06 March 2014

SEJARAH ADAT PERPATIH LUHAK REMBAU-JOHOL: DIALOG TIGA PEMINAT ADAT


DIALOG TIGA PEMINAT SEJARAH ADAT PERPATIH – REMBAU-JOHOL

YTM Dato' Haji Mohd. Jan, Dato' Undang Johol dan isteri


Undang Rembau pertama moyang waris Biduanda Lela Maharaja dan Biduanda Sedia Raja masing-masing mempunyai empat carak (suku) sebelah ibu. Ziarah pusara Undang Rembau pertama yg terletak di Jalan Chengkau Ulu. 4Mac 2014. Kami - Norzali Ibrahim dan A.F. Yassin prihatin kerana pusara undang Rembau pertama terabai.Top of Form

Ghazali Yasin: 1. Menarik sungguh kisah sejarah pengasas Undang Luak Rembau yang AFY paparkan ini. Mengikut papan kenyataan di atas, Undang Luak Rembau yang pertama disandang oleh Dato’ Lela Maharaja Dato’ Seri Rama bin Tok Lela Balang dan baginda memerintah pada tahun 1540 hingga 1555. Sedangkan Undang Luak Johol pula mengikut catatan Wilkinson, Hurvey dan A. Samad Idris (rujukan: Cikgu Hj. Ab. Manas Itam seorang Tokoh Adat Perpatih di Johol) pusaka Undang Luak Johol diasaskan pada tahun 1723 dan Dato’ Undang yang pertama ialah seorang perempuan bernama Puteri Kunun (juga dikenali sebagai Nenek Kerbau dan Sitiawan).

2. Menurut penceritaan yang diberitahu oleh Haji Yunus (seorang lagi tokoh Adat Perpatih di Johol) kepada saya - Puteri Kunun bersama ayahandanya, Dato’ Bendahara Sekudai dan 
3 orang kekandanya yang bernama Johan, Pahlawan dan Lela Perkasa serta beberapa orang juak baginda telah dipelawa oleh Dato’ Batin Pak Joho (bukan Dato’ Batin Balang seperti yang pernah saya ceritakan dalam fb sedikit masa dahulu) datang ke Padang Pak Senai (satu kawasan di Johol) apabila negeri yang diterokai ayahanda baginda di Pasir Besar selama 8 tahun menjadi huru-hara dan ramai hulubalang yang mati berbunuhan sesama sendiri akibat gangguan jin yang menyerupai seorang perempuan yang amat cantik hingga menjadi rebutan orang lelaki di Pasir Besar (kononnya). Sebelum itu, Dato’ Bendahara Sekudai bersama 4 orang anak baginda serta beberapa juak istana telah melarikan diri dari Johor ke Pasir Besar di Negeri Sembilan oleh kerana Sultan Johor ketika itu telah mati terbunuh dek diserang oleh hulubalang-hulubalang pengikut Sultan Johor yang memerintah sekarang ini.

Dato' Senara Suku Mungkal, Johol, Haji Mohd Din Bin Mohd. Noh dan isteri.

4. Apabila keadaan huruhara di Pasir Besar itu diketahui oleh Dato Batin Pak Joho menurut firasatnya maka beliau bersama pengikutnya turun mengikut air sungai ke hilir hingga sampai ke Pasir Besar untuk menyelamatkan Dato’ Bendahara Sekudai yang dalam kesusahan. Dato’ Batin Pak Joho pun mengadap dan mempelawa Dato’ Bendahara Sekudai dan 4 orang anak baginda serta juak-juak istana yang tinggal untuk menyelamatkan diri ke Padang Pak Senai. Setelah berunding bersama keempat orang anak baginda maka Dato’ Bendahara Sekudai pun bersetuju mengikut Dato’ Batin Pak Joho dan pengukutnya mudik ke hulu sungai.

5. Setelah lama berdayung maka sampailah rombongan di Kuala Sungai Koghoh. Kemudian mereka mudik lagi hingga sampai Kuala Melekai lalu naik ke darat. Dato’ Bendahara dan rombongannya dibawa pergi ke rumah Dato’ Batin Pak Joho di Tanjung Beringin.

6.. Selepas itu Tok Batin Pak Joho pun memanggil Orang Asli membuat sebuah istana untuk menempatkan Dato’ Bendahara Sekudai serta juak-juaknya. Selang beberapa hari siaplah istana dan bersemayamlah Dato’ Bendahara Sekudai di situ. Dato’ Batin Pak Joho dan anak buahnya mengawal di Kuala Mudik dari kemungkinan serangan musuh.


Ghazali Yasin bersama isteri

7. Selepas keadaan agak teratur maka Tok Batin Pak Joho, yang merupakan adik paling bongsu, pun memerintahkan anak-anak buahnya pergi menjemput abang-abang beliau iaitu Tok Batin Sungai Ujung (yang sulung), Tok Batin Rembau (abang kedua) dan Tok Batin Jelebu (abang yang ketiga) datang untuk mempelawa mereka datang ke Tanjung Beringin untuk mengadap dengan Dato’ Bendahara Sekudai.

8. Apabila ketiga Dato’ Batin itu sampai di Tanjung Beringin maka berkumpullah empat beradik itu dan mereka pun berunding. Tok Batin Pak Joho berceritalah kepada ketiga abang beliau tentang nasib yang menimpa Dato’ Bendahara Sekudai serta keluarga bendahara di Pasir Besar dan kewajaran Dato’ Batin Pak Joho mempelawa Dato’ Bendahara Sekudai datang ke Tanjung Beringin.

9. Setelah perundingan dibuat maka keempat-empat Dato’ Batin itu pun bersetuju menerima dan membantu Dato’ Bendahara Sekudai dan keluarga serta juak-juaknya memulakan penghidupan baru dan membuka negeri baru.

10. Sebelum menyerahkan kawasan maka dilantiklah keempat orang anak Dato’ Bendahara Sekudai (3 lelaki dan 1 perempuan) sebagai pemerintah. Yang sulung bernama Johan dipelawa oleh Tok Batin Sungai Ujung untuk membuka negeri di tempat beliau (Sungai Ujung). Yang kedua bernama Pahlawan dipelawa oleh Dato’ Batin Rembau untuk mengikutnya membuka negeri di Rembau. Yang ketiga bernama Lela Perkasa mengikut Tok Batin Jelebu membuka negeri di situ. Manakala yang bungsu, Puteri Kunun dicadangkan memerintah di Johol di bawah nasihat ayah baginda sendiri iaitu, Dato’ Bendahara Sekudai. Baginda diberi gelaran Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan (menggabungkan nama keempat adik beradik baginda).
11. Dalam perundingan pembahagian kawasan pemerintahan itu Dato’ Batin Pak Joho mencadangkan supaya kawasan tanah lopan dan payo (di Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol) diserahkan kepada anak-anak Dato’ Bendahara Sekudai. Manakala tanah gaung guntung, bukit bukau, pematang yang panjang diperintah oleh Dato’-Dato’ Batin. Cadangan itu dipersetujui oleh abang-abang beliau.

12. Itulah pengkisahan asal usul pusaka Undang Luak Johol dan lain-lain luak (Sungai Ujung, Rembau dan Jelebu) yang diceritakan oleh 2 orang tokoh adat di Johol.
11. Yang menjadi persoalan ialah: dari sumber papan kenyataan menunjukkan bahawa Pengasas Undang Luak Rembau yang Pertama memerintah Rembau dari tahun 1540 hingga 1555 jauh sangat beza tarikh pengasasan pusaka Undang Luak Johol yang petama iaitu pada tahun 1723 sepertimana yang dikutip dari rekod (penulisan) Wilkinson, Hurvey dan A. Samad Idris. [Nota: sehingga kini saya belum sempat menyemak rekod yang dituliskan oleh ahli-ahli sejarah berkenaan]. Mungkin kerja-kerja pengkajian tentang pengasasan pusaka keempat buah (luak) di Negeri Sembilan ini akan lebih menarik lagi! Saya juga berpendapat pengakajian tentang catatan sejarah Kesultanan Negeri Johor perlu dikaji oleh kerana pengasasan pusaka undang luar Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol berkait dengan kejatuhan Sultan Johor yang terdahulu. Wallahualam!

Ghazali Yasin:  Jikalah betul keturunan Dato' Bendahara Sekudai dari Johor yang mengasaskan pusaka Undang Luak di empat buah negeri (Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol) berrmakna ia bukanlah datang dari daerah Minangkabau? Ia sepatutnya dari Negeri Johor! Menurut keyakinan saya hanya Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau!


Makam Almarhum Dato' Seri Rama Bin Dato' Lela Balang, Undang Rembau yang pertama  dan isteri Siti Hawa. bte. Dato' Laut Dalam.

Ahmad Fadzil Yassin:  Sayo memang totarik dgn kisah undang ini. Ada persamaan dengan nama Sultsn Johor dan tokoh yang bernama Skudai. Parr snd Mackray menyebut Bendagara Skudai yang anaknya berkahwin dgn Dato' Lela Balang. Tapi nama Bendahara itu dipertikaikan Norhalim Ibrahim penyusun buku Negeri Yang Sembilan. Menurutnya Nama Skudai itu bukan Bendahara Johor tapi nama Tok Batin yang menetap di Kg. Lada Chengkau. kalau betullah Bendahara Skudai dan bukan Tok Batin Skudai maka ada persamaan dalam sejarah Melayu yang menyebut Bendahara Skudai diberi kuasa oleh Sultan untuk menjaga kepentingan wilayah di ulu Melaka. Termasuk dalam wilayah Ulu Melaka adalah Rembau sehingga Sungai Ujong. Ada juga disebut nama Dato' Rembau dan kemungkinan Dato' Rembau ini ketua yg menjaga kawasan Rembau di bawah Bendahara.

Ghazali Yasin: Lagi banyak ese baco dan dengar cerita dari tokoh-tokoh adat lagi saya keliru. Yang pasti kita perlu banyak lagi buat kajian perbandingan untuk menghasilkan sesuatu yang dianggap sejarah yang hampir-hampir sohih. Seelok-eloknya peneraju Adat Perpatih patut anjurkan satu seminar adat supaya perbincangan dapat dibuat hasil daripada beberapa kertas-kertas kerja tokoh akademik Adat Perpatiih yang tersohor serta penceritaan daripada tokoh-tokoh adat yang tersohor. Orang macam kita ini boleh menawarkan diri sebagai rapporteur. Wallahualam!

Ahmad Fadzil Yassin: GY dah banyak seminar diadakan tapi topughok dalam laci jo. Buek seminar cumo mahukan elaun jo. Lopeh tu titik.

Ghazali Yasin:  Ese difahamkan Adat Perpatih dan Sejarah Noghoghi Sembilan ini sudah banyak cacat celanya. Oghang yang berhak tidak diberikan kuasa dan yang tidak berhak telah berkuasa (peranan Vit M). Yang jadi peneraju adat sekarang ini (di beberapa peringkat) tidak berminat nak berseminar atau untuk menyorot sejarah atau salasilah adat kita atau keturunan kita sobab mereka takut kok kecatatan itu jatuh ke atas diri mereka sendiri. Mereka was-was tentang kedudukan mereka sebenarnya. Itu pendapat peribadi se lah. Walaubagaimana pun, untuk mencari kebenaran orang yang ada prinsip dan tidak ada kekepentingan perlu meneruskan kajian secara bersedirian atau dalam kumpulan kecil.


 Dato' Andika Pendeta Norzali Ibrahim di Makam Dato' Seri Rama, Undang Remau pertama. Makan terletak di Jalan Chengkau Ulu.

Ahmd Fadzil Yassin: GY. Oghang yang tau ttg adat perpatih Ghombau ni ghamai tompi yang tau fakta berdasarkan bukti empirikal dan pensejarahan terlalu sikit. Ado yang berhujah berdasarkan logijlka politik dan kepentingan pribadi. Selagi ini tak ditangani usah mimpilah nak perbetul sistem?

Ghazali Ysin: Iyo bang. Yang coghodik pandai (termasuk yang dah masuk menara gading) pun masih terikut-ikut budaya Tok Selampit yang membawa coghito penglipur lara - dari satu tompek ko satu tompek - di sini isi coghito eh kurang sikit - kek tompek lain tambah kuah lai. Poi satu tompek lai berubah pulak coghito eh!
Ese difahamkan ada sebuah coretan yang ditulis dalam tulisan jawi lamo yang tersimpan oleh Tn. Hj. Yunus (pangkat Pak Sodagho kek OG se) yang kini sudah berumur lebih 80 tahun. Menurut cerito eh ia ditulis oleh pangkat moyang kek dio dulu. Moyang dio hidup di zaman Dato' Undang Luak Johol yang ke-6 Dato’ Abu Bakar Gobah - juga dikenali Tok Buncit (1820-1840) – dari suku Biduanda Waris Johol.Selepas itu zaman Dato' Seeto (Tok Eto), undang yang ke-7 dan meninggal semasa pemerintahan Undang ke-8 - Dato' Wan Omar (dari Suku Biduanda Gemencheh). Sekarang ini dio cuba nak merumikan transkrip itu. Jadi kisah sejarah mengenai pengasas pusaka Undang Luak Johol adalah rujukan daripada coretan moyang Tok Yunus ini. Ese difahamkan sudah ado yang kuyak dan dimakan lipeh. Ese akan cuba ambik gamba atau fotostat setakat mano yang boleh.

Ahmad Fadzil Yassin: Begitu jugak dengan buku Rembau Sejarah adat dan Perlembagaannya dalam tulisan Jawi. Buku ini boleh dirumikan tompi sapo nak tanggung kosnya. Ghamai yang boduit baik di Johol maupun di Ghombau. Tompi nak nyumbang jawikan tak ado sapo.

Ghazali Yasin: Memang begitulah keadaannya bang. Ese baghu membuat kajian awal di peringkat pengutipan fakta melalui temubual dengan beberapa tokoh adat dan membuat rujukan kepada beberapa buku Adat Perpatih pun sudah ada yang menegur - buek apo kau buang maso, sapo nak terbit, siapo nak boli. "Kau ingat ...... tu setuju ke dengan apa yang engkau tulis nanti", dan kurang sangat yang memberi peransang. Ese fikir ini mungkin juga satu sifat oghang kito yang suko monyimpan bondo-bondo lamo (antik) bawah katil, ateh poghan, dalam kui, dalam setor dsbnya. Lama kelamaan barang antik itu rosak atau pocah. Walaubagaimana pun, kalau tak ada yang sanggup menerbitkan nanti ese cuba struktur baik-baik dan postkan dalam blog sajalah. Nikmat yang mungkin akan saya perolehi nanti bukannya WANG RINGGIT tetapi dapat mengenali SEJARAH KETURUNAN SAYA DAN MASYARAKAT MELAYU DI JOHOL INI KHUSUSNYA. Insya'Allah!
 


Ahmad Fadzil Yassin: Ginilah GY. Kito buek apo yang mampu dan sanggup. Siapkan manuskrip eh. Kalau tak ado kos toghobitkan masuk dalam blog dulu sobab blog pon boleh diekses worldwide. Malah boleh masukkan sebagai entri dalam Wikipedia.

Ghazali Yasin:  Ese cubo lakukan dengan cagho kojo santai-santai. Untuk mengisi maso yang terluang. Kek kampung ini nak motong pun tak todayo lai bang oi. Mokasih!

Ahmad Fadzil Yassin: GY ok sobab ado pencen. Sayo tak boleh gitu kono motong kalau tak soru. Maklum tak ado pencen. Nampak eh kono poie motong haghi-haghi. Tosusup-sasap motong.




Lokasi makam Almarhum Dato' Seri Rama Lela Maharaja di Chengkau Ulu.

Komen:
Dato’ Andika Ainul Hasni: Monyandang pusako bogola sumo orhang ondak topi bilo sobut monjalankan adat istiadat ghamai yang ngolabah malah ado yang tak tau langsong tak ghoti nak monjalankan adat ado yang tak kona kodim bosa bopak apo poranan sotiap orang tu malah poranan dio sobagai lombago pun tak tau sopatut ee sotiap yang bogola pusako mosti buleh mombori ponorangan kopado ahli masyarakat kopado anak anak sokolah borani mombori corhamah umum bokaitan dongan adat diharap manao mano ponyandang pusako tu eloklah bolajar dan ambik tau sumo aspek kohidupan sodio bodopan bilo dipangge untok mombori corhamah...Top of Form

Adat Perpatih: Siapo yang lobih pandai dari dio pasti akan dipancung..oleh yang demikian lebih baik diam dari bersuargho....tak fikir hukum ALLAH jika perkara yang diamanahkan tidak dijalankan dgn betul...hukum dunio lepas dan hukum akhirat bolom tontu lae....ALLAHUAKBAR.


12 comments:

  1. Jika apa yang dituis dalam sejarah itu benar alangkah bangganya saya apabila mengetahui bahawa Kg. Gadong khususya dan Rembau amnya telah wujud lebih 600 tahun dulu. Moyang saya dari seberang pulak tu dan menyemenda dengan komuniti setempat. Lebih membanggakan apabila sejarah menjelaskan ada keturunan Bendahara Sekudai dan Tun Rembau dari Johor terlibat dalam politik Rembau. Syabas yang membuat kajian ini dan syabas juga kepada mat saleh yang menulis sejarah ini berdsarkan daripada perspektif mereka.

    ReplyDelete
  2. I wonder why the NS government hesitates taking any positive actions to restore the tombstone founder of The The Luhak Undang Rembau when it is located just a few meters fro the main Seremban-Tampin Road at Chengkau Ulu. MB, please be rational because the tombstone is a national treasure which can spur national pride as well as becoming one of the tourist attractions, local and foreign. You MB was a businessman yourselfand you know the tombstone could be converted into Tourist-Ringgit. Follow the Malaccan way of promoting tourism with its 1000 museum agenda.

    ReplyDelete
  3. Abang AFyassin,

    Saya juga bangga kerana Abang mencatatkan pusara itu terletak di ' Chengkau Ulu'. Selama ini penulis sejarah dan adat cuma sekadar mencatatkan ' Chengkau ' sahaja.

    Ada lagi sebuah pusara undang di Kg. Chengkau Ulu. Kalau ada masa singgah dan ziarahlah.

    ReplyDelete
  4. saya ni takde kepentingan atau kaitan sejarah dgn rembau-johol atau sistem adat perpateh bernasab ibu ni..pendek cerite..saya orang luar..tapi saya ada minat mendalam terhadap sistem adat dan sejarah melayu di negeri sembilan..sepanjang kajian sy sebagai peminat adat memang btollah kata En. Ghazali Yasin yg sistem adat sejarahnya negeri sembilan sudah byk cacat celanya..adat ni adalh suatu kebijakan tempatan..lokalgenius..seharusnya banda berkaitan sejarah memantau atau melakukan kajian intensif mencari semua dokumen lama dlm tulisan jawi tu..pelihara utk tatapan anak cucu di masa dtg...sy yg org luar ni pun berminat nak ambil tahu...harap2x kita belum terlambat..jgn sampai hilang lagi khazanah tempatan.

    ReplyDelete
  5. di rumah pusaka saya kampung melekai johol ada 1 kubur besar yang menempatkan 3 individu.dato bendahara skudai,puteri sitiawan dan suriani

    boleh buat kajian di kg melekai berkenaan kubur yang dh terbiar lama ni?

    ReplyDelete
  6. Ada kemungkinan Megat Seri Rama yg membunuh Sultan Mahmud telah lari pulang ke kampunh halamannya di Relong, Rembau. Beliau kemudianya telah diangkat menjadi Undang Rembau yg Pertama. Perlantikan itu telah diperkenankan oleh Bendahara Jalil yg menjadi Sultan Johor selepas Sultan Mahmud...maka dari situ lah timbulnya istilah beraja di Johor...

    ReplyDelete
  7. Bendahara Jalil sememangnya sayang kpd Panglima Bentan itu...jika Sultan Jalil tidak kenal rapat dgn Seri Rama manakan mungkin Sultan Jalil boleh memperkenankan beliau sebagai Undang Rembau yg juga bertaraf raja...

    ReplyDelete
  8. Ada kemungkinan Megat Seri Rama yg membunuh Sultan Mahmud telah lari pulang ke kampunh halamannya di Relong, Rembau. Beliau kemudianya telah diangkat menjadi Undang Rembau yg Pertama. Perlantikan itu telah diperkenankan oleh Bendahara Jalil yg menjadi Sultan Johor selepas Sultan Mahmud...maka dari situ lah timbulnya istilah beraja di Johor...

    ReplyDelete
  9. Ada kemungkinan Megat Seri Rama yg membunuh Sultan Mahmud telah lari pulang ke kampunh halamannya di Relong, Rembau. Beliau kemudianya telah diangkat menjadi Undang Rembau yg Pertama. Perlantikan itu telah diperkenankan oleh Bendahara Jalil yg menjadi Sultan Johor selepas Sultan Mahmud...maka dari situ lah timbulnya istilah beraja di Johor...

    ReplyDelete
  10. Ada kemungkinan Megat Seri Rama yg membunuh Sultan Mahmud telah lari pulang ke kampunh halamannya di Relong, Rembau. Beliau kemudianya telah diangkat menjadi Undang Rembau yg Pertama. Perlantikan itu telah diperkenankan oleh Bendahara Jalil yg menjadi Sultan Johor selepas Sultan Mahmud...maka dari situ lah timbulnya istilah beraja di Johor...

    ReplyDelete
  11. Assalam.
    Saya Abdul Rahman, cucunda lelaki bongsu Al-Marhum Undang Ipap, Undang Rembau ke-19. Ayah saya adalah Hj. Abd Razak Bin Undang Ipap. Saya tiada kepentingan dan tiada suku. Tetapi saya sudah 7tahun buat research tentang asal keturunan kita. Saya kecewa kerana hingga ke hari ini, Dato’ Sekudai Rembau moyang kita tak dapat disahihkan siapa identiti sebenarnya. Pada pandangan saya, kesahihan identitinya bercanggah dengan timeline terombo terombo dari 3 luak yg lain. Ramai blogger yg menegaskan bahawa Dato Sekudai adalah seorang Batin Sekudai atau bahasa lainnya adalah orang jakun@ketua orang asli. Saya redha dan bangga walau siapa pun asal muasal atau identiti sebenar Dato Sekudai moyang kita tu walaupun baginda adalah orang asli. Tetapi, jauh di lubuk hati saya, saya yakin dan percaya, Allah akan melantik seorang raja melayu islam dari keturunan yg lebih baik. Maka dengan itu, saya percaya bahawa identiti sebenar Dato Sekudai itu adalah Tun Zainal, anakanda Bendahara Tun Perak. Masalahnya, kita tiada catatan yg boleh menyahihkan firasat saya. Seperti negeri negeri lain, kesemua Raja Melayu adalah berketurunan samada dari Rasullah atau Raja Besar Iskandar Dzulkarnain. Maka firasat saya mengatakan bahawa jika Dato Sekudai Rembau moyang kita adalah identitinya ialah Tun Zainal, maka keluarga Undang Rembau samada yg waris biduanda mahupun yg sudah tak bersuku seperti saya adalah keturunan Raja Besar Iskandar Dzulkarnain, kerana Atuk Tun Perak adalah pakcik kepada Raja Melaka pertama, Parameswara dan parameswara adalah keturunan Raja Besar Iskandar Dzulkarnain. Maka sempurna lah leluhur Raja Raja Melayu di Malaysia yg mana berketurunan samada Iskandar Dzulkarnain dan Rasullullah.
    Saya tiada kepentingan, tetapi bagi pendapat saya, mengenali asal moyang kita adalah penting bagi menguatkan jati diri kita sebagai anak cucu keturunan Raja yg memerintah.
    Apabila jati diri sudah kuat, sifat sayang pada luak dan negeri akan menebal dan lebih menjaga diri dan perlakuan demi menjaga nama baik moyang kita.
    Apa yg saya perhatikan, bila kesahihan asal usul goyah, rakyat pandang remeh pada institusi Undang. Malah, anak cucu, waris dan kerabat Undang sendiri pun ramai yg memandang remeh tentang kedaulatan institusi Undang kita. Sebab itulah juga walaupun penuh dgn sejarah yg gemilang, tetapi tak dapat dijadikan pusat sejarah dan pelancongan di Rembau dan 3 luak lain, seperti yg dilakukan di Melaka.
    Saya amat berminat utk kita bersama kaji lebih dalam tentang asal usul kita. Saya kerap balik kampung kerana sedang usahakan tanah peninggalan almarhum atuk saya. Jika diberi kesempatan utk kita sama sama berbincang, bolehlah contact saya di 014-232 8385. Saya amat sayang pada institusi Undang Empat . Saya sanggup beri tenaga dan nyawa saya demi penambahbaikan dan pengkajian yg lebih mendalam dan tepat. Maafkan saya andai saya ada tersilap bahasa dan kata.
    Wassalam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).