01 July 2012

PENA DAN GAPENA: MASIH ADAKAH JALINAN RASA?

Friday, 16 May 2008


ANTARA PENA DAN GAPENA: MASIH ADAKAH JALINAN RASA?


Pimpinan PENA dari kiri Dato' Baha Zain, Dato' Ahmad Sebi dan A. Ghani Abdullah (Setiausaha Agung).


Bekas Pengeusi PENA, Dato' Prof. Firdaus Abdullah (kiri) dan Setiausaha Kerja GAPENA, Sdr. Aziz Ali berbincang sesuatu di PERSADA Johor Bahru, 4 Mei 2008.

CATATAN AFYASSIN
Melihat kerjasama antara Pena dengan Gapena

Sutong Umar RS dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan Ahad lalu bertanya khabar kepada Gapena dan Istana Budaya. Tanya khabar Sutong itu ada makna, kata seorang ahli Pena seumur hidup yang ditemui secara kebetulan Selasa lalu di Kuala Lumpur. Sutong mahu tahu tentang perkembangan kegiatan di kedu-dua badan seni itu. Konon ceritanya Gapena mahu terbitkan hasil ratib puisi yang diadakan beberapa tahun dulu. Janji Gapena sebuah buku hasil deklamasi malam itu akan diterbitkan. Nyatanya sehingga hari ini sepi tanpa berita. Menurut Sutong, Zainal Abidin Borhan, salah seorang tenaga utama Gapena salahkan penulis sendiri kerana tidak hantar manuskrip.

Tentang kegiatan di Istana Budaya pula, bangunan indah itu hanya menunggu manusia seni untuk menyewanya. Pihak pengurusan Istana Budaya tidak lagi membuat pementasan. Barangkali memang sudah itu tujuan Istana Budaya dibangunkan, iaitu untuk disewakan seperti halnya Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC). Maka jadilah Istana Budaya salah sebuah dewan yang menunggu penyewaan dari luar.

Bagus juga Sutong bertanya. Dan sememang pun tugas Sutong, sebagai seorang penggiat seni (minatnya kini bergiat dalam seni arca) bertanya begitu. Paling-paling ia mengingatkan pihak-pihak yang telah membuat janji untuk memenuhi janji. Atau Sutong sekadar mahu memancing dan membuat provokasi. Namun, walau apa motif Sutong bertanya begitu, baik Gapena mahupun Istana Budaya, mungkin perlu akur betapa sukarnya mengisi “janji” yang kalau tidak akan tinggal hanya jamji.

Seperti kata ahli Pena seumur hidup itu, “Kalau mahu jadi penerbit, walau hanya sebuah buku puisi, Gapena hendaklah bekerja dan berfikir sebagai penerbit. Tahulah perangai penulis yang biasanya liat mengirim apa sahaja, waima karyanya untuk diterbitkan. Kecualilah yang dikirimkan itu membawa banyak duit. Kita akui sajalah. Sekarang bukan musim penulis sekadar mahu melihat hasil karyanya dibukukan secara gratis. Mesti ada ekornya.”

Menurutnya lagi, sepatutnya Gapena dapatkan manuskrip bukan sekadar menunggu manuskrip datang. Kalau “duk tunggu saja sampai kiamatlah nampaknya.” Nada suara dan gerak tangannya menunujukkan dia tidak senang dengan cara bekerja Gapena. Apabila disebut Pena pun semacam dua kali lima juga, tidak ada buku yang diterbitkan sedangkan ia mempunya Akademi Penulis satu ketika, dia membesarkan matanya sambil berkata, “Kita ada kegiatan setiap bulan. Acara baca puisi.” Maksudnya, kegiatan bulanan baca puisi pada Jumaat malam minggu pertana setiap bulan dan juga acara di beberapa buah negeri.

Kalau hanya acara baca puisi, itu tidak menunjukkan kegiatan yang membangun minda intelek. Dalam bilik air pun orang boleh baca puisi. Sendiri-sendiri lagi. Saya cuba pancing reaksinya. Jawabnya, “Itulah you. Dahlah tak pernah datang beri sokongan, ini you nak cuba naikkan darah penyair. Aku pun naik bengang dibuatnya.”

Apabila saya kata saya hanya bercanda, dia terus menekan, “Ada masanya kita boleh bergurau, tetapi dalam hal kegiatan seni puisi tidak ada apa yang patut diguraukan. Saya cadangkan you datanglah sesekali melihat bagaimana acara itu diadakan. Kalau hanya mengkritik tapi tak pernah datang ke majlis itu kurang adil, malah tidak adil langsung.”

Apapun jua, ahli Pena itu semakin musykil dengan kelewatan usahasama Gapena dan Pena menganjurkan Kongres Kebudayaan yang dicadangkan dalam mesyuarat Agung Pena akhir tahun 2004 yang lalu. Khabarnya Gapena sedang rancak membuat program Kongres untuk penulis-penulis muda. Tidak ada pula berita tentang perkembangan terbaru mengenai penganjuran Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Atau penganjurannya telah disub-kontrak kepada badan lain.

Cadangan menganjurkan kongres ini timbul apabila seorang penulis berpengaruh menulis dalam media mencadangkan supaya semua karya sastera dalam bahasa selain bahasa Melayu turut diiktiraf sebagai karya sastera Malaysia. Gapena nampaknya kurang senang dengan cadangan ini . Malah beberapa penulis melihat tulisan ini tidak lebih daripada hanya pandangan peribadi. Suara-suara keras membangkang canangan penulis itu bergema dalam satu pertemuan di Kuantan tidak lama selepas itu.

Di mana silapnya sehingga sekarang kongres berkenaan tidak dapat dianjurkan. Atau Gapena sedang merancang dalam senyap dan sedang berjalan lancar. Tanpa perlu diheboh-hebohkan. Barangkali pula ada kegiatan yang lebih mendesak yang perlu dianjurkan terlebih dahulu. Misalnya, baru-baru ini Gapena mengadakan majlis “Satu Penulis Satu Buku” sempena mengutip derma untuk mangsa tsunami di Aceh.

Ramai juga di kalangan penulis yang tertanya-tanya tentang perkembangan kongres. Salah satu yang paling sering ditanya ialah, bolehkah Pena bekerjasama dengan Gapena, terutama menganjurkan kongres besar seperti ini? Atau Pena hanya bertugas menyerahkan cadangannya itu kepada Gapena. Setelah itu tugasnya selesai.

Khabarnya, ketika pertemuan diadakan dengan kerabat kerja Gapena untuk membincangkan perkara kongres, Pena tidak sepenuhnya diwakili orang-orang kuatnya. Presiden Pena tidak hadir. Tidak pasti sama ada rakan sekerja Zainal Borhan dari Pena turut hadir atau tidak.

Kata ahli Pena itu lagi, “Saya ingat bila dah mula nak buat rancangan bersama ini kedua-dua pihak sudah boleh melupakan pengalaman pahit masa lalu. Nampaknya habuk pun tak ada. Minta-minta adalah pihak yang sedang bekerja keras menjayakan Kongres. Saya yakin kongres ini boleh meneruskan agenda orang Melayu.”

Bersemangat juga rupanya dia. Apabila ditanya mengapa tidak ikut terlibat dalam kegiatan Pena atau Gapena, jawabnya merendah diri, “Kita ini siapalah! Jadi ahli pun hanya sekadar jadi ahli. You bayangkan, saya ahli seumur hidup, bila sampai kepada mesyuarat agung jarang saya dipanggil. Tapi tak kisahlah. Kalau ada jemputan pun saya belum tentu dating.”

Demikianlah, pertanyaan Sutong melalui kolum “Rentak Kalam”nya itu seolah-oleh mengingatkan kaum penulis tentang kegiatan yang dianjurkan kedua-dua badan penulis berkenaan. Pertanyaan Sutong, bekas setiausaha agung Pena itu turut membawa implikasi bahawa setakat perkembangan hari ini hubungan Pena dan Gapena bagaikan masih terus berada dalam suasana “masam-masam manis” jua.

Dan di pihak Gapena pula kalau nak jadi penerbit, dicadangkan hayatilah tugas dan tanggungjawab sebagai penerbit, terutama dalam urusan mendapatkan manuskrip. Kata ahli Pena itu lagi, “Dulu ada seorang tokoh penulis dari utara berjaya juga dia menerbitkan buku bagi pihak Gapena, tetapi dengar cerita tokoh ini sudah tidak ngam lagi dengan kerabat kerja Gapena yang ada sekarang.” Attention: Sdr Rashid Ahmad, Pengarang Utusan Melayu Mingguan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROFIL

My photo
Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).