Pengarah Jabatan Bahasa DBP (kini Ketua Pengarah) berbaju putih memimpin Tim Penggambaran Jejak Bahasa DBP-TV3 mengunjungi Pengarang Indonesia, A.A.Navis di kediamannya di Padang, Sumatera Barat sebelum sesi penggambaran Episod Padang pada tahun 2000. Turut kelihatan isteri A.A. Navis.
Pengarah Projek Jejak Bahasa merangkap Pengarah Jabatan Bahasa DBP (kini Ketua Pengarah) mengabadikan kenangan di Istana Pagar Ruyong, Sumatera Barat, 2000. Gambar oleh A.F.Yassin, anggota Tim Penyelidik Jejak Bahasa, episod Indonesia.
Dr. Awang Sariyan Pengarah Jabatan Bahasa DBP (kini Ketua Pengarah) bersama tim Penggambaran Jejak Bahasa DBP-TV3 episod Padang mengunjungi Pengarang Indonesia, A.A. Navis di rumahnya di Padang. Kelihatan dari kiri: D. Awang, A.F.Yassin, Wan Sakinah, Dato' Prof. (Emeritus) dr. Asmah Hj Omar, Pak A.A.Navis dan Othman Ismail, Pengurus Projek Jejak Bahasa.
Dalam Jejak Bahasa Siri pertama 13 episod, penggambaran dilakukan di hampir semua lokasi di mana wujudnya insan brtutur dalam Malaysia Melayu-Indonesia, terutama di Sumatera Utara, Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Riau, Jakarta, Jawa Barat, Kalimantan Barat, Kalimantan Timur, Sulawesi Selatan dan Selawesi utara. Penggambaran diadakan sepanjang sebulan, mulai akhir Disember 2000 sehingga Januari 2001. Disediakan beberapa keping gambar yang diabadikan semasa di lokasi untuk tontonan para peminat bahasa, terutamanya.
Alangkah moleknya jika sebuah buku tentang pengalaman tim Jejak Bahasa diterbitkan! Barangkali mereka yang terlibat dalam projek ini boleh memikirkan, dan rasanya gambarfoto yang banyak mungkin sudah dikumpulkan kerana sepanjang jejak Bahasa berada di lokasi DBP telah meminta jasa baik x-fotografernya, Alias Yusof mengabadikan momen-momen manis sepanjang penggambaran.
No comments:
Post a Comment