Fajar Bakti jarang membuat teguran tentang ejaan salah dalam buku mereka.Malah, Dharmawijaya yang telah memberikan kepercayaannya kepada Fajar Bakti untuk menerbitkan buku-bukunya tidak berhenti-henti mengucapkan rasa penghargaan terhadap kualiti buku yang diterbitkan.“Tanpa Khalid siapalah kami editor Fajar Bakti.”

Kata-kata ini pernah diluahkan oleh seorang editor dalam mesyuarat post-mortem penerbitan.Jabatan Pengarang yang saya kendalikan mempunyai tiga unit besar, iaitu Unit Perkamusan, Unit Buku Akademik dan Unit Buku Umum.Di samping menebitkan buku-buku bahasa dan sastera, Unit Buku Umum menerbitkan juga buku-buku bacaan yang dikategorikan dalam berbagai-bagai siri. Antara siri-siri yang popular ialah Siri Kisah Remaja, Siri Seram, Siri Misteri, Siri Kembara, Siri Bacaan Kanak-kanak, Siri Bacaan Sekolah Menengah, di samping Siri Karya Umum yang berkait dengan novel-novel umum. Tujuan memperbanyak siri ini agar lebih banyak buku bacaan diterbitkan pada sesuatu waktu.Manusia banyak seleranya dan seperti kata Keris Mas, “Terserah kepada penerbit untuk menerbitkan karya-karya yang dapat memenuhi setiap selera itu.”Kata Keis Mas lagi, “Penerbit mesti cari sasaran selera itu dan untuk berjaya mencari sasaran penerbit perlu kreatif dan inovatif.”

Kata-kata ini dituturkannya kepada saya suatu hari di lobi DBP.Ketika itu Keris Mas adalah Ketua Bahagian Penerbitan Umum DBP.Norazah mematuhi nasihat Keris Mas ini seperti yang saya sampaikan kepadanya.Maka dalam perancangan tiga tahun yang dia siapkan untuk saya serah-terima nanti tidak banyak perubahan yang saya lakukan. Cuma masalah besar yang mungkin menanti Norazah ialah pelaksanaan penerbitan siri-siri yang banyak juga telah diluluskan akan tertangguh akibat kemelesetan ekonomi hari ini. Tidak kurang pentingnya ialah Unit Akademik dalam menyumbang kepada pendapatan keseluruhan bahagian.Unit Akademik diketuai oleh Ida Suraini Abd.Shukor (pemangku).Beliau lulusan Universiti Malaya dalam bidang Biologi.Unit ini dianggap “unit berbudi” oleh mantan ketuanya, Asiah Abd. Rahman pada tahun-tahun 1980-an dahulu.

Ketika itu Asiah berkata begitu kerana kebanyakan buku akademik yang diterbitkan oleh unit ini kurang mendapat sambutan orang ramai.Ertinya buku-buku yang diterbitkan kurang laku.Dasar penerbitan Fajar Bakti pada masa itu adalah mengedarkan lapan atau 10 buah buku akademik setahun.Nyataya dasar ini tidak banyak menyumbang kepada pembesaran kantung Fajar Bakti.Lebih banyak naskhah buku tersimpan di gudang daripada yang laris di kedai.Apapun jua, sambutan masyarakat terhadap penerbitan buku kategori akademik ini tetap mampu meningkatkan imej atau citra Fajar Bakti. Kedatangan Ida bagaikan membawa tuah.Dia yang mula bertugas dua tahun lalu memberikan harapan kepada usaha mempertingkat kegiatan penerbitan unit.

Ida berusaha merancang buku-buku akademik yang disebut “item bernilai tinggi”, iaitu menerbitkan buku akademik yang sesuai dan bersifat mewah (lux) kulit tebal dengan harga yang relatif tinggi.Sasaran audiensnya tergolong daripada mereka yang suka mengumpul collector’sitems dan buku-buku yang diterbitkan ini adalah dalam kategori ini.Sehingga dengan demikian dia mula mengusahakan buku-buku yang ada kaitannya dengan bidang sains yang diperlukan oleh pelajar-pelajar matrikulasi, terutamanya.Ida melihat ada kemajuan dalam bidang penerbitan buku-buku untuk rujukan matrikulasi ini.Hari ini, banyak buku dalam siri ini telah dijadikan buku teks di beberapa buah universiti tempatan.Ida dibantu Norhayati Abbas, lulusan Komunikasi Massa, UiTM.

Abd.Majid, Norazah, Ida, Siti Rosmah, Norhayati dan Khalid adalah tonggak dan tenaga penggerak Jabatan Pengarang Buku Umum dan Pengajian Tinggi Fajar Bakti.Mereka menjadi peghubung antara penulis yang kebanyakannya terdiri daripada tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin besar negara dalam pelbagai bidang. Bekerja dengan mereka daripada generasi baharu ini (rata-rata usia mereka dalam lingkungan pertengahan dan akhir 20-an) mengingatkan saya cara bekerja dengan Tan Sri A. Samad Ismail, Dato’ A. Samad Said, A. Shukor Haron, Salim Kajai, Mali dan A. Shukor Rahman di surat khabar Berita Harian, atau Keris Mas, Dato’ M. Noor Azam, Dato’ Usman Awang, Dato’ Abdullah Hussain, Saleh Daud, Kemala, Awam-il-Sarkam, A. Karim Abdullah, Shamsuddin Jaapar, Dharmawijaya, Wijaya Mala, Rubaidin Siwar, Abdul Ahmad, Jaafar Rahim dan Salmiah Ismail di DBP.

Saya melihat ada suatu kebersamaan sikap “siapa kamu, siapa saya” dalam heirarki pejabat.Hampir tidak wujud heirarki seumpama itu di kedua-dua tempat.Kami bekerja dalam satu keluarga di bawah satu bumbung, saling membantu dan saling memenuhi rasa tanggungjawab.Saya seperti merasakan ada tangan-tangan kemanusiaan yang wujud dalam insan-insan seni, baik semasa di Berita Harian, mahupun di DBP.Seolah-olah saya telah dilatih secara alamiah membimbing generasi baharu yang dahagakan bimbingan di tempat saya bertugas ketika itu, iaitu Penerbit Fajar Bakti.Malah, generasi yang saya pimpin itu tetap tidak melupakan nama-nama besar di institusi berkenaan, terutama apabila ada sesetengahnya menawarkan buku-buku mereka diterbitkan di Fajar Bakti.

Maka, tidak hairanlah pada hari-hari terakhir saya di Fajar Bakti, Sidang Editor Jabatan yang saya pimpin melakar sebuah puisi sebagai penghargaan yang tiada bandingannya. Antara lain puisi itu mengungkapan:

Bertemu dan berpisah hukum yang lumrah
Sepanjangnya terpahatlah kenangan perungkai sejarah.
Sanjungan tak mesti segunung intan
Penghargaan tak perlu seluas lautan
Cukup sekadar terima kasih yang berpanjangan
Atas segala tunjuk ajar dan bimbingan
Yang terbit daripda ikhlas kemanusiaan bukan buatan.

Abdul Majid dan rakan-rakan yang menghadiahkan saya puisi demikan mengharapkan agar:
Bos!
Agar pegangan dan perjuanganmu
Selama ini tidak sia-sia
Inilah doa kami anak-anak bimbinganmu. 

Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1 Mac 1983, ketika saya melangkah keluar buat kali terakhirnya bagaikan menerpa di depan mata. Ketika itu tidak ada ucapan perpisahan, tidak ada titisan air mata keharuan, tidak ada genggaman erat tangan-tangan hangat dan tidak ada bait-bait puisi yang mengiringi.Namun, demikian pula lumrahnya sebuah kehiduan. Manakan sama seorang editor di Dewan Bahasa dan Pustaka yang meletakkan jawatan dengan seorang Ketua Jabatan di Penerbit Fajar Bakti yang mengundurkan diri!

Pengarang Aziz Jahpin, yang dua buah bukunya,Biar Buang Anak dan Pulanglah Perantau yang kami terbitkan berkunjung ke Fajar Bakti, setelah membuat panggilan telefon terlebih dahulu. Pada sebelah paginya, mantan editor DBP, A. Karim Abdullah bertanya tentang masa depan saya, juga melalui telefon. Pengarang Othman Puteh dan Rahman Shaari bertandang ke rumah saya, ketika itu di Bandar Baru Bangi untuk meraikan dan bertanya khabar.Sementara Saleh Daud minta saya belanjanya makan, seperti katanya, “Tidak semestinya orang yang berhenti tidak boleh beri makan orang yang mengucapkan tahniah!”

Akhirnya pada malam Jumaatnya Yahaya Ismail, pengarang buku politik yang terkenal itu mengucapkan “selamat masuk kelab penulis sepenuh masa sepertinya”.Yahaya sembang melalui telefon.Begitu juga dengan kawan dari Perlis, Nazel Mohd.Hashim.Katanya, “Sekarang bolehlah jumpa selalu tiap kali ada rombongan GAPENA ke mana-mana.”

Catatan pinggir

1. Setelah menamatkan khidmat di Fajar Bakti, saya bertugas sebagai Perunding Penulisan dengan Yayasan Warisan Johor dengan Kerajaan Negeri Johor. Timbalan Pangarah, YWJ, Tuan Haji Ismail Zamzam telah meminta saya membantunya dalam bidang penulisan dan kepengarangan. Di samping itu, tugas utamanya membuat penyelidikan tentang Sejarah Kesultanan Johor Moden.Setelah itu berkelana dalam bidang akademik dan penyelidikan serta penulisan, antaranya sebagai pensyarah tamu di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Turut membantu Ketua Pengarah DBP, Dato’ Dr. Firdaus Abdullah sebagai Pegawai Dengan Tugas-Tugas Khas pada tahun 2005 hingga 2007.Akhirnya sebelum bersetuju membuat penyelidikan dan penulisan untuk sebuah organisasi pelajar luar negeri, saya telah membantu menyempurnakan penyelidikan dan penulisan sebuah buku untuk Kerabat Diraja Pahang Darul Makmur. Ahad, 3 Disember 2012.
 
2. Catatan ini merupakan salah satu artikel yang akan dimuatkan dalam buku Memoir A.F.Yassin Suka Duka Menuju Pelabuhan Waktu untuk Kategori Keluarga. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROFIL

My photo
Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).