23 March 2012

TOK MAT, ALI MURTOPO DAN PAPTI...DAN MASIH SAYA INGAT

Tok Mat (dua kiri) bersama beberapa anggota PAPTI dan staf Kedutaan Malaysia di Indonesia bersarapan pagi di Hotel Mandain, Jakarta semasa J/K PAPTI berkunjung ke Indonesia awal 1980an.




Hari ini akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAPTI di Kelab Sultan Sulaiman di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Daripada info melalui facebook, sekitar 130 orang anggota telah diundang  dan ada beberapa yang telah response hadir. Yang telah pasti hadir tentunya semua Anggota Majlis Presiden yang sekarang dipimpin oleh Presidennya, Dr. Shamsul Bahar Bin Abd. Kadir. Difahamkan beberapa tokoh PAPTI yag dijangka hadir termasuklah TS Salleh Yassin, Dato' M. Noor Azam, Dato' Prof. Abu Bakar Hamid dan Yahaya Ismail. Tidak ada pemilihan Majlis Pesiden MAT tahun ini, tetapi MAT akan menubuhkan Koperasi PAPTI. Harap penubuhannya akan merancakkan lagi kegiatan PAPTI pada masa depan. Di bawah ini saya catatkan semula kisah silam rombongan J/K PAPTI ke Indonesia pada awal tahun 1980-an dahulu. Yang mengetuai rombongan ketika itu ilah mantan Presiden PAPTI pertama, TS Mohamad Rahmat (Allahyarham).
SELINTAS KISAH BERSAMA TOK MAT DALAM PAPTI (1980-1981)
Tidak berapa ingat bila peristiwa kunjungan Anggota Jawatankuasa Persatuan Alumni Perguruan Tinggi Indonesia (PAPTI) mengadakan kunjungan rasmi ke beberapa Perguruan Tinggi di Indonesia. Mungkin kunjungan ini dilakukan seminggu antara tahun 1980 hingga 1981. Ketika itu Presiden PAPTI ialah Datuk Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia. Beliau mengambil inisiatif membawa hampir semua anggota Jawatankuasa ke Jakarta, Bandung dan Jogjakarta. Dan Prof. Dato’ Abu Bakar Hamid adalah Timbalan Presiden PAPTI dengan Setiausah Agungnya Yusof Abu Samah. Antara yang menganggotai rombongan termasuk Drs. Sulaiman Mohamad.

Di Jakarta, Tok Mat menginap di Mandarin sementara anggota rombongan di Grand Pacific di Jalan Tamrin, Pusat Kota. Pada hari kedua kunjungan, Tok Mat memimpin kami mengunjungi Bapak Ali Murtopo. Menteri Penerangan Indonesia yang sakit di sebuah hospital terkemuka di Jakarta. Kurang pasti nama hospital itu, tetapi kira-kira setengah jam perjalanan dari hotel penginapan kami. Sebelah paginya Tok Mat mengundang semua anggota rombongan sarapan pagi di Hotel Mandarin. Kami terkejut kerana sarapan pagi itu turut disertai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Menteri Pertama dan beberapa pegawai lain kedutaan.
PakAli Murtopo masih boleh bercakap dengan anggota rombongan, sempat berjenaka dan ternyata masih ceria, walaupun kesihatan tidak begitu mengizinkan. Hubungan antara kedua Negara berlangsung erat dan Pak Ali memainkan peranan penting bagi pihak Indonesia untuk menstabilkan hubungan kerjasama. Kedua-dua menteri sempat berbincaang tentang hubungan dua hala secara tak formal, terutama yang berkait dengan penghantaran pelajar Malaysia ke Indonesia, yang pada ketika itu begitu ramai jumlahnya. Walaupun sebenarnya, kedua-dua menteri berkenaan amat memahami bahawa bidang kuasa mereka bukanlah pendidikan.

Kurang ingat sama ada rombongan berkunjung ke kampus Universitas Indonesia di Salemba, tetapi yang jelas rombongan berkunjung ke IKIP Bandung dan kampus Universitas Gajah Mada di Jogjakarta. Dato’ Abu Bakar memimpin rombongan kerana Tok Mat tidak ikut serta. Di Bandung rombongan sempat berdialog dengan pelajar-pelajar Malaysia di kota itu. Dialog diadakan di Pusat Pelajar Malaysia, di Jalan Sulanjana. Pelajar Malaysia mewakili Persatuan Kebangsaan palajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), Cabang Bandung.
Kami masih ingat salah satu tugas penting yang berhasil dilaksanakana PAPTI ketika di bawah pimpinan Tok Mat ialah menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada Kerajaan Malaysia Mengenai Pengiktirapan Ijazah dari Universiti-Universiti di Indonesia. Memorandum ini disediakan pada tahun 1981, iaitu pada tahun terakhir Tok Mat memimpin PAPTI sebelum tugas diambil alih oleh Datuk Abu Bakar Hamid.

Tujuan memorandum ini disediakan adalah PAPTI menerima keluhan dari sejumlah anggota PAPTI yang menyangut masalah pengiktirafan ijazah yang mereka peroleh dan penilaian ijazah itu dari segi  skim perkhidmatan, baik dalam perkhidmatan awam mahupun perkhidmatan pelajaran. Adalah menjadi harapan PAPTI ketika itu, memorandum yang disediakan dapat dijadikan landasan  pertimbangan Kerajaan, mengkaji semula dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya  untuk menyelesaikan masalah lulusan dariIndonesia ini.
Seperti yang tercatat dalam Penutup Memorandun: “PAPTI mengharapkan Kerajaan meneliti dan memberikan pertimbangan yang saksama kepada kandungan memorandum ini. Sebarang tindakan yang sesuai dengan hasrat yang terkandung dalam memorandum ini tentunya akan dapat membantu Kerajaan dalam usahanya memperbanyak  ahli baik dalam bidang ilmu mahpun iktisas, terutama Bumiputera  di samping meneratkan lagi hubungan Indonesia-Malaysia melalui bidang ilmu dan kebudayaan.”

Di bawah ini disertakan sedikit catatan tentang Tok Mat dalam bidang politik, pendidikan dan hubungan kerjasama Indonesia-Malaysia seperti yang dihuraikan dalam Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Barangkali ia akan memberi manfaat dalam kita mengenang Tok Mat yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Januari 2010 setelah menghidap sakit buah pinggap beberapa waktu. Hari ini genap dua tahun 19 hari Allahyarham meninggalkan kita. Amin Ya Rabulalamin!:

“Tan Sri Mohamed bin Rahmat (4 Januari 1938 - 1 Januari 2010) [1] merupakan ahli politik UMNO/ Barisan Nasional yang terkenal di Malaysia. Beliau berketurunan Jawa, dilahirkan di Pulai,Johor, selatan Malaysia. 'Tok Mat' adalah gelaran singkat bagi beliau. Beliau turut digelar 'Tok Mat', 'Mat Setia', 'Mat Umno' ,'Mat Bulat' dan 'Mr Propaganda'. Ucapan sebelum dan semasa Perhimpunan Agung UMNO sentiasa dinantikan sama seperti pengulungan Presiden UMNO.

Beliau merupakan pemimpin veteran UMNO Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan (1973) dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri (1974). Kemudian menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.
Mohamed Rahmat keturunan Jawa. Anaknya Datuk Nur Jazlan Mohamed mewarisi politik UMNO Pulai . Nur Jazlan menjadi ahli parlimen Pulai dan Ketua UMNO Bahagian Pulai. Pulai dan Gunung Pulai berhampiran dengan Pekan Nanas dan Skudai, selatan Johor, berhampiran dengan pulau Singapura.

Bapanya seorang Jawa sementara ibunya seorang Cina. Isteri Mohamed Rahmat , Puan Sri Salbiah A. Hamid juga seorang keturunan Cina. [2]

Mohamed mendapat pendidikan menengah di Maktab Abu Bakar, Johor Baharu pada 1956 sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang Bachelor of Letters di Universiti Indonesia, Jakarta pada 1961. Beliau bagaimanapun tidak sempat menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana ekoran konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau pernah menjadi guru di Sekolah King Edward VII, Taiping, Perak pada 1963. Kemudiannya beralih kepada bidang penulisan skrip di Filem Negara Malaysia (Finas) selama setahun bermula 1964.[3]

Mohamad Rahmat menjadi ahli UMNO (Baru) dengan no 00000003. Beliau menyertai UMNO sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen Johor Baru Barat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Kawasan ini diberi nama baru 'Pulai' pada 1974.

Mohamad Rahmat bertanding di parlimen Pulai atas tiket Barisan Nasional pada tahun 1978. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Dato Hussein Onn - juga orang Johor . Di atas kejayaan besar UMNO Johor meraih undi , maka Mohamed Rahmat telah dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia (1978-1982). Ketika ini Kelantan yhang diperintah oleh PAS berjaya dirampas oleh UMNO melalui Mageran Kelantan 1978. Difahamkan Mohamad Rahmat telah menghanrar 200 petugas ke Kelantan bagi menerangkan kebaikan dan kelebihan Kelantan jika menyertai Barisan Nasional.

Beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Atas kapasiti sebagai Menteri Penerangan, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Dalam kerajaan , beliau menjadi Menteri Penerangan Malaysia dua kali kerana mempunyai kebolehan mempengaruhi pendengar. Beliau menjadi Menteri Penerangan dari 1978-1982 iaitu semasa Dato Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, jawatan itu diserahkan kepada Dato'Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam dari Melaka. Mohamed Rahmat dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Jakarta, Indonesia pada 1982.

Mohamad Rahmat dilantik semula sebagai Menteri Penerangan dari tahun 1987-1999 kerana kesetiaan beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengunduran Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari Johor pada 1986, diisi oleh Mohamed Rahmat. Dengan perlantikan itu, politik Johor dan sokongan Johor kembali stabil.

Mohamed Rahmat adalah alternatif kepada pemimpin UMNO yang 'berpaling-tadah' seperti Dato Shahril Samad . Namun Shahril Samad masih menang dalam Pilihan raya kecil Johor Bharu.Beberapa pemimpin Johor menyertai Team B yang memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Tetapi Mohamad Rahmat terus setia kepada dalam Team A . Pendaftaran UMNO dibatalkan dan menyebabkan UMNO menjadi parti haram. Dengan itu juga pengerusi Barisan Nasional terpaksa diserahkan kepada Presiden MCA iaitu Dato Ling Leong Sik. Apabila UMNO Baru berjaya didaftarkan semula, Mohamad Rahmat menjadi Setiausaha Agung Sementara pada 16 Februari 1988. [4] UMNO berjaya dipulihkan dan diyakini rakyat .Perkataan 'Baru' pada UMNO berjaya dibuang . Kelab UMNO luar negara telah ditubuhkan bagi menarik sokongan pelajar luar negara. Pada 19 Januari 1994, Kelab UMNO Surabaya, Indonesia dirasmikan oleh Dato' Mohamad Rahmat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).