09 March 2012
MASIH SAYA INGAT "BAHASA ALAM" BERPUISI ......
Penyair Maa'rof Saad (Allahyarham) memberikan pandangannya tentang Isu Bahasa di RTM pada tahun 1980 (?) di Sudut Penulis, DBP. Usman Awang (duduk kanan) dan Yahaya ISmail (tiga kanan). Turut kelihatan Salmiah Ismail di barisan belakang.
Penyair dan mantan staf Dewan Bahasa dan Pustaka Allahyarham Maa'rof Saad, pernah menulis dalam kolum Utusan Malaysia, 13 Mac 1993 tentang saya melalui tajuk "Budaya Jepun Disiplinkan Diri". Antara lain Maa'rof menulis seperti berikut: " Dalam bidang kerjaya, dia (A.F.Yassin) mula bekerja sebagai guru sementara di Tamil Primary School, Tampin dan di Astana Raja English School, Kota, Negeri Sembilan pada tahun 1963. Setahun kemudian berkhidmat pula sebagai Penyelia Teknik dengan Syarikat Textile Corporation (M) Limuted Johor Bahru. Dia berkesempatan mengikuti kursus lanjutan teknikal dalam bidang tekstil di Nagoya, Jepun selama enam bulan pada tahun 1969.
Mulalah A.F.Yassin memasuki budaya kerja Jepun. Waktu kerja tidak boleh beriseng-isengan. Mesti tekun dan bijaksana menimba ilmu. Selepas kerja barulah dia terangsang melepaskan stress dengan mengunjungi temat minum dan makan di samping berhibur. Pulang ke penginapan baginya untuk tidur sahaja tanpa ada kegiatan lain.
Sekembalinya dari Jepun dia dinaikkan ke jawatan Jurulatih Teknik Tekstil. Tetapi jiwanya selalu berontak. Seorang yang berpendidikan aliran Sains tiba-tiba amat berminat dalam penulisan kreatif. Justru itu dia melamar kerja dengan Berita Harian. tidak lama kemudian berpindah pula ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pembantu Sastera, Mulalah dia menakah ke jawatan Timbalan Editor. dan bintangnya terang, sewaktu berkhidmat di DBP dia dapat melanjutkan pelajaran di Bandung.
Kini dia aktivis budaya di Penerbit Fajar Bakti. Memulakan tradisi baru dengan menerbitkan karya-karya sastera umum seperti novel, cerpen, puisi dan drama yang ditulis oleh Sasterawan Negara seperti Shahnon Ahmad, Keris Mas, A. Samad Said dan Usman Awang. Novel pertama dirintisnya ialah Tok Guru karya Shahnon Ahmad (1988). Sebelum itu dia telah mendapatkan hak izin terbit untuk menerbitkan semula Keluarga Gerilya karya Pramoedya Ananta Toer (1988). Sebagai penulis kreatif dan non-kreatif dan di samping kerjayanya sebagai orang kanan dalam bidang pengurusan di Penerbit fajar Bakti, dia sering bertindak seperti menarik rambut dalam tepung untuk memenuhi aspirasi penulis..
Sehingga kini (13 Mac 1993), A.F.Yassin telah pun berjaya menghasilkan antologi cerpen Nyiur bertuah Nyiur Celaka (1981) dan Kuala Lumpur (1986). Ada juga cerpen-cerpenya yang diantologikan secara bersama yang berjudul Suatu Subuh Yang Bening, Dongeng Merdeka, Alun Menggulung Perlahan, Titisan Indah Di Bumi Merkah dan Angin Pulau.Tesis kesarjanaannya tentang etika kewartawanan diolah kembali dalam bentuk buku dan diterbitkan pada tahun 1986 dengan judul Etika dan Wartawan. Dalam bidang puisi, dua puisinya "Rhine Di Satu Senja" dan "Sewaktu-Waktu" telah diantologikan secara bersama dalam sebuah buku berjudul Permtang Budi (1991). Puisi "Rhine Di Satu Senja" pernah meraih Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank.
Maa'rof Saad telah meninggalkan kami. Masih saya ingat buku puisi Bahasa Alam yang diterbitkan Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1983 telah terpilih menjadi buku teks sastera di peringkat SPM setahun setelah ia diterbitkan. Buku ini mengandungi diberi kata pangantarnya oleh Sahalan Mohd Saman dari UKM dan mengandungi karya puisi oleh 30 orang pemuisi tanah air. Judul buku mengembil sempena puisi Baharuddin Zainal (Baha Zain) yang lengkap dengan temubual khas dengan pengarangnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
What Other People Say...
" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.
"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.
"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."
"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)
"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)
Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?
Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.
Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.
Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).
Amat nostalgik dan mengesankan.
ReplyDeleteMasih saya ingat arwah Maa'rof yang berpolemik dengan Pak Yahaya Ismail dalam tahun-tahun 1970an tentang sastera. Tetapi akhirnya polemik iu terhenti begitu sahaja tanpa ada satu putusan atau resolusi yang ditemui. Sekarang Maa'rof sudah tiada dan mungkin Pak Yahaya Ismail yang nampaknya tidak begitu aktif dalam bidang sastera ini boleh bercerita sedikit tentang polemik itu buat generasi muda hari ini.
ReplyDelete