Allahyarham Abah yang meninggalkan kami 27 tahun yang lalu.
Telah 27 tahun Abah (Hj. Yassin Bin Zainal) pergi. Persisnya 16 Januari 1985. Seperti baru semalam abah berpesan kepada adik-adik yang Abah nak jumpa dengan saya. Sudah beberpa kali Abah berpesan tapi adik-beradik tidak menyangka yang permintaan Abah itu begitu serius. Pada hari berkenaan saya baru akan sampai di lapangan terbang Subang dari luar negeri. Di Airport saya mendengar suara dari Penerangan yang meminta saya menghubungi kaunter untuk menerima pesanan. Namun sebaik sahaja saya dan beberapa kawan, termasuk Dr. Othman Puteh, Dharmawijaya dan Mohd Yusof Md Nor keluar ke galeri menunggu di pintu ketibaan,
Prof.Dr. Hashim Awang dan isteri telah menarik kami dan terus ke keretanya. "Bersabarlah, nanti kami akan jelaskan," Demikian kata-kata Prof. Hashim. Hahim terus menghantar ke rumah saya, ketika itu di Damansara Utama dan saya pun terus mengambil kereta dan pulang ke kampung bersama-sama Ruby dan keluarga yang sedang menunggu. Sempatlah saya menatap wajah Abah yang sedang menungu ketibaan bersama keluarga.
Abah hanya menunggu kami untuk disembahyangka di Surau Perkuburan Gadong sebelum dikebumikan. Ramai orang kampung telah menunggu untuk uacara pengkebumian. Buat kali terakhir Abah akan mengadakan perjalanan terakhirnya ke pusara. Jaraknya dari rumah kami hanyalah 300 meter. Saya menerima sepucuk telegram dari staf Penerbit Fajar Bakti. Malam itu setelah mengadakan kenduri arwah saya membaca kandungannya. Bunyi telegram: Pihak Pengurusan dab Kakitangan Penerbit Fajar Bakti dengan penuh rasa terharu dan dukacita menyampaikan ucapan takziah kepada Saudara Fadzil Yassin dan keluarga atas pemergian Ayahanda mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas Allahyarham. Fajar MA 37578 (16 Jan 85). Diterima 8.40 AM. Telegram itu ditujukan kepada Ahmad Fadzil Yasin, Kg. Gadong, Kota. telegram berasal dari Kuala Lumpur.
Surat telegram yang diterima dari pihak Pengurusan dan Kakitangan Penerbit Fjar Bakti.
Kami begitu merasakan kehilangan Abah walau sudah 27 tahun berlalu. Dan 12 tahun kemudian, pada bulan Mac 2007, saya sekali lagi kehilangan seorang anak sulung kami, Allahyarham Ahmad Faizal akibat penyakit diabetes. Kami bagaikan "sudah dijatuh ditimpa tangga. Namun kami pasrah kerana bagi kami itu adalah kehendak-Nya jua. Namun kami merindukan mereka. Al-Fatihah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
What Other People Say...
" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.
"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.
"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."
"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)
"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)
Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?
Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.
Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.
Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).
No comments:
Post a Comment