27 March 2012

WHAT A PATHETIC LOT...

Pak Tenas Effendy, an historian from Riau, said to be a direct royal descendent of the Malacca Sultan. His full name is Tengku Nasaruddin Effendy. Met him three times at his residence in Pekan Baru, Melaka and Kuala Lumpur. Such a nice man, humble and courteous  yet sincere in his eyes of things historical. I wonder what he would say if he ever read  DS Dr. Rais echoing comment with regards to TS Prof. (Emeritus) Dr. Khoo Kay Kim's opinion on the legendary Hang Tuah. 

When Culture Minister DS Rais Yatim said this he was echoing the words of Tan Sri Khoo Kay Kim said. Khoo said that there was no empirical evidence that Hang Tuah ever existed. The Malay Annals (Sejarah Melayu and Sulalatus Salatin) were supposedly written for certain purposes and historical evidence could not be verified. So say many historians and scholars. This is really a colossal challenge faced by historians and what takes it so long for them to prove once and for all that this legendary figure ever existed or just another imaginative figure of the Malay folklore.
Could someone then  figure out who Tun Sri Lanang, supposedly wrote “Sejarah Melayu” or “Sulalatus Salatin” was. I wonder whether Persatuan Sejarah Malaysia  has ever  done its homework well enough. Or as one put it, “The evidence is there. People who have been entrusted to find such evidence are yet to find the  historical traces. Perhaps these people  should do similar works like what has been done by historians in Egypt. Just look at the Pyramids  and the Great Pharaohs of the Egyptian desert! Or that Malaysians, notably historians are too absorbed in other forms of activities. History is not in the list of  their prioroty, compared to Science and Technology. What a pathetic lot!

26 March 2012

MENJEJAKI AKAR BAHASA DI NUSANTARA. EPISOD PADANG.

Pengarah Jabatan Bahasa DBP (kini Ketua Pengarah) berbaju putih memimpin Tim Penggambaran Jejak Bahasa DBP-TV3 mengunjungi Pengarang Indonesia, A.A.Navis di kediamannya di Padang, Sumatera Barat sebelum sesi penggambaran Episod Padang pada tahun 2000. Turut kelihatan isteri A.A. Navis.

DBP bersama TV3 mengadakan kerjasama menjejki akar bahasa Melayu di Nusantara. bermula dengan jalinan penggambaran di Indonesia, seperti di Padang, Danau Toba, Pulau Lingga, Tanjung Pinang, palembang, Jakarta, Banung, Banjarmasin, Makassar, Menado, Pontianak, Pulau Penyengat dan Pekan Baru. Kerjasama ini dilakukan pada tahun 2000. DBP membiayai kos penggambaran sementara TV3 menyediakan peralatan dan perlengkapan  penggambaran. Satu tim penyelidik disediakan oleh DBP yang dipimpin Prof. (Emeritus) Dato' Dr. Asmah Hj. Omar dengan dibantu A.F.Yassin, Drs. Abd. Rahman al-Ahmadi, Prof. Dr. Othman Yatim, Raja Mashitah Raja Ariffin dan Drs. Abd. Rahim Aman. Tim TV3 dipimpin Haji Bukhari Che Muda, Zainal Ariffin Ismail. Zailan Abd. Rahman dan Azura Abd. Karim.

Pengarah Projek Jejak Bahasa merangkap Pengarah Jabatan Bahasa DBP (kini Ketua Pengarah) mengabadikan kenangan di Istana Pagar Ruyong, Sumatera Barat, 2000. Gambar oleh A.F.Yassin, anggota Tim Penyelidik Jejak Bahasa, episod Indonesia. 

Dr. Awang Sariyan Pengarah Jabatan Bahasa DBP (kini Ketua Pengarah) bersama tim Penggambaran Jejak Bahasa DBP-TV3 episod Padang mengunjungi Pengarang Indonesia, A.A. Navis di rumahnya di Padang. Kelihatan dari kiri: D. Awang, A.F.Yassin, Wan Sakinah, Dato' Prof. (Emeritus) dr. Asmah Hj Omar, Pak A.A.Navis dan Othman Ismail, Pengurus Projek Jejak Bahasa. 

Dalam Jejak Bahasa Siri pertama 13 episod, penggambaran dilakukan di hampir semua lokasi di mana wujudnya insan brtutur dalam Malaysia Melayu-Indonesia, terutama di Sumatera Utara, Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Riau, Jakarta, Jawa Barat, Kalimantan Barat, Kalimantan Timur, Sulawesi Selatan dan Selawesi utara. Penggambaran diadakan sepanjang sebulan, mulai akhir Disember  2000 sehingga Januari 2001. Disediakan beberapa keping gambar yang diabadikan  semasa di lokasi untuk tontonan para peminat bahasa, terutamanya.

Alangkah moleknya jika sebuah buku tentang pengalaman tim Jejak Bahasa diterbitkan! Barangkali mereka yang terlibat dalam projek ini boleh memikirkan, dan rasanya gambarfoto yang banyak mungkin sudah dikumpulkan kerana sepanjang jejak Bahasa berada di lokasi DBP telah meminta jasa baik x-fotografernya, Alias Yusof mengabadikan momen-momen manis sepanjang penggambaran.

23 March 2012

TOK MAT, ALI MURTOPO DAN PAPTI...DAN MASIH SAYA INGAT

Tok Mat (dua kiri) bersama beberapa anggota PAPTI dan staf Kedutaan Malaysia di Indonesia bersarapan pagi di Hotel Mandain, Jakarta semasa J/K PAPTI berkunjung ke Indonesia awal 1980an.




Hari ini akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAPTI di Kelab Sultan Sulaiman di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Daripada info melalui facebook, sekitar 130 orang anggota telah diundang  dan ada beberapa yang telah response hadir. Yang telah pasti hadir tentunya semua Anggota Majlis Presiden yang sekarang dipimpin oleh Presidennya, Dr. Shamsul Bahar Bin Abd. Kadir. Difahamkan beberapa tokoh PAPTI yag dijangka hadir termasuklah TS Salleh Yassin, Dato' M. Noor Azam, Dato' Prof. Abu Bakar Hamid dan Yahaya Ismail. Tidak ada pemilihan Majlis Pesiden MAT tahun ini, tetapi MAT akan menubuhkan Koperasi PAPTI. Harap penubuhannya akan merancakkan lagi kegiatan PAPTI pada masa depan. Di bawah ini saya catatkan semula kisah silam rombongan J/K PAPTI ke Indonesia pada awal tahun 1980-an dahulu. Yang mengetuai rombongan ketika itu ilah mantan Presiden PAPTI pertama, TS Mohamad Rahmat (Allahyarham).
SELINTAS KISAH BERSAMA TOK MAT DALAM PAPTI (1980-1981)
Tidak berapa ingat bila peristiwa kunjungan Anggota Jawatankuasa Persatuan Alumni Perguruan Tinggi Indonesia (PAPTI) mengadakan kunjungan rasmi ke beberapa Perguruan Tinggi di Indonesia. Mungkin kunjungan ini dilakukan seminggu antara tahun 1980 hingga 1981. Ketika itu Presiden PAPTI ialah Datuk Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia. Beliau mengambil inisiatif membawa hampir semua anggota Jawatankuasa ke Jakarta, Bandung dan Jogjakarta. Dan Prof. Dato’ Abu Bakar Hamid adalah Timbalan Presiden PAPTI dengan Setiausah Agungnya Yusof Abu Samah. Antara yang menganggotai rombongan termasuk Drs. Sulaiman Mohamad.

Di Jakarta, Tok Mat menginap di Mandarin sementara anggota rombongan di Grand Pacific di Jalan Tamrin, Pusat Kota. Pada hari kedua kunjungan, Tok Mat memimpin kami mengunjungi Bapak Ali Murtopo. Menteri Penerangan Indonesia yang sakit di sebuah hospital terkemuka di Jakarta. Kurang pasti nama hospital itu, tetapi kira-kira setengah jam perjalanan dari hotel penginapan kami. Sebelah paginya Tok Mat mengundang semua anggota rombongan sarapan pagi di Hotel Mandarin. Kami terkejut kerana sarapan pagi itu turut disertai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Menteri Pertama dan beberapa pegawai lain kedutaan.
PakAli Murtopo masih boleh bercakap dengan anggota rombongan, sempat berjenaka dan ternyata masih ceria, walaupun kesihatan tidak begitu mengizinkan. Hubungan antara kedua Negara berlangsung erat dan Pak Ali memainkan peranan penting bagi pihak Indonesia untuk menstabilkan hubungan kerjasama. Kedua-dua menteri sempat berbincaang tentang hubungan dua hala secara tak formal, terutama yang berkait dengan penghantaran pelajar Malaysia ke Indonesia, yang pada ketika itu begitu ramai jumlahnya. Walaupun sebenarnya, kedua-dua menteri berkenaan amat memahami bahawa bidang kuasa mereka bukanlah pendidikan.

Kurang ingat sama ada rombongan berkunjung ke kampus Universitas Indonesia di Salemba, tetapi yang jelas rombongan berkunjung ke IKIP Bandung dan kampus Universitas Gajah Mada di Jogjakarta. Dato’ Abu Bakar memimpin rombongan kerana Tok Mat tidak ikut serta. Di Bandung rombongan sempat berdialog dengan pelajar-pelajar Malaysia di kota itu. Dialog diadakan di Pusat Pelajar Malaysia, di Jalan Sulanjana. Pelajar Malaysia mewakili Persatuan Kebangsaan palajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), Cabang Bandung.
Kami masih ingat salah satu tugas penting yang berhasil dilaksanakana PAPTI ketika di bawah pimpinan Tok Mat ialah menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada Kerajaan Malaysia Mengenai Pengiktirapan Ijazah dari Universiti-Universiti di Indonesia. Memorandum ini disediakan pada tahun 1981, iaitu pada tahun terakhir Tok Mat memimpin PAPTI sebelum tugas diambil alih oleh Datuk Abu Bakar Hamid.

Tujuan memorandum ini disediakan adalah PAPTI menerima keluhan dari sejumlah anggota PAPTI yang menyangut masalah pengiktirafan ijazah yang mereka peroleh dan penilaian ijazah itu dari segi  skim perkhidmatan, baik dalam perkhidmatan awam mahupun perkhidmatan pelajaran. Adalah menjadi harapan PAPTI ketika itu, memorandum yang disediakan dapat dijadikan landasan  pertimbangan Kerajaan, mengkaji semula dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya  untuk menyelesaikan masalah lulusan dariIndonesia ini.
Seperti yang tercatat dalam Penutup Memorandun: “PAPTI mengharapkan Kerajaan meneliti dan memberikan pertimbangan yang saksama kepada kandungan memorandum ini. Sebarang tindakan yang sesuai dengan hasrat yang terkandung dalam memorandum ini tentunya akan dapat membantu Kerajaan dalam usahanya memperbanyak  ahli baik dalam bidang ilmu mahpun iktisas, terutama Bumiputera  di samping meneratkan lagi hubungan Indonesia-Malaysia melalui bidang ilmu dan kebudayaan.”

Di bawah ini disertakan sedikit catatan tentang Tok Mat dalam bidang politik, pendidikan dan hubungan kerjasama Indonesia-Malaysia seperti yang dihuraikan dalam Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Barangkali ia akan memberi manfaat dalam kita mengenang Tok Mat yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Januari 2010 setelah menghidap sakit buah pinggap beberapa waktu. Hari ini genap dua tahun 19 hari Allahyarham meninggalkan kita. Amin Ya Rabulalamin!:

“Tan Sri Mohamed bin Rahmat (4 Januari 1938 - 1 Januari 2010) [1] merupakan ahli politik UMNO/ Barisan Nasional yang terkenal di Malaysia. Beliau berketurunan Jawa, dilahirkan di Pulai,Johor, selatan Malaysia. 'Tok Mat' adalah gelaran singkat bagi beliau. Beliau turut digelar 'Tok Mat', 'Mat Setia', 'Mat Umno' ,'Mat Bulat' dan 'Mr Propaganda'. Ucapan sebelum dan semasa Perhimpunan Agung UMNO sentiasa dinantikan sama seperti pengulungan Presiden UMNO.

Beliau merupakan pemimpin veteran UMNO Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan (1973) dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri (1974). Kemudian menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.
Mohamed Rahmat keturunan Jawa. Anaknya Datuk Nur Jazlan Mohamed mewarisi politik UMNO Pulai . Nur Jazlan menjadi ahli parlimen Pulai dan Ketua UMNO Bahagian Pulai. Pulai dan Gunung Pulai berhampiran dengan Pekan Nanas dan Skudai, selatan Johor, berhampiran dengan pulau Singapura.

Bapanya seorang Jawa sementara ibunya seorang Cina. Isteri Mohamed Rahmat , Puan Sri Salbiah A. Hamid juga seorang keturunan Cina. [2]

Mohamed mendapat pendidikan menengah di Maktab Abu Bakar, Johor Baharu pada 1956 sebelum melanjutkan pengajiannya dalam bidang Bachelor of Letters di Universiti Indonesia, Jakarta pada 1961. Beliau bagaimanapun tidak sempat menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana ekoran konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau pernah menjadi guru di Sekolah King Edward VII, Taiping, Perak pada 1963. Kemudiannya beralih kepada bidang penulisan skrip di Filem Negara Malaysia (Finas) selama setahun bermula 1964.[3]

Mohamad Rahmat menjadi ahli UMNO (Baru) dengan no 00000003. Beliau menyertai UMNO sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen Johor Baru Barat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Kawasan ini diberi nama baru 'Pulai' pada 1974.

Mohamad Rahmat bertanding di parlimen Pulai atas tiket Barisan Nasional pada tahun 1978. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Dato Hussein Onn - juga orang Johor . Di atas kejayaan besar UMNO Johor meraih undi , maka Mohamed Rahmat telah dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia (1978-1982). Ketika ini Kelantan yhang diperintah oleh PAS berjaya dirampas oleh UMNO melalui Mageran Kelantan 1978. Difahamkan Mohamad Rahmat telah menghanrar 200 petugas ke Kelantan bagi menerangkan kebaikan dan kelebihan Kelantan jika menyertai Barisan Nasional.

Beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Atas kapasiti sebagai Menteri Penerangan, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Dalam kerajaan , beliau menjadi Menteri Penerangan Malaysia dua kali kerana mempunyai kebolehan mempengaruhi pendengar. Beliau menjadi Menteri Penerangan dari 1978-1982 iaitu semasa Dato Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, jawatan itu diserahkan kepada Dato'Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam dari Melaka. Mohamed Rahmat dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Jakarta, Indonesia pada 1982.

Mohamad Rahmat dilantik semula sebagai Menteri Penerangan dari tahun 1987-1999 kerana kesetiaan beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengunduran Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari Johor pada 1986, diisi oleh Mohamed Rahmat. Dengan perlantikan itu, politik Johor dan sokongan Johor kembali stabil.

Mohamed Rahmat adalah alternatif kepada pemimpin UMNO yang 'berpaling-tadah' seperti Dato Shahril Samad . Namun Shahril Samad masih menang dalam Pilihan raya kecil Johor Bharu.Beberapa pemimpin Johor menyertai Team B yang memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Tetapi Mohamad Rahmat terus setia kepada dalam Team A . Pendaftaran UMNO dibatalkan dan menyebabkan UMNO menjadi parti haram. Dengan itu juga pengerusi Barisan Nasional terpaksa diserahkan kepada Presiden MCA iaitu Dato Ling Leong Sik. Apabila UMNO Baru berjaya didaftarkan semula, Mohamad Rahmat menjadi Setiausaha Agung Sementara pada 16 Februari 1988. [4] UMNO berjaya dipulihkan dan diyakini rakyat .Perkataan 'Baru' pada UMNO berjaya dibuang . Kelab UMNO luar negara telah ditubuhkan bagi menarik sokongan pelajar luar negara. Pada 19 Januari 1994, Kelab UMNO Surabaya, Indonesia dirasmikan oleh Dato' Mohamad Rahmat.

20 March 2012

MENYAKSIKAN PENUBHAN FORUM KERJASAMA PENERBITAN SERANTAU DI JB.

Ahli-ahli Majlis PAPTI bergambar selepas persidangan. Apakah mungkin Majlis ini dapat membantu meningkatkan lagi kerjasama serantau, terutama dalam bidang pendidikan dan penerbitan atau paling tidak menjadi jembatan bagi kedua-dua kerajaan Indonesia dan Malaysia demi dua bangsa serumpun?



Lahirnya Fokeps Dibidani Rahim Bakar FOKEPS WADAH PENERBITAN SERANTAU 23 mac 2001
Anak bongsu kerjasama serantau dalam bidang persuratan, iaitu Fokeps mencuri perhatian dan menjadi tumpuan sidang Mabbim dan Mastera di Johor Bahru minggu lalu. Betapa tidaknya. Oleh kerana ingin menumpukan perhatian kepada sidang pertama Fokeps, maka sidang Mabbim dan Mastera terpaksa dijadual kembali pada hari ketiganya. Bagaikan bayi yang baru lahir pihak penganjur, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus perlu memberikan perhatian khas jika mahu bayi yang baru lahir itu “tidak dibiarkan menangis”. Demikianlah Fokeps bagaikan mendapat angin baru untuk membesar dengan gahnya di alam Melayu untuk beberapa tahun akan datang. Dan Mabbim serta Mastera tidak perlu berkecil hati, walaupun ada ketikanya terpaksa menyelesaikan sidang hingga dinihari.

 Fokeps atau Forum Kerjasama Penerbitan Serantau telah lama diilhamkan melalui satu memorandum persefahaman yang dijalin antanra DBP dengan Balai Pustaka. Memorandum yang ditandatangani pada 21 Ogos 1995 berintikan kerjasama dalam bidang penerbitan antara DBP dengan Balai Pustaka. Pertemuan DBP dengan Balai Pustaka  di Jakarta 7 Februarai 2001 yang lalu menyuntik semangat baru dalam bidang kerjsama ini. Langkah awal ditandai dengan merasmikan penubuhan Fokeps di Johor Bahru 15 Mac lalu, sempena sidang Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA).

 Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Hj Abdul Rahim Bakar ketika merasmikan Fokeps mengimbaskan kembali sejarah kerjasama ini sejak memorandum persefahaman ditandatangani enam tahun lalu. Datuk Rahim difahamkan bahawa pernah ada usha untuk menubuhkan persatuan penerbit peringkat Asia Tenggara tetapi tidak berjaya. Katanya, “Mungkin dalam bentuk forum yang tidak begitu terikat dengan struktur yang terlalu formal usaha untuk mewujudkan jaringan kerjasama penerbitna serantau ini akan lebih berjaya.”
Asas keyakinan Datuk Rahim ini mungkin berputik dari banyaknya jumlah kedai buku di Malaysia yang menjual buku-buku terbitan Indonesia sejak zaman perjuangan merebut kemerdekaan lagi. Bahkan nama-nama besar dalam bidang persuratan di Indonesia seperti Hamka, Sutan Takdir Alishahbana, Marah Rosli, Pramodya Annta Toer dan sebagainya tidak asing bagi penulis Malaysia. Kata Datuk Rahim, “Karya mereka dikaji dan dijadikan contoh oleh penulis muda Malaysia yang akhirnya menubuhkan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) di Singapura.” Menurut Datuk Rahim setelah negara-negara berbahasa Melayu mencapai kemerdekaan dan sedang memasuki zaman perkembangan teknologi maklumat, masih belum ada upaya untuk mengatasi masalah lalu lintas buku di kalangan negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu. Katanya, “Dalam hubugan inilah saya menyokong penubuhan forum ini.”

 Pandangan Datuk Rahim bukanlah perkara baru, terutama yang menyangkut lalu lintas buku antara negara. Malah kata seorang penerbit yang hadir dalam majlis perasmian Fokeps, masalah lalu lintas ini bukan merupakan masalah di kalangan Malaysia, Brunei dan Singapura. Yang menjadi masalah dan tidak selesai-selesai sejak tahun 1970an lagi ialah lalu lintas dengan Indonesia. Pengalaman DBP menubuhkan galeri buku di Jakarta ibarat menelan pil pahit sehingga galeri yang terletak di Jalan Kwitang itu ditutup begitu sahaja.
Memang benar badan-badan penerbit di Indonesia seperti Balai Pustaka mendukung kerjasama penerbitan, malah Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) melalui ketuanya, Arselan Harahap menganggap kerjasama dalam bidang ini adalah “selaras dengan rangkaian kerjasama yang sedia ada seperti kerjasama dalam pengembangan bahasa Melayu melalui Mabbim dan kerjsama kesusasteraan melalui Mastera.” Sehingga dengan demikian “Ikapi mendukung gagasan kerjasama dalam bidang penerbitan berbahasa Melayu untuk mengembangkan bahasa dan sastera Indonesia-Malaysia.”

 Yang mendukacitakan ialah halangan untuk buku berbahasa Melayu dari Malaysia memasuki pasaran terbuka Indonesia sedangkan buku berbahsa Melayu dari Indonesia tidak dihalang masuk ke Malaysia. Wakil Indonesia ke sidang meja bulat Fokeps pertama di Johor Bahru mengakui  terdapat ketimpangan antara buku-buku Malaysia yang masuk ke Indonesia  dengan buku-buku Indonesia yang masuk ke Malaysia. Menurutnya sejak tahun 60an Indonesia mempunyai peraturan yang melarang buku-buku berbahasa Indonesia masuk ke negara itu. “Inilah yang menjadi penyebab ketimpangan itu,” katanya. Namun keputusan Kementerian Kewangan Indonesia, buku-buku berbahasa Malaysia kini dianggap sebagai buku berbahasa asing dan bukan lagi buku berbahasa Indonesia. Maka sejak setahun yang lalu buku-buku terbitan Malaysia tidak lagi dikenakan larangan untuk masuk ke Indonesia.
Apapun jua wakil Indonesia ini yakin ketimpangan itu bukan disebabkan larangan tetapi lebih disebabkan buku terbitan Malaysia tidak mempunyai pasaran di negaranya. Ertinya buku-buku Malaysia kurang mendapat sambutan di kalangan rakyat Indonesia. Katanya, “Kalau buku-buku itu memang memiliki pasar, maka di Indonesia sudah lama terlihat edisi bajakannya (cetak rompak). Tapi sampai sekarang belum pernah ada laporan mengenai pembajakan buku-buku berbahasa Malaysia di Indonesia.”

Pendapat wakil Indonesia ini sungguh menarik, apatah lagi jika ia dikaitkan dengan sambutan rakyat Indonesia terhadap galeri buku DBP di Indonesia yang ditutup itu. Ketika rehat sebelum menyambung sidang forum, seorang penerbit Malaysia sedikit kurang senang dengan ucapan wakil Indonesia itu. Katanya, “Masalahnya sekarang ialah antara telur dan ayam. Mana dulu yang diperlukan ayam atau telur? Bagaimana mahu melihat buku cetak rompak, masuk ke Indonesia juga perlu macam-macam peraturan. Dan lagi apakah sudah dibuat penyelidikan tentang sambutan orang ramai di Medan atau di kota-kota besar lainnya di Sumatera.”

 Mesej yang ingin disampaikan penerbit Malaysia ini jelas. Sumatera lebih dekat dengan Malaysia dari sudut budaya dan tutur katanya. Malah di Riau bahasa yang digunakan lebih dekat dengan Malaysia. Minat dan kehidupannya lebih mirip kepada Malaysia. Bukan tidak mungkin buku-buku dari Malaysia akan mendapat sambutan lebih baik berbanding jika buku itu dipasarkan di Jakarta atau Pulau Jawa. Jika 10% sahaja penduduk di Pulau Sumatera yang mampu membeli buku, adalah dijangkakan buku-buku terbitan Malaysia akan mempunyai potensi pasaran yang lebih berbanding di Malaysia sendiri.
Pengalaman sebuah penerbit multinasional yang beroperasi di Malaysia tahun 80an dahulu seperti membenarkan pandangan penerbit ini. Pada dekad itu penerbit multinasional ini cuba memasarkan buku terbitannya di Medan. Pegawai pemasarannya memmpunyai hubungan baik dengan sebuah kedai buku di ibukota Sumatera Utara itu. Setiap bulan pegawai ini memantau penjualan bukunya. Setiap kali ke Medan dia akan membawa beberapa judul baru setiap judul hingga 10 naskah. Kurang pasti bagaina dia boleh melepasi halangan masuk ke negeri itu.

 Semua judul buku yang dibawanya habis terjual. Cuma masalahnya pemilik kedai buku enggan menyerahkan wang hasil jualannya setelah ditolak diskaun. Jika mahu, kata pemilik kedai itu, bawa pulang naskah buku Indonesia dalam pelbagai judul. Ertinya buku dijual secara sistem tukar barang atau kontra. Akhirnya transaksi antara penerbit Malaysia dengan pemilik kedai buku di Medan itu terhenti begitu sahaja. Yang mahu ditekankan ialah bahawa ada pasaran untuk buku terbitan Malaysia. Hanya yang perlu diatasi ialah mencari pasaran di mana buku ini boleh dijual.
Wakil Indonesia dalam forum ini tidak menolak kemungkiinan untuk mengadakan kerjasama dalam bentuk cetak semula atau adaptasi  untuk buku Malaysia di Indonesia. Sepertti katanya yang perlu dilakukan lebih awal ialah “mengenal pasti pasar, terutama pasar bagi buku-buku kemahiran praktis, pengetahuan umum dan bacaan-bacaan popular. Dan diumumkan secara rasmi dalam sidang Fokeps ini bahawa buku-buku pelajaran, agama dan yang ada kaitannya dengan al-Quran dari Malaysia tidak lagi dilarang masuk ke Indonesia.

 Hasrom Harom yang mewakili penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia punya pandangan lain ketika ditanyakan tentang masalah lalu lintas buku ke Indonesia. Menurutnya sejak sekian lama buku-buku terbitannya tidak mengalami masalah masuk ke negara jiran itu. Pernah, katanya dia membawa masuk beberapa judul buku ke Jakarta tetapi tidak ada hambatan. Tidak pula dinyatakan jumlah naskhah atau jumlah judul yang dibawa masuk. Pandangan Hasrom ini berbeza dengan pandangan mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Haji Hassan Ahmad. Datuk Hassan meragui kemampuan kerjasama penerbitan ini berjalan lancar pada peringkat awal. “Susah,” katanya, “Tapi tak tahulah. Kita lihat nanti.”
Perasmian Fokeps yang diikuti oleh sidang meja bulat pagi 15 Mac itu dihadiri para wakil dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darusasalam dan Singapura. Forum dipengurusikan oleh Ketua Pengarah DBP, Haji A. Aziz Deraman. Malaysia diwakili DBP sendiri seramai lapan orang) Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) empat orang, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dua orang dan seorang dari Institiut Terjemahan Negara Malaysia. Indonesia pula diwakili tujuh orang antaranya  oleh Drs  Arselan Harahap dari IKAPI, R. Siswadi dari Balai Pustaka dan Dr. Hassan Alwi dari Pusat Bahasa. Negara Brunei Darussslam dua orang termasuk Datuk Paduka Haji Alidin bin Hj Othman sementara Singapura diwakili oleh Prof.Madya Dr.Kamsiah Abdullah.

 A.F.Yassin, 23 Mac 2001










18 March 2012

TCM 1960S

   Tidak semena-mana teringatkan kisah kerjaya awal tahun 1960an, ketika mula bertugas di Jalan Tampoi, Johor Bahru di kilang benang milik pengusaha Jepun yang diberi nama Textile (Corporation) of Malaysia Bhd (TCM. Masih belum dilupakan bagaimana sejumlah calon dari seluruh Malaysia (saya rasa kira-kira 30 orang) terpaksa mengambil ujian bertulis dalam matapelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Foon Yew High School di Jalan Stulang Laut. Alhamdulillah daripada jumlah  yang datang mengambil ujian, saya adalah saah seorang daripada 10 orang yang lulus dan berjaya terpilih  bekerja di TCM sebagai Cadet Supervisor dengan gaji RM 250 sebulan. Video ini adalah sebahagian daripada kenangan ketika mula meniti kerjaya di luar daerah saya di Kota, negeri sembilan.

16 March 2012

NOVEL KELUARGA GERILYA: WARKAH PRAMOEDYA ANANTA TOER

Kata Pengantar terbaru novel Keluarga gerilya ysng dikirimksn Pramoedya Ananta toer kepada Ketua Pengarang Penerbit Fajar Bakti, Ahmad fadzil Yassin untuk edisi terbaru novel itu terbitan PFB pada tahun 1988. 

Warkah pengarang kawakan Indonesia, Pramoedya Ananta Toer kepada saya, 2 April 1988, tidak mungkin dapat dilupakan sampai 'kapan-kapan." Warkah ini adalah susulan daripada hubungan komunikasi antara beliau dengan Dr. Jomo berkait dengan novel Keluarga Gerilya yang hakmilik terbit telah diperoleh oleh Penerbit Fajar Bakti. Ketika itu saya ialah Pengurus Penerbitan merangkap Ketua Pengarang. Antara lain melalui warkah itu Pramoedya menyertakan "introduction" untuk edisi terakhir novelnya itu.

Kad Pengenalan (KTP) Pramoedya Ananta Toer
Tulisnya, "Saya tidak dapat mengira, apakah naskah pendek ini sesuai dengan yang Sdr. harapkan, karena memang tidak pernah ada pembicaraan sebelumnya. Di samping itu mohon dimaafkan bila mana nama Sdr. ditulis salam." Alamat warkah itu ialah Jl. Multikarya II/26, Utankayu. Jakarta Timur, Jakarta 13120,Indonesia. Saya terima warkah itu pada 7 April 1988.

09 March 2012

MASIH SAYA INGAT "BAHASA ALAM" BERPUISI ......


Penyair Maa'rof Saad (Allahyarham) memberikan pandangannya tentang Isu Bahasa di RTM pada tahun 1980 (?) di Sudut Penulis, DBP. Usman Awang (duduk kanan) dan Yahaya ISmail (tiga kanan). Turut kelihatan Salmiah Ismail  di barisan belakang.


Penyair dan mantan staf Dewan Bahasa dan Pustaka Allahyarham Maa'rof Saad, pernah menulis dalam kolum Utusan Malaysia, 13 Mac 1993 tentang saya melalui tajuk "Budaya Jepun Disiplinkan Diri". Antara lain Maa'rof menulis seperti berikut: " Dalam bidang kerjaya, dia (A.F.Yassin) mula bekerja sebagai guru sementara di Tamil Primary School, Tampin dan di Astana Raja  English School, Kota, Negeri Sembilan pada tahun 1963. Setahun kemudian berkhidmat pula sebagai Penyelia Teknik dengan Syarikat Textile Corporation  (M) Limuted Johor Bahru. Dia berkesempatan mengikuti kursus lanjutan teknikal dalam bidang tekstil di Nagoya, Jepun selama enam bulan pada tahun 1969.

Mulalah A.F.Yassin memasuki budaya kerja Jepun. Waktu kerja tidak boleh beriseng-isengan. Mesti tekun dan bijaksana menimba ilmu. Selepas kerja barulah dia terangsang melepaskan stress dengan mengunjungi temat minum dan makan di samping berhibur. Pulang ke penginapan baginya untuk tidur sahaja tanpa ada kegiatan lain.

Sekembalinya dari Jepun dia dinaikkan ke jawatan Jurulatih Teknik Tekstil. Tetapi jiwanya selalu berontak. Seorang yang berpendidikan aliran Sains tiba-tiba amat berminat dalam penulisan kreatif. Justru itu dia melamar kerja dengan Berita Harian. tidak lama kemudian berpindah pula ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pembantu Sastera, Mulalah dia menakah ke jawatan Timbalan Editor. dan bintangnya terang, sewaktu berkhidmat di DBP dia dapat melanjutkan pelajaran di Bandung.

Kini dia aktivis budaya di Penerbit Fajar Bakti. Memulakan tradisi baru dengan menerbitkan karya-karya sastera umum seperti novel, cerpen, puisi dan drama yang ditulis oleh Sasterawan Negara seperti Shahnon Ahmad, Keris Mas, A. Samad Said dan Usman Awang. Novel pertama dirintisnya ialah Tok Guru karya Shahnon Ahmad (1988). Sebelum itu dia telah mendapatkan hak izin terbit untuk menerbitkan semula Keluarga Gerilya karya Pramoedya Ananta Toer (1988). Sebagai penulis kreatif dan non-kreatif  dan di samping kerjayanya sebagai orang kanan dalam bidang pengurusan di Penerbit fajar Bakti, dia sering bertindak seperti menarik rambut dalam tepung untuk memenuhi aspirasi penulis..

Sehingga kini (13 Mac 1993), A.F.Yassin telah pun berjaya menghasilkan antologi cerpen Nyiur bertuah Nyiur Celaka (1981) dan Kuala Lumpur (1986). Ada juga cerpen-cerpenya yang diantologikan secara bersama yang berjudul Suatu Subuh Yang Bening, Dongeng Merdeka, Alun Menggulung Perlahan, Titisan Indah Di Bumi Merkah dan Angin Pulau.Tesis kesarjanaannya tentang etika kewartawanan diolah kembali dalam bentuk buku dan diterbitkan pada tahun 1986 dengan judul Etika dan Wartawan. Dalam bidang puisi, dua puisinya  "Rhine Di Satu Senja" dan "Sewaktu-Waktu" telah diantologikan secara bersama dalam sebuah buku berjudul Permtang Budi (1991). Puisi "Rhine Di Satu Senja" pernah meraih Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank.

Maa'rof Saad telah meninggalkan kami. Masih saya ingat buku puisi Bahasa Alam yang diterbitkan Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1983 telah terpilih menjadi buku teks sastera di peringkat SPM setahun setelah ia diterbitkan. Buku ini mengandungi diberi kata pangantarnya oleh Sahalan Mohd Saman dari UKM dan mengandungi karya puisi oleh 30 orang pemuisi tanah air. Judul buku mengembil sempena puisi Baharuddin Zainal (Baha Zain) yang lengkap dengan temubual khas dengan pengarangnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).