Abdullah (kanan) bersama Haji Hamdan Yatim (tengah) dan Bahari di rumah Hamdan di Taman Fajar Harapan Bongek 8 Nov. 2011 yang lalu.
SETELAH LEBIH ENAM DEKAD TINGGALKAN TANAH DATAR
Pertama kali saya dengar Bahari Abd. Rahman, suami Rosiah (kini Datuk) mempunyai abang. Saya kagum melihat foto yang dipamerkan dalam Facebook. Saling tak tumpah wajah Bahari yang saya kenal sejak bersama sebagai murid di Sekolah Tunku Besar Tampin tahun 1950an dahulu.
Itulah asal mula saya mengenali Abdullah, seorang “warih” dari suku Tanah Datar, Gadong yang mengikut ceritanya merantau ke Kuala Lumpur setelah dikatakan merajuk akibat tertekan dengan cakap-cakap kurang positif orang kampong terhadap dirinya. Beliau meninggalkan kampung setelah tamat belajar setakat Darjah VII di Sekolah Melayu Kota (terletak di Kampong Perah) sekitar tahun 1955.Dengan berbekalkan pendidikan di tahap itu dan dilengkapi asas-asas ilmu agama yang dipelajarinya di sekolah Agama Ulu Gadong (kini dinamakan Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim, Ulu Gadong), Abdullah meneruskan pelajaran secara sendiri-sendiri sehingga Berjaya memasuki Institiut Pertanian Serdang.Rumah tradisi Abdullah di Tanah Datar, Gadong
Beliau akhirnya memajukan bidang kerjayanya dalam bidang pertanian dan berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Menurutnya mana negeri yang beliau tidak memberikan khidmatnya. Beliau cukup banyak pengalaman bagaikan beliau sendiri faham asam garam sebagai seorang anak tani, lahir dan membesar di kampung. Barangkali beliau amat
memahami bahawa ayahnya mungkin
seorang penoreh getah, manakal ibunya seorang pesawah. Apatah lagi apabila beliau adalah ahli waris yang taat mengamalkan sistem adat Perpatih. Anak suku Tanah Datar ini pernah menyemenda ke suku Biduanda Gadong.
Beliau aktif dalam kerja-kerja sosial dan kemasyarakatan. Beliau tidak mengasingkan diri dalam memahami politik tanah air. Malah beliau memperkasa dirinya menjadi seorang yang pintar berkomunikasi dengan penduduk setempat, terutama di tempat beliau tinggal sekarang, iaitu di Taman Sri Rampai, Setapak Jaya. Begitu akrabnya beliau dengan anggota masyarakat setempat beliau terus dipilih menjadi pemimpin masyarakat (opinion leader) yang saya anggap amat disenangi. Beliau cepat mesra, mesra tegur sapanya malah ketawanya telah menjadi ciri khas perawakannya. Saya sendiri baru menganalinya kira-kira sebulan yang lalu tetapi kemesraan bersamanya seolah-olah saya telah mengenalinya sejak mula mengenal asam garam kehidupan. Dan ketika beliau menyebut nama saya, seolah-olah saya merasa saya seperti mempunyai seorang abang kandung yang sejak 50 tahun lalu hilang “entah ke mana.” memahami bahawa ayahnya mungkin
seorang penoreh getah, manakal ibunya seorang pesawah. Apatah lagi apabila beliau adalah ahli waris yang taat mengamalkan sistem adat Perpatih. Anak suku Tanah Datar ini pernah menyemenda ke suku Biduanda Gadong.
Latiff Rahman menunjukkan kolam ikan lele kepada Abdullah dan Bahari di Lubok China.
Pada 8 November 2011 yang lalu, saya, Abdullah dan adiknya Bahari behalal-bihalal ke kampung untuk menemui beberapa orang kampong yang telah lama tidak dikunjungi Abdullah. Maklum sejak merantau pada tahun 1955. Nama yang masih meniti di bibir Abdullah ialah Haji Hamdan Yatim, anak mantan Kadi Rembau, Haji Mohd. Yatim Haji Zainal, Abd. Latiff Rahman yang sesuku dengan Abdullah dan seorang dua yang namanya masih meniti di bibirnya. Sepanjang hari pada Selasa itu kami mengadakan kunjungan ke rumah mereka.
Di Bongek Abdullah menemui Haji Hamdan, kini bertugas sebagai Imam di Masjid Bongek, Chengkau. Kalau tak dilerai pertemuan dua kawan lama ini barangkali Abdullah ‘kena tinggal bermalam di rumah Hamdan.” Kemudian kami mengunjungi Latiff Rahman di Lubok China di Taman Berembang Jaya. Latiff sempat memperkenalkan kolam mandi mini dan Homestay Villanya. Kami dijamu dengan masakan khas “gulai lomak cilia api”. Sebelum mengunjungi ibu saya, Minah Wahab dan bekas rakan sekerja, Haji Majid dan isteri, Kak Chik, kami bertiga sempat mengunjungi replica Istana Raja Melewar di Istana Raja. Mantan teman sekerja Abdul Majid diapit Abdullah (kiri) dan Bahari di rumah Majid di Gadong, 8 Nov. 2011
Dan biasanya, Abdullah dan Bahari akan bernostalgia, malah tafakur beberapa minit di “porak” rumah ibunya di Kampong Ulu Gadong, tetapi masih dalam suku Tanah Datar. Sebuah rumah tradisi yang mungkin telah berusia satu abad masih utuh. Binaan dan struktur rumah masih kukuh.Rumah yang terletak betul-betul di belakang Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim Ulu Gadong. Ketika di rumah Minah Wahab, perbualan berlangsung hamper satu jam. Abdullah banyak bercerita tentang kisah beliau masih kanak-kanak dan beliau dianggap nakal. Abdullah dan Bahari dijamu dengan lemang dan rending kerana kebetulan sudah masuk waktu minum petang. Sebelum meninggalkan kampong Abdullah menguji ingatan teman sekerjanya, Majid yang tinggal sejiran dengan rumah ibu saya, Minah.
Ternyata Majid tidak mengenali Abdullah sehingga Majid mendengar ketawanya. “Dollah ni. Apa buat kat sini?” dan walaupun perbualan ringkas tapi mereka saling berpelukan dan bercerita kisah lama ketika bertugas di Kuala Lumpur. “kita akan jumpa lagi, Insya Allah,” kata Abdullah. Dan dari Majid Abdullah dapat tahu bahawa Majid suami isteri baru sahaja “pulang kampong” beberapa tahun kebelekangan ini.Begitulah perjalanan Abdullah dengan ditemani adiknya Bahari dan saya menelusuri sepanjang jalan kenangan sehari suntuk hanya untuk menemui dua tiga orang rakan lamanya yang tidak pernah ditemuinya sejak tahun 1955. Seorang budak kampong yang merajuk hati yang akhirnya menjadi seorang yang dianggap popular di kalangan komunitinya di tempat barunya di Kuala Lumpur.
Itulah Haji Abdullah Abd. Rahman, yang kini bertugas sebagai Pengerusi masjid Taman Sri Rampai, Setapak Jaya. Namun beliau tetap sederhana dalam penampilan, cepat mesra dan mudah beragul. Beliau turut memiliki blognya sendiri yang beliau namakan Cahaya Andang http://www.cahayaandang.blogspot.com