30 August 2017

OMPONG, KAKI BANGKU, PEMBONGOK DAN SEMBANG BUAL ALUMNI TBS TAMPIN


Zahriman Alias kanan bersama Car Lim Aboo
di Bandar Tasik Puteri Rawang ketika menerima naskah SKDTBS

Presiden TBSST Zahriman Alias ketika di majlis
Pelancaran buku SKDTBS di TBS Tampin


Namanya disebut dalam dialog ini. Hattar Othman


Ghazali Yasin


Semua peserta dialog Ompong hadir dalam gambar ini
kecuali Allahyarham Nasaruddin Abu Bakar




MD ARIF Ab Samad: Cikgu Abu Aman ni rupenye kenal/masih
ingat akan arwah abang saya Hamdan Abd Samad. Saya
hanyA mampu mendoakan kesejahteraan ke atas roh dia
dan juga arwah abang saya, amin!

Zahriman Alias: Hensem lagi cikgu se ni.

Ghazali Yasin: Yo, abang kito ni memang hensem dan pandai pulak
tu. Diolah anak Johol yang potamo dapek Gred 1 (dulu ada dua – 1
SC dan 1 sijil lagi FMC). Kalau poi ghumah abang kito ni dulu dio tak
ado kojo lain – baco buku yo. Dio ni tak tau compogho, lastik bughong
pun tak pandai doh!

Zahriman Alias: Dah kalau tak ghoti compogho, lastik burung tu,
kito kek kampung pangge an ompong yo ... sori cikgu, tosalah pangge,
ado ko senior dipangge ompong ... hehehe!

Abu Aman Bachik: Pombongak beboto Dak Zali ni. Adokoh ese
dikobaannyo tak tau compogho dan lastik burung. Buek sangkak to-
kotek pun se tau.

Zahriman Alias: Konon eh dio nak jek cikgu tu ... dikobakannyolah
cikgu ni kuek maco buku yo ... apo dah salah koba, bunyi macam
cikgu ni budak ompong yo pulak ... hahaha!

Abu Aman Bachik: Adolah ese dikobaannyo kuek maco buku.
Ese maco buku 10 tahun tak habih sobuah. Kok se rajin maco buku
maghin mang se kelulusan Ph.D. Tak do jadi cikgu cabuk do. Zali, Zali,
nak Jekyll buek apo ngabihan bogheh yo! Mang ompong pun Iman.

Zahriman Alias: Se pulak kaki bangku ... sojak dari sekolah dulu
tak ghoti main bola ... nengok bola pun tak suko ... sampailah nijam.

Ghazali Yasin: Lazimnyo tin ponoh macam Bang Abu ni tak ngaku
dio handa doh! Ese taulah maso kocik-kocik dulu ese moncokah kek
Air Mawang tu yo – asyik main dam, compongho kek Jeram, lastik
burung dengan kawan-kawan. Ese tak ponah jumpo Bang Abu kek sungai,
kek padang main bola pun tak ado. Kalau poi ghumah Bang Abu,
dio sambil monyarap pun bulih maco buku. Kok tak cayo tanyo akak
ese. Tontang tak sampai peringkat Ph.D tu bukan sobab tak pandai
tapi tumpuan kek keluarga yang menghalangnya. Ghamai kawan yang
bangang dari den pun ada Ph.D (dio handa dalam bidang dio yo – kaji
biji tembikai hebat!, yang lain mungkin lobih bangang dari kito!)

Ahmad Fadzil Yassin: Sobot tontang coghito bangang dan kaki
bangku ini toingat ese maso kek SMC1 kek sokolah TBS dulu (waktu
itu namo eh Government Primary School Tampin). Ese kono main
bola, buek potama kali lak tu. Ese konon eh jaga bek, tompi solamo
sotongah jam main, ese koliling padang ngoja bola, mano nak jago kawasan
bek, tongah, sampai bolaghi ko hujung gol. Lopeh sotongah jam
jadi hongeh, tokoneneng ponek, kadang-kadang sampai tosadai topi
padang. Abih yo main masuk polawanan koduo namo ese tak dimasukkan
laie dalam tim. Apo komen guru ese lopeh itu. Ghajin amekamek
kete. Boleh rehatlah sampai bilo-bilo. Sampai nijam ese dah
rehat dan pencen main bola. Itu tahun 1955 laie. Joghan ese tengok
bola ini. Memang jaghang amek-amek. Baik ese maco buku atau surat
khabar lamo.

Ghazali Yasin: Salam Bang AFY! Lazim eh, dari pemerhatian ese
sojak dari sokolah dulu orang yang desk legs (takut ese nak nyobut
dalam bahasa Malaysia!) ni adalah orang yang ulek buku, yang coghodik
bona-bona. Bilo dio sepak bola tu dobush yo! Lopeh main kaki eh
bongkak-bongkek. Agak eh abang-abang, kawan-kawan dan adik-adik
yang outstanding in life tu biaso eh jonih nilah deh. Jaghang bona Profesor,
Dr. Drs atau lain-lain title ni yang hebat dalam sukan – mungkin
soghang duo macam Prof. Khoo Kay Kim dan Dr. M. Jegathesan.
Nampak eh AFY ni samo yo deh macam spesies ni!

Zahriman Alias: Sudahlah kau Li, usah nak bodeklah. Ese memang
kan pandai pun. Cumo acah acah yo.

Abu Aman Bachik: Yo koh tu Iman. Tak tau den tu doh. Oh, itulah
sobab eh jadi speter pun, speter 13 Mei yo. Ingat den Iman mestilah
hebat bersukan eh mako layak jadi speter. Man ompong pun. Acah yo lobeh.

Ghazali Yasin: Bang Abu dan Bang AFY, maso sekolah dulu kita
junior suko perhati ‘dahan’ yang ateh (senior). Kito suko ambik tau
tentang diri tokoh-tokoh pelajar seperti School Captain, Vice-School
Captain dan prefect kito serta rakan-rakan yang outstanding dalam
bidang akademik. Kito pun banggo mendekati jaguh-jaguh sukan
sekolah. Pendek kato pelajar-pelajar dalam duo kategori ini ibarat
ikan-ikan dalam akuarium – ramai peminat yang sontiaso memerhati!
Jadi, ese potahankan apo yang ese cakap – katolah sikit – ‘mokasih
Li!’!

Ahmad Fadzil Yassin: GY, sobona eh ese ini duo-duo tak pandai
pon. Main bola macam padang tu ese yang punyo soghang, tak
ikut aturan lalu ‘dipencenkan’ lopeh sokali main maso kek SMC 2 tahun
1956. Walaupun School Vice-Captain pada tahun 1962 tompi sukan-
sukan lain langsung tak ponugheh. Masih ese ingat waktu Sports
Day tahun 1962, ese Sulaiman House Captain. Biaso eh kapten dapek
hadiah tompi ese uceh tak ado satu pun hadiah yang ese toghimo, Jadi
kojo ese bawak kawad bondero jolah. Dalam akademik pun ese hampir
lonco, nasib baik dapek Gred 3. Itu sobab eh ese kojo kek Kilang
Bonang kek Tampoi, Johor Bahru, lopeh abih School Certificate tahun
1962. Jadi, tak ado pandai eh ese doh, maco pulak maleh nabona. Tak
sangko pulak ado junior macam GY ini mandang ateh bona kek ese
dan AAB. Memanglah kito ada donga ado yang suko kek kito boduo,
baik lolaki mahupun pompuan. Tompi tak tahu sapo. Itulah bilo GY
sobot yang junior mandang ko senior itu bosa pulak ghaso hati ese.
Sobona eh kito ini ompong jo. Tak tahulah AAB. Bak kato oghang sokaghang
ogah jo yang lobih.

Ghazali Yasin: Ese terpaksa respons kepada AFY sebab ese tidak
mahu dia meraso terlalu rendah diri. Sepatutnya kedudukan AFY perlu
diletakkan di persada yang tinggi, bersama dengan beberapa tokoh
bekas pelajar TBS lain yang nama mereka begitu terkenal di peringkat
nasional. Sebagai pemimpin pelajar (Vice School Captain 1962)
kedudukan AFY ibarat sebatang pohon yang tinggi, boleh dilihat dari
mana-mana posisi, sudah semestinya menjadi tumpuan ramai, terutama
daripada kalangan pelajar Melayu kontemporari ketika itu. Begitu
juga AAB. Bagi ese, AAB dan AFY, duo tokoh cemerlang produk
dari TBS dalam era 60-an. Walaupun sudah meninggalkan alma-mater
begitu lama, namun nama abang bodua ini cukup mudah diingati
oleh bekas pelajar seangkatan (termasuk 4, 5 tahun yang lebih junior).
AAB, anak Melayu potamo dari Johol memperolehi Gred 1 dan satusatunya
anak Johol yang pernah dilantik sebagai School Captain (lepas
itu tidak ada lai). AAB, anak Johol pertama dipilih mengikuti latihan
perguruan di sebuah kolej elit di Brinsford Lodge, England. Selepas
itu AAB menjadi guru, berjaya menghasilkan ramai murid cemerlang.
Bukan AAB tidak mampu meneruskan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi (sehingga Ph.D) tetapi sebagaimana yang umum mengetahui
bahawa AAB menghadapi pelbagai constraints dalam hidupnya.
Manakala AFY pula, memang ramai yang tahu bahawa dia tenggelam
selepas menamatkan Form V, tetapi mengejutkan ramai kawan
dengan kemunculan beliau beberapa tahun selepas itu dengan nama
yang lebih gah sebagai penyumbang penulisan kesusasteraan bermutu,
boleh kita letakkan sebaris dengan kelompok sasterawan terbilang
tanah air. AFY juga begitu berjaya dalam kerjayanya di Penerbit Fajar
Bakti. Saya mahu tegaskan secara jujurnya bahawa saya bukan mahu
mengampu, tetapi respect sepatutnya diberikan kepada duo tokoh pemimpin
pelajar Melayu era 60-an ini. Kita faham, AAB dan AFY rasa
segan untuk mengakui kecemerlangan diri sendiri. Sesungguhnya
mereka berdua adalah permata nilam TBS. Tahniah!

Zahriman Alias: GY ekau pun handa ... caro penulisan kau ni
pun menunjukkan otak kau sangat bernas. Den pasti kalau kau coret
konangan-konangan lamo kau maso sekolah dulu dan kau uboh
kek column TBSST ni, kan sodap kito sumo maco. Den raso orang
macam kau nilah yang kito tunggu-tunggu selamo ni untuk menulis
cerito-cerito lamo seperti yang diharap-harapkan oleh AFY ... cubolah
warigh ... bueklah ... doghehlah ... bilo kau dah mulokan satu-satu
kisah tu nanti mako ghamailah kawan lain yang akan tompang sekaki
dan menyampuk-nyampuk ... inilah kemesraan yang kito cari-cari
dalam TBSST. Esei beraso sangat gembiro dan terujo bilo budak GY
ni, at last bukak akaun FB dan join TBSST. Sojak dio masuk ni TBSST
dah mulo bersinar balik ... .kok tak tu makin ari makin malap yo. Syabasss

Ghazali Yasin ... keep up the good work. Jom kito ceriokan balik
TBSST dan TAMPANG ni.

Nasa Abu Bakar: Yang den faham GY ni maso sekolah dulu memang
pelawak orangnyo ... ramai yang suko kat dio sebab lawaknyo tu
dan secara tak langsung ramai kawannyo ... dan satu lai dio ado kakak
yang cun, Sharifah namonyo yang kahwin dengan Hamzah Head
Prefect TBS. Den pun dah tak ponah jumpo Sharifah ni ... dulu maso
sekolah ado juga minat sikit-sikit kat dio tapi ketiko itu den hanya
prefect biaso ajo dah tentu Hamzah jadi pilihan dio sebab Headboy
katokan ... hehehe. Itu cerito lamo den bukak siki-sikit kisah lamolamo
percintaan den. GY tahu cite den ni ... the last I met him was at
USM Penang semasa graduation of my Ericsson students kat sano.
Den kono poi graduation tu mewakili Ericsson Malaysia. That was the
last time I heard of him until few days ago he called me ... seronoknya
bercakap dengan dio. Manolah dio dapek no HP den tu. GY, kau suruh kakak kau atau ajar dio buka
akaun FB dapek kami semua cite-cite kisah lamo-lamo sebagai mengenang
cite-cite maso di TBS.

Ahmad Fadzil Yassin: Mokasih GY, puji sangat tu hinggo moleleh
lak air mato ese tontang citer ese maso kek TBS dulu. Soghang duo itu
adolah ese donga tompi tak adolah sohebat GY ini. Kadang-kadang tofikir
pulak macam tak pocayo bona ghaso eh. Namun, yolah mungkin
GY, sobagai budak junior kek TBS ado mompunyai porasaan bogitu.
Jadi, ese ini ambik benefit of a doubt jolah. Sobona eh bilo tahu result
School Cetificate ese hampir sononggeng dan pulak dalam sukan ado
yang perli ese sambil kato house captain apo ini, tak dapek trofi apo
pun ese ghaso lomah tulang-tulang ese, mahu ghaso eh nak monangih
waktu itu. Jobo eh bukanlah main-main. GY tahu bilo ese mulo kojo
kek kilang bonang tu air mato moleleh abih sobab kojo ese ngutip
skru, paku dan nyapu lantai. Lamo ese kojo macam tu, ghupo-ghupo
eh oghang Jopon ini macam tu kojo eh kek Jopon sanun.
Kato dio nak bojayo dalam kojayo kono bolaja dari bawah, misti
tahu cagho nyapu sampah, tahu cagho mogang ponyapu, tahu cagho
kutip paku dan skru. Bilo masuk kojo pakaian ese boghosih, abih kojo
pukul limo potang, baju ese koto bominyak, kono minyak grease, rambut
ese momutih, bukan koghano uban tompi diliputi dobu kapeh.
Ado yang kato rambut ese ini hitam pada pagi dan putih maso potang.
Kaghang ini bilo mikir tontang pongalaman ese tu sosokali air mato
koluar gak. Mokasihlah pujian yang GY boghi an itu. Tokodu, tosodu
dan tohaghu.

Abu Aman Bachik: Ese baru balik dari cabut tunggo gigi. Oh mak
ai sakit eh. Tapi bilo maco Zali muji kito melangit-langit ni AFY nak yo
nyawab eh. Dahlah puji orang melangit-langit, lopeh mintak ucapan
timo kasih lak tu. Beboto buek malu oghang Mawang Johol yo kaulah
Li. Dah puji dahlah. Nak minta timo kaseh moh pulak. Nampak bebona
tak ikhlas eh oghang Johol ni. AFY, kato tak dapek aktip duo tiga
hari ini. Ese tengok ado jo! Lon stat lai koh?

Ahmad Fadzil Yassin: Lon mulo lailah AAB. Ado jo hal eh. Dah
mulo boboghapo haghi lalu nak nyiapkan tugas PAPTI, grup alumni
bokeh polajar Malaysia di Indonesia itu. Dio oghang minta ese nulih
limo bab. Riset dah ado nak nulih eh bukan kopalang maleh eh. Bilo
nak mulo ado yo hal pulak. Kali ini dah duo kali poi sopita Solayang
nengok sopupu isteri ese di wad. Sopupu isteri ese, Wahab ayah pado
ponyanyi Waheeda sakit bongkak hati, dah sotongah hati eh tak leh
pakai laie. Kato doktor ado kotumbuhan pulak tu. Ese tengok dio sodih
boto. Hibo ese nengok eh.

Abu Aman Bachik: Doalah bebanyak. Dan zikirlah bebanyak. Itu
yolah sumbangan yang boleh kito boghi AFY. Mudah-mudahan Allah
ringankan penderitaannya. Insya-Allah!

Ahmad Fadzil Yassin: Sopupu ese itu dinasihatkan buek kimoterapi
kek ghumah. Lopeh duo minggu doktor akan cek somulo dan
tengoklah lak apo yang patut dibuek. Mudah-mudahan akan ado kosan
eh. Insya-Allah!

Ghazali Yasin: Maaf, baru balik konduri. Konduri kek kampung
ni, pagi kono poi tolong siang daging, dijamu minam dengan kuihmuih
tradisional, tomasuklah pulut samba tumih. Lopeh tu kito samo
tolong masak. Yang tak pogang sonduk dan pongacau tu duduklah
bobughak tak ikut agenda sehinggalah time makan. Dah lopeh pengantin
datang tu baghulah molek kito balik ghumah. Kalau orang
yang pemikiran kreatif, tomasuklah yang sentiaso nak maco apo yang
dapek yo kojo eh poi konduri di kampung ni membosankan – tambah
pulak cuti sekolah ni – tiap minggu ado yo yang buek konduri (kawin,
akikah, masuk jawi, doa selamat dan arwah). Yang tak sodap eh tu,
anak-anak sumo duduk jauh (Seremban, Kolumpo dan lain-lain tompek)
tompi nak buek konduri sumo balik kampung! Omak ayah eh tak
ado masalah. Kadang-kadang anak monantu eh tak taulah deh nak nogo kito doh.
Apo nak buek an – ini budayo budak mudo sokarang. Mano silap eh
tu? Masa kito dulu yang mudo sapo yang tuo dari kito. Nijam kok kito
tak nogo hai buek tak kona yo deh. Tapi ado yo soghang duo yang
macam kito dulu. Lopeh ni ese nak poi Tampin kek Giant pulak –
banyak baghang dapo yang tak ada. Insya’Allah, malam ni ese cubo
jawab komen ZA, AAB dan AFY – lopeh donga baco kitab kek surau.
Wassalam! ZA, kau jangan nak jobot-jobot an ese pulak. Tibotibo
sogham sojok ghaso bodan. Ese tak ghoti nak tulih macam orang
sastera. Bahaso ese bahaso NGO – ringkas dan kogheh sikit. Nantilah
bilo ado kolapangan ese cubo buek coghito lawak sikit. Ese cumo mintak mokasih yo Bang Abu. Biaso eh kalau tulis biografi tokoh-tokoh terkenal si penulis tu dibayar honorarium
yang tinggi! Oh, AFY muncul lai koh? Dio bolon mulo buek
kojo lai? Enjin eh bolon paneh? Oghang yang dalam kumpulan creative
writing ni biaso eh kalau nak tulih artikel atau buek kojo boghekboghek
dio kono poi hybermate dulu. Macam boghuang, ompek, limo
bulan menghilang, tibo-tibo koluar dari dent bawak anak. Orang sastera
pun macam tu. Kalau nak ajak bolanjo minam teh tarik inilah
maso yang sesuai – kok tak telefon pun tak boghangkek!

Zahriman Alias: Haaaa ... camtu laaa ... kito bukan nak bahaso
sastera, kito nak bahaso orang pangka....

Abu Aman Bachik: Jobot apo pulak eh. Mang adik se ni hebat
oghang eh. Belajar eh poi Amerika. Kan dokek-dokek. Nun sebalik dunio
nu tompek bolajar eh. Poh, ingat koman-koman koh adik se ni?
Dio mang banyak cito-cito jenaka eh ni. Maso dio duduk Penang ghin
cemacam pengalaman eh tu. Nijam dio dah pencen ni nyak ilmu eh tu.
Cito oghang Rohingya yo bokopok-kopok tu. Ngan memain an adik se
ni teh kau eh. Hebat oghang eh tu! Yo, botolah tu Iman. Bahaso sastera
bia an orang sasteralah kan. Kito bahaso orang pangka ni lai kick kan?
Dio lon poi ngoram lai doh Li. Nunggu maso eh yo tu. Yolah bumin tak
mintak pulak. GY, oghang nak ucap an timo kasih orang taulah. Cam
alley cat tu hah ... mosehhhhhhh teh.

Ghazali Yasin: AFY, bagi pendapat ese duo pengalaman: 1) kisah
AFY ponah tokolucheh, dan (2) pengalaman bokojo ikut budayo Jepon
– sobona eh adalah satu rahmat Allah dan juga faktor ponyobab
yang telah mengubah the journey of your life. Dari situ AFY telah bojayo
menggerakkan kekuatan dalaman dan bangun berjuang untuk
mentransformasikan AFY menjadi A.F Yassin. Maso ese kojo dengan
sebuah NGO dulu bos ese Ahmad Azam Ab. Rahman (mantan Pre-
siden ABIM) ponah menogo ese bilo ese bobal sobab sobuah institusi
zakat tak bagi respons positif tentang permohonan dana pendidikan
untuk masyarakat pelarian Rohingya yang mano ese ditugaskan untuk
menyelaraskannya. Bos itu sobakan ese dan ambik buku catatan usrahnya dan bagitau
“sebenarnya kita semua tidak tahu tentang perancangan Allah –
dalam surah al-Baqarah 216 Allah berfirman yang maksudnya: Boleh
jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh
jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),
Allah juga Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya” Tak lamo dari itu kito dapek borito baik dari
sebuah badan amal. Bagi diri ese AFY, maso sokolah dulu pun punah.
Lopeh Form V kojo di USM sebagai jurutaip dan ponah diposondo
oleh seorang steno semaso diintroduce kepada staf “Oh, male typist
ah, I think you better wear a skirt to office tomorrowlah!” sambil kotawo.
Maso tu bodonging tolingo. Apo bulih buek, nasib badan, toghimo
yolah. Nak lawan kito baghu kojo dan tak boghapo yakin nak jawab
dalam bahaso oghang putih kotiko itu. Nak coghito panjang bona,
nanti kisah tokoluchir ni ese akan bisikkan kek AFY bilo ada poluang
jumpo nanti. Sungguhpun kojayaan ese biaso-biaso yo, ese bosyukur.
Alhamdulillah, ado 5 oghang anak (semuo pompuan) – yang sulung
moningga waktu kocik. Cucu 7 (3 lelaki dan 4 lompuan).
Kato-kato pujian Bang Abu tu bolon cukup kuek nak buek an ese
melompek-lompek kogiangan doh! Kok nak dongar coghito Penang
datanglah ko kampung se. Suruh Man bawak. Bawak orang sastera
A.F Yassin sokali.

 Ahmad Fadzil Yassin: GY, ZA dan AAB, bahaso pangka apo ini,
kalau maco dari mulo sampai abih komen GY ini bahaso yang digunoan
mongalahkan bahaso oghang bahaso dan sastera. Memang ese kono
tabik spring pado GY. Toingat ese komen yang dibuek oleh boghapo
oghang komentar dalam posting Alumni TBSST yang dulu itu. Komen
daripada Mikuman, Kich Noor, Sympathizer dan Faithfully Yours somuo
eh superb bahasa eh, walaupun dalam bahasa Inggeris. Kaghang
nampak eh kito dah ado GY yang lihai berbahaso. Sonang boto ese, maco eh pun soghonok. Dan boghisi. GY patut eh dah boleh mulo nulih pongalaman hidup eh dari TBS sampai ko la ini.
Ini mungkin akan diikuti pulak oleh Hattar yang dah hampir sonyap
kaghang, mungkin tongah hibernate kot. Dan bolon lupo AAB dongan
sumbangan terbaghu eh. Takkan abih kek situ jo. Jugak Nasa Abu Bakar
bilo laie nak buek citer baghu, pasal niago pun tak apo. Ese makin
ghiang bilo maco posting. Tahan ese tingga an dulu assignment yang
bolon mulo ini. Sobonar eh dah mulo tompi boghonti kojap bilo ada
masalah domi masalah timbul. Tigo masalah datang soghontak, adik ese yang moningga, biras ese
yang kek wad dah mulo boghansor sihat dari barah usus dan prostat
dan kaghang sopupu isteri ese masuk kolua sopital. Soghang Sopita
Soghomban (arwah adik saya), soghang Sopita Serdang (biras ese)
dan soghang laie Sopita Solayang. Ado soghang laie anak buah isteri
ese, masuk Sopita Prince Court jugak keluar masuk. Inilah deh masalah
yang sodang ese hadapi sokaghang. Lopeh satu, satu. Namun
ese peganglah surah yang ditulis GY di ateh sobagai podoman. Somuo
eh ado hikmah.

Zahriman Alias: Kau siap an rondang itik, nanti kito datang.
Ghazali Yasin: Bulih. Kok nak banyak den gulai tolo itik gaul
pucuk ubi atau bolimbing buluh. Hai bosiut nanti. Tapi AFY tak jenis
pomakan oghang eh. Dio bopantang bona! Zahriman Alias: Takdo deh bopantang bona doh ... kok sekalisekali takpo ... buek ubek.

Ghazali Yasin: Donga choghito oghang ghumah eh kawal
makanan dio. Tak apolah untuk AFY ese buekkan gulai ikan haruan.
Ghazali Yasin: Mokasih AFY. Memang sodap bilo oghang Nogoghi
dapek bobughak – cagho siber pun sodap. Yang sobona eh, kek
kampung ni oghang kampung laie pandai bobahaso, pandai mencolah
dan buek lawak tak kogheng gusi. Ese ni mulo bolajar kek dio oghang.
Bilo dapek associatekan dighi dongan A.F Yasin, AAB dan ZA (kita
harap ramai yang lain masuk lubuk sokali) ese ingat bulih stimulate
minda dan minat kito nak menulis. Insya-Allah akan saya ikhtiarkan untuk tulis pengalaman indah se-
maso di TBS dulu. Nijam ese tobayang-bayang AFY suko jalan dongan
sapo, ABB ingin nak makan ikan tengalan, tompi guno pancing buluh
yo. Si ZA pulak – dio ni budak lughus bondo – mano nak dapek. Ese
ado yo coghito tapi tak bulih bagitau – burung di tangan terbang melayang.
Hah hai TBS. Aku masih ingat padamu!

Zahriman Alias: Dah mulo ... dah mulo ... boleh bonalah tuuu.

Ahmad Fadzil Yassin: Ese tak ado bopantang bona doh, bak kata ZA,
sosokali ese sontal gak. Apo jo masuk macam ikan sobaghau dalam
tongair. AAB dan ZA, amacam member kito ini dah start pogang
stereng. Dari gayo mukadimah GY ini kito konolah bosodio monoghimo
apo sajo. Ese pulak makin toghujo bilo GY sobot ‘tobayang-bayang
AFY suko jalan dongan sapo’. Makin saspen ese dibuek eh. Ghaso eh
ese ini macam ZA gak waktu di TBS luruih bondo, kok ado bondo yang
bengkok pun kek sipi-sipi jo. Tompi ok jugaklah, sobab ese tak ponah
tau apo oghang kato maso sokolah dulu. Nak donga jugak apo yang
junior perhatikan.

Ghazali Yasin: AFY – Anggaplah itu rahsia! Boleh dibuko toghombo
maso datang rumah ese nanti! Lazim eh bilo solalu jalan bodua tu
kok tak kito yang togaso si dio pulak yang bodotik! Nampak eh nijam
yang dokek koka sobolah AFY dah lain yo dah. Itu yang tak boghapo
boghani nak cakap tu. Hah hai!

Zahriman Alias: AFY, ese lailah ompong. Ese double desk leg.
Maso sekolah maghin satu Sukan pun tak main. Nasib baiklah belajar
buleh tahan sikit. Tu pun kan pandai bebona pun. Sikit sikit aje. Tompi
yang buek an seronok bebona tu dah tetuo ni baru tahu ado lak tino
syok kek kito. Kok joman maghin kan bedongung! Hai nasib badan!

Abu Aman Bachik: Li tulih lam komen ni lai bes. Tak yah tunggu
poi kampung doh. Tak soba bona nak nonga eh. Holak kail buluh he
patah koh atau ikan tongalan eh tak nyontoh umpan eh. Padan muko
eh kan. Anak orang kere nak membedek anak orang gomen. To kulatkulat
cam cocak baham kapo. AFY, post an lah komen-komen kek ateh
tu. Se ado cito baru lon siap lai. Sojak buah hati kito tarik diri kurang-
lah ummpph eh. Insya-Allah, akan se sudah an yo tu. nantilah. Kini,
i-Pad ni tongah boghobot mo cucu. Cuti sekolah ni!

Ghazali Yasin: AAB, tak apolah. Balik dari kobun kang ese coghito
sikit. Nak poi bogosih an akar-akar pokok gotah dongan mem sokojap.
Bye!

Ahmad Fadzil Yassin: AAB, ingat eselah, citer GY ini ado konomongono
dongan apo yang ese fikir dongan apo yang U fikir agak eh.
Sobab cagho GY cakap tu macam ‘kok tak kito yang toghaso si dio pulak
yang bogotik!’ Ese pon tak soba nak nonga citer GY tu. Yolah GY,
tak yahlah nunggu kito oghang ko ghumah U, tak tahu bilo joman eh.
Ese sotuju dongan AAB supayo GY citer yolah. Timo kasih tak ado apo
salah eh doh. Sobab ese pon nak bandingkan citer U tu dongan apa
yang ese dan AAB fikirkan. Dan mungkin ado banyak laie citer lain
yang junior lobih banyak tahu daghi kito oghang senior. Dah tuo-tuo
ini kito dah banyak gentlemen, tak ado nak sentimen-sentimen doh,
tomasok apo yang AAB sobot di ateh macam ‘anak orang kere nak
membedek anak orang gomen. Tokulat-kulat!’ AAB, ese ado info baghu dari kengkawan. Buah hati Faithfully Yours yang taghik diri tak nak komen laie tu ado anak limo duo pompuan.
Ese ingat memang dio mintak anak pompuan eh yang nolong dio.

Abu Aman Bachik: Iyo koh, tak malu deh cito kek anak eh doh
kan. Tompi ese ngoba an dio sendiri yang nulih eh tu. Tak do anak
pompuan eh doh. Ah, dio yo tu. Tompi Kok iyo pun gasak diolah kan.
Kosa sikit dio dah boikot kito abih. Gak eh maco-maco yo deh gak eh
kan. Tingga lai dio bisu komen yo. Botuah punyo oghang tuo. Maghin
dio yang ngonyam-ngonyam nyampuk eh kan. Tongah seksodap
dio lak bogonti. Ni sumo sympathyser lah nyo advise ni. Hari tu kek
ghumah SS hubby eh kan main nogo seh lai doh. Siap kona an diri eh
mo. cam dio tau yo si SA kito bini eh. Koh se yo peghasan! Ontahlah
AFY. Cito kito si ompong beduo nie! Nai, bebaik ngan tercangkur lak kaki tu nanti. Ha langsung tak dapek cito nanti.

Ahmad Fadzil Yassin: AAB, sukar kito nak toko. Takut AAB yang
poghasan jo sobab biaso eh dio tu di mana pon jumpo memang copek
mosgho. Tompi donga khoba copek baghan pulak. Nantilah kalau kito
ado poluang ko Gadong nanti ko Batang Nyamor ghumah akak Mohammad
Ibrahim Februari nanti ese cadangkan kito poi samo-samo
dongan ZA sokali. Nanti lopeh reuni kek Batang Nyamor tu bulihlah
singgah kek kodai sopupu ese itu makan kuih godobung dan kito
lalu dopan ghumah SA yang dah jadi hutan tu. Dokek yo ghumah eh
lobeh kughang suku km jo dari ghumah omak ese. Jugak dokek ngan
ghumah SS. Komudian kalau nak poi ghumah U kek Air Mawang, boleh
gak dan singgah ghumah GY sokali.

Abu Aman Bachik: Iyo, boto kete kau eh AFY. Nak orang kere,
mano nompan mo anak oghang gomen. Lawa bedongung lak tu. AFY,
untung untung GY cito pasal si SA kito kan. Ngang gak sikit nonga eh
kan. Lamo beboto lak dio tak nyongok-nyongok kito kan? Pai boto ati
eh!

Ahmad Fadzil Yassin: AAB, jangan ghisaulah tu, sokoghehkogheh
ati eh macam koghak nasi yo, lamo-lamo togondam nanti lombutlah
dio. Tunggu jolah. Kaghang ini mungkin dio holiday kot, anak
eh bawak main-main kek luar nogoghi ko, dalam nogoghi ko atau ado
masalah koluargo, maklumlah koadaan dio bogitu. Kono soba jolah.
Ese yakin dio yang dah bodongung nulis panjang lebar boghi komen
satu haghi nanti tangan eh gata balik nak buek komen. Biaan dululah.
Nasa Abu Bakar: GY, kau suruh kakak kau atau ajar dio buka
akaun FB dapek kami semua cite-cite kisah lamo-lamo sebagai mengenang
cite-cite TBS.

Zahriman Alias: Nasa Abu Bakar boleh bukak gambar gathering
kito di rumah Salleh Simon, ado gambar Saripah cun.
Abu Aman Bachik: Dio kan nikah mo school captainlah NASA.
Silap kau tu. yang den tahu SC joman dio tu ialah KR. Iyo Nasa bukaklah
gambar kek ghumah Saleh haghiitu. ZA ado ambik gambar Sipah.
Bosa. Tengoklah, lopeh gak ghindu U kek dio!

Abu Aman Bachik: Yolah AFY tongah sobolah ni. Kengkadang
togohingin yo nak maco komen eh. Nang bak kete kau, bahaso eh elok
bobona kan! Cam orang pas tetinggi yo gayo eh kan. Hebat yo deh.
Sunggoh pun senonggeng T3. Iyolah sensorang tu adolah kelobehan
eh kan AFY.

Ahmad Fadzil Yassin: Ese ingat botolah yang edit komen dio itu
anak pompuan eh yang tuo yang pas universiti, mungkin luar noghori.
Itu sobab bahaso Inggeris eh boghabuk. Bilo U sobot namo eh tu toingat
pulak ese satu potang dio datang ko ghumah ese di Gadong bawak
sughat dan lopeh tu moncanak dio laghi pulang. Tak cakap sopatah
pon dongan ese. Mulo eh ese heran apo sobab dio torus lari. Barulah
komudian ese faham. Bilo ingat kisah tu dan toingat pulak citer U tu
dah jadi citer kartun pulak, citer oghang mudo bilo jadi selebriti. Tak
sangko toboto.

Nasa Abu Bakar: Entahlah den dah lupo kOt. Bukan rindu cumo
mengenang cite lamo sajo. Sapo KR tu.

Ahmad Fadzil Yassin: KR ini kan Khalid Rahman, School Captain
TBS tahun 1963, kalau ese tak silaplah. Ese hafal tu, tahun 1961 School
Captain AAB, tahun 1962, Param dan ese Vice-School Captain jo dan
tahun 1963 Khalid Rahman. Kalau tak boto AAB boleh boto an.

Ghazali Yasin: Semaso Form 1 & Form 2 dulu, seronok eh ketika
recess. Bilo loceng bunyi, cikgu koluar kelas, ese menyelondek copekcopek,
bolaghi sokuek hati nak boli wade dan masalodih (kuih lubang
tongah macam donat) kek satu mamak India bawa basikal kek tuck
shop. Bawak duit 20 sen. Boli kuih tu togaleh yo poghut. Sosokali bila
dapek duit lobeh, contoh eh abang ipar balik bocuti boghi duit, apo lai
kito bojooh makan sakanlah. Pilihan ese – mihun sup campo tahu ikan
tenggiri somangkok. Sungguhpun ‘sodagho’ Mr. Yap yang buek maso tu ese lapon yolah,
nek moyang sodap! Kalau ado lobih duit lai boli air lamnet sarsi keluaran
Long Chan. Kok tak ado duit, lopeh makan kuih poi togok air
paip. Hongeh, sonak poghut, tak pulak sakit poghut doh. Kalau ado
maso lai poi pulak bolakang sokolah caghik buah conoghai dan beweh
– untuk vit C! Dah makan tu biaso eh ese dan kawan-kawan yang saiz
kocik-kocik macam ese jalan mundar-mandir ke dopan ko belakang
sekolah. Maso tu setiap gerak-geri kawan-kawan, terutamo eh senior
kito cukup seronok poghati (yang junior ni bolon goti apo lai – macam
anak ayam baghu noteh!) Masing-masing mato tu liar yo momoghati
oghang sodang bojalan, abang-akak sedang bosembang, gelak ketawa
– suasano macam ayam dalam ghoban. Budak pompuan pakai skirt, ado yang toghangkek punggung dan tobonjol dado walaupun maso tu masih anak dagho sunti lai – itulah
yang sodap mato momandang. Kok ado senior yang bojalan (kata budak
nijam bocoupling) anak mato kito nak meta ko situ yo deh. Kito yang
kocik ni nompang giang tak tontu sobab! Maso tu couple yang paling
harmoni, nampak cukup sodap mato momandang adalah pasangan
AFY-Berita Harian. Dio oghang prefect dan bojalan boduo-duaan tu
taklah nampak kolanggaan doh. Tapi dalam hati eh sapo yang tau
kan. Mungkin dogupan jantung eh macam air cerek sodang mondidih!
Ontah apo sobab eh kito suko tengok cagho dio bojalan samo-samo
– langkah dan lenggang samo macam askar bolatih kawat.
Bilo tengok si teruna kacak dan si dara yang manja dan lawa itu berdua-
duaan umpama burung enggang terbang sekawan di awan mako
tak tokolit-kolitlah mato kito momandang. Kadang-kadang sampai
tobalik anak mato. Sambil jalan sambil sembang, kadang-kadang togolak-
golak tokikik-kikik. Yang syok tengok eh maso sang bungo buek
gesture tamparan ‘sayang’ kek longan. ‘Ah, U nih’, agak eh! Maso tu
syok ese tibo-tibo toghaso macam tengok filem Hindustan – hero dan
heroin sodang menyanyi dokek taman, boguling-guling sama! Semaso
balik sekolah pun kami suko tengok dia orang. Kalau tak silap AFYBerita
Harian naik bas samo kot. Mungkin lopeh AFY-Berita Harian
tamat sekolah dari TBS kito pun tak tau banyaklah tentang babak indah
itu – bosambung koh atau tidak. Beberapo tahun lopeh tu ese tocampak
kojo kek USM. Ese mati-matian ingat yang abang-kakak kito
ni toghuih bosamo tompi donga cogito eh hujan tak sampai ko potang.
Ontah mano silap eh kito pun tak tau. Tompi yang diganti, ikut raut
muko eh tu, pun hebat yo maso dulu-dulu agak eh. Kan bang kan? Walau
bagaimanapun, ese fikir lamo yo moleleh air lior Bang oi! Setakat
tu cukuplah AFY. Untuk AAB tunggu dulu, ese nak solat dan baghing
kojap. Wassalam!

Abu Aman Bachik: AFY pun salah yo. Time Hamzah School
Captain eh Akim Yim, time oghang ghumah den form five, 1964.
Hamzah batch oghang ghumah den. Bebotolah AFY, sumo eh dah
menjauh an kito. Tinggalah kito terkonteng konteng kan. Sib baik GY
soroto. Adolah seri eh sikit. Yang lain sumo nyo dah ninggaan kito
AFY. Padan muko kito! AFY, hebat beboto lak bahaso adik kito GY
Ni kan poumpamaan eh kono boto pilihan eh yolah yo anak cikgu yo.
Takkan buang bako deh do kan. Bak kato Iman sepatah eh bahaso GY
nie mang menceriokanlah. Syabaslah adik se. Torus an lah kehebatan
anda tu. Ese terkikik-kikik nahan golak. Botuah boto budak namo GY
ni kan! Syabaslah adik se!

Ahmad Fadzil Yassin: Itulah memang handa junior kito yang
soghang ini. Ayat eh tosusun tak bocolaghu. Line of thinking very clear
dan satu-satu kolua souleh-souleh. Bobakat mek-amek. Kalau buek
novel memang lanca citer eh. Jalan citer junior ini boto-boto tosusun,
tak payah laie nak kono edit doh. Ese baco pun tokekek-kekek kotawo
bilo sampai ko tompek yang monggolikan hati. Sayang mek-amek ado
yang macam air bahaso Inggeris eh dah monyopi pulak. Kan bagus
kalau ado duo junior yang bagus, soghang dalam BM dan soghang laie
dalam BI. Baghulah ummmph Tampang ni. Ese mulo eh tak poghasan
kata pombayang eh Berita Harian tu, tompi tak boghapo saat bodotik
dalam hati ese lalu tobayang apo bondo eh Berita Harian, lalu ese kotawo
bosa. Memang bokias abih junior kito ini. Tahniahlah, kaghang
ini ese nunggu geleran citer untuk AAB lak. Yang cito ini ese tak ingat nabona doh. Ghaso eh camno lak jadi gitu yo, sobab ese dongan Berita Harian itu ado kono-mongono dari satu
koluargo, walaupun soghang insan dan soghan laie surat kobar. Yang
ese tahu Berita Harian dokek dan solalu balik naik bas dongan kakak
ZA, Bedah. Ese satu kolas dongan akak Berita Harian yang namo
eh Akhbar Harian. Cumo yang ese tahu bilo ese nikah kek Johor tahun
1967 ko 1966 bogitu Berita Harian ado datang moraikan. Maso
itu agak eh Berita Harian ada pejabat kek Johor Bahru. Ghamai gak
yang datang tomasuk Mikuman, kawan baik ese yang ese panggil Dak
Abok (namo eh Nasir Mohd. Noh), Hafsah Yahaya budak Istana Raja
sokolas gak dongan ese dan arwah adik ese Amrah Yassin. Tak ado
pulak ghaso bodotik dan baco dongan ponoh minat kandungan Berita
Harian. Tak tahulah kalau ese ghonong jo Berita Harian itu dan maco
dalam hati ese dan maso itu lain yang ese peta kek sokolah dulu. Tompi
mungkin gak sikit-sikit tu ado geeh bilo bak kato GY tosontoh longan
itu toghaso jo paneh badan ese. Bak kato GY laie kalau tak ese bodotik
yang soghang laie monggoletek. Yang ese tahu pado waktu yang samo
Berita Harian ghapat gak dongan OR. OR ini samo sokolas dongan ese
dan OR ini ponah jadi DO Kolo Solango satu kotiko sobolom pindah
jadi DO kek Tampin. Tak nyangko boto yo jauh ko situ GY pandang ese
dongan Berita Harian. Tompi mokasihlah sobab citer dari kaco mato
GY sondighi. Paling-paling ese tahu gak ado junior yang moghatikan
gorak-gori senior selebriti TBS tahun 1962. Ini boleh bolanjo minam
cendo kek bus stand Thye Lye dokek Pulau Sobang tu. Sayang bas itu
dah tak ado laie.

Ghazali Yasin: AFY/AAB/ZA, Oh camtu coghito eh. Kito manolah
tau. Asal nampak yo sosiapo bojalan boduo tak ado lainlah dalam otak
juniors maso tu. Mungkin masa tu tak cukup matang lai. Bolon pandai
bona nak buek telekan. Ini sumo salah ZA sobab dio tak update ese
boto-boto. Kok tidak komen ese di ateh tu boleh dibaik pulih dan diolah
baik lai untuk dimuat naik dalam Tampang. Tontang AAB ni bimbang yo ese nak coghitokan sok sek yang ese dongar dulu. Maso ese Form 1 AAB baru tamat Form V dan jadi guru
somontagho di TBS. Maso tu dio tak nampak macam guru tumpang
sobab caro dio bojalan tu nampak sebagai guru senior dan begitu berketerampilan.
Lagi satu, AAB maso tu wataknya nampak serius bona.
Budak-budak monikuih. Tompi AAB tak ado ngajar kelas ese doh. Kalau
macam tu apo lai makwe yang dipeta eh tu pun kocot poghut eh.
Maso Form 1, si RA (kok tak silap) samo kelas dongan ese. Oghang eh
lawa, natural beauty – mirip seniwati Latipah Omar.
Tapi apokan dayo bungo idaman dah dipagar anak jiran sobolah
ghumah. Itulah yang ese tau. Kok ado coghito lain mintaklah saposapo
tulih sikit. Dah sampai di ponghujung dahan ni tak apo coghito
doh supaya coghito indah-indah tu dapek ditulih dan disimpan sebagai
arkib TBS.

Ahmad Fadzil Yassin: GY, kono baik pulih jalan citer tu dan nak
poskan dalam Tampang. Duo citer dalam satu AFY/AAB di TBS. Citer
AAB maso jadi School Captain tak ado ko? Ghaso eh mesti ado, cuma
nampak eh macam GY tak nak citer banyak tontang selebriti TBS AAB
ni. Kok citer ese panjang bona, sampai ko citer AAB jadi pendek lak.

Abu Aman Bachik: Sapo deh RA tu hah Li. Ese ingin nabona nak
tau ni. Anak jiran tu sapo pulak yang dah arwah tu koh. Jiran kek
mano? Kek AM koh? Sapo deh RA hah? Roxana Aziz , Rohana Aziz,
Ramlah Aziz. Rapeah Abu, Rosina Ahmad koh? Ado yang kono toko ti
tak, Li? Koba an lah ha!

Ghazali Yasin: AAB: sumo tekaan AAB dobush bolako. Tak polah,
ini coghito lamo, puluhan tahun dah berlalu. Eloklah ese sobut budak
RA tu budak Tanjung Rimau atau Pulau Sobang. Ayah eh stesen master
kotapi. Yang pagar dio tu dulu jiran eh yo. Ngaho, bukan yang tu
koh?
Abu Aman Bachik: Kau tau sumo cito orang kan Li. Memang kau
memeta gak eh yo. Eden sendighi tak ingat kisah RA tu lai doh kau
buleh ingat! Memori kau beboto cam kameralah kan. Manis pulak
konangan yang kau imbaukan tu Li. Eden jam tu penakut bebona. Kok
den beghani memasang jorek jam tu maun yo nyinggah gak eh kan.
Tompi den soda diri den sapo. Tu sobab eh den takut bebona nguratngurat
nie. Takut kok kono tuiiii an. Elok yo tetakut nie kan?

Ahmad Fadzil Yassin: Nanti ese ubah bahaso dan cantumkan 2
jadi 1.

Abu Aman Bachik: Den dah agak dah. Tompi den dah lupo namo
eh. Mano deh buah hati den tu maghin gak eh kan? Ado ko deh tidak
lai. Eeeeee sogham sojuklah raso bodan den lah Li. Camnolak kau tau
den mang minat kek dio ha Li. Den ado cito kek abang ekau koh hah?
Raso den tak do cito kek sesapo doh. Yang den SS kan dio do, ZAB.
AFY pun syok yo kek dio. Bacolah selendang sotoro, cerpen AFY, hebat.
Ni kisah labu-labilah. Cariklah posting awal blog alumni TBSST.
Situ kau jumpo.

Ahmad Fadzil Yassin: Bukan labu-labi laie doh dah jadi citer
cacamerba dah tunggang tobalik macam citer koluargo 69...

Ghazali Yasin: Hai giang amek hati ese. Kali ni mongono. Ok
nanti ese buek sedikit research dan lopeh tu bodontum muat naik ko
TBSST. Ese satu kelas dongan dio. Kok tak silap jaman Form 2. Maso
tu ese dilayan macam budak kocik (memang kocik pun. Not dangerous
at that time ... but not now!). Ese ini ibarat anak tikus yang dapek
ditangkap sang kucing. Tak ondak dimakan eh doh. Diotek-otek eh,
buek main yo. Jadi dio boganilah bisikkan kek se Bang Abu! Hai, apo
nak buek. Tak dapek nak bawak si cantik molek tu ko Air Mawang.
Yang AFY syok kek dio tu baghu ni ese tau. Itulah, tak baco dulu ‘Tetak
kandang jelujur kandang, bukan pandang sebarang pandang, pandang
dengan rindu, rindu Allah rindu Mohd. Kobul Allah, Kobul Muhammad.
Lopeh tu doalah supaya bukokan pintu hati si ... tu supaya dokek
ko jantung hati kito. Itu doa ayat tosirat jam dulu. Nijam takleh pakai
lai doh Bang Abu ... bodoso. Wallahualam! Oh lupo jawab satu lagi query AAB. Ese tak tau mano RA sekarang. Hanapi Hassan, yang samo batch dongan laki eh tu dulu buleh confirm.
Hai, dapek tau mano dio ado nijam pun dah cukup melogokan
hati kan Bang Abu?

Abu Aman Bachik: Yo boto kete kau dik oi. Kok dapek nampak
bumbung ghumah eh pun jadi lah nang kete kau eh, Kok dapek jumpo
dah tetuo nie lailah TAMBAH uuummph eh kan. Tompek jatuh lai tokonang,
apo lailah tompek hati terpelengot kan? La iyo koh AFY. Cam
no lak tu. tak nampak kek se donai eh tu doh.
Ghazali Yasin: ABB, Kok Hanapi sahkan boto ese bulih tolong
hantar poi tengok ghumah eh. Bulih masuk kojap lopehan ghindu.
Agak eh malam tadi payah mato abang ese ni nak lolap agak eh? Kito
tunggu apo kato AFY dulu – mungkin dio tongah wirid lai ni. Dio pun
lambek tido malam tadi!

Ahmad Fadzil Yassin: GY/AAB nak poi mano ni dan bilo, ese
anytime yo....

Ghazali Yasin: Hah hai, ini golo dek eh. Nampak sumo bogajat
nak poi ziarah cintan AAB yang dah tolopeh kek junior dio tulah. Kok
camtu kono bawak ZA sokali.

Ahmad Fadzil Yassin: Memang pon kalau ese poi Soghomban
umah Hanafi, ese follow ZA dan dio sotuju nak jompot ese kek ghumah
ese di Sg. Buloh. Mungkin nak tau dongan CLA dan AAB, nak konvoi
samo tak atau poi sobuah duo keto jo. Kono susunlah toboto sobab ni
nak jolajah Ghombau, Soghomban dan Johol ni, maraton ni. Abih nak
poie somuo, baik ikut samo yo tak? Eloklah kalau Tuan Presiden kito
ZA kordinet bondo ini. Kono tanyo bos dulu boto tak?

Ghazali Yasin: Kolanjo an tu Man elok ajak kawan-kawan lain
samo – jangan tingga an Salleh, Aziz, Nabjeah dan yang motan-motan
eh.

Zahriman Alias: Banyak boto popatah orang tuo yang kau ado GY.
Seghonok pulak den nonga eh ... kau ni elok bona bokawan ngan Aziz
Ujang ... .dio tu tak abih-abih ngan pantun seloka eh. Lagipun budak
Ajih tu bab-bab Adat Popatih kito ni sumo di ujong jari eh yo .... Tapi
rugi bona ghaso eh kito, si Ajih ni tak ghoti nak berfb.

Ghazali Yasin: Holak Ajis tu camtu Man? Dulu dio kojo kek kapal
toghobang tontu tododah dongan sistem komputer. Agak eh dio ni bilo
dah pencen dah jadi golongan ahli kitab. Dio duduk mano nijam? Kali
terakhir jumpo dio somaso anak potamo kau nikah kek Kuala Selangor
dulu. Ingin yo hati nak bolaja tontang Adat Popatih ni kek dio. Dio
memang petah bocakap.

Zahriman Alias: Dio duduk kampung nijam kek Mobok, dio lobeh
kurang cam den yo suko jadi orang kampung. Den pun borajat bona
nak poei nengok kehidupan dio di kampung ... mesti banyak ayam itik
eh. Dio ado ghumah di Shah Alam, mulo-mulo dulu dio terpakso duduk
kampung menjago omak eh yang tak sihat. Dio balik pun sorang yo
sobab bini eh dongan anak-anak pulak di Shah Alam. Sekarang omak
eh dah meninggal dan dio dah duduk toghuih kampung dan bini eh
pun dak ikut dio sekali. Jom minggu dopan kito poei ramai-ramai ...
lopeh kenduri rumah dak Johari di Soghomban, kito cau poei Mobok
kojap.

Ghazali Yasin: Setuju. Lopeh tu kono datang ko rumah ese – tak
jauh dari Ghombau doh – dari Kampung Batu ambik maso 20 minit
yo sampai Kualo Johol. Ese pun baghu bolo ayam kampung – baghu
botaktih. Bakhtiar Hitam pun duduk kampung yo kan?

Ahmad Fadzil Yassin: Elok nabonalah tu, bueklah arrangement,
kito raun sobuah NS. Kok ado AAB poi ghumah eh sokali dan arwah
MZMY. Tengok ghumah eh pun jadilah nak sodokah Fatihah pado
arwah tu. On the way back bulihlah singgah ghumah ese kojap kek
Gadong sobab ese dah order godobung kek adik pompuan ese. Tompi
waktu itu mungkin dah sojuk kot sobab biaso eh sopupu ese yang buek
godobung kek kodai dio itu buek sobolah pagi yo.

Ghazali Yasin: Ok Man, bola nijam kek kaki kau. Ese ngikut yo.
Abu Aman Bachik: Li den memain yo kek ateh tu nak nyongok
RA. Mintak maaflah. Soram sojuk lak ghaso badan den. Den kan biaso
bercakap sepatah pun ngan dio maghin. Alah hai, tak ondak den doh.
Usahlah sesusah an nak mintak HH confirm an. Tak yah doh. Timo kasih
yolah bebanyak, dik oi ombong eh! Tak tokilan sebosa habuk pun
den doh dik oi. Kok nak jumpo Nora eh bulehlah. Kok ado deh lai. Dio
tu yo boto tompek hati terpaut maghin. RA tu tak ponah cakap sepatah
pun ngan dio. Kok kau nak jumpo, poilah, sampai an salam den yo. Itu
pun kok dio kona den lai. Kok tak buek jobo yo. Moseh yolah dik oi!

Zahriman Alias: Boleh jugak singgah rumah kampung sei maso
dalam perjalanan dari Chongkau ko Mobok ... adik sei yang duduk di
situ.
Ghazali Yasin: AAB Ese dah faham bona Bang Abu ni. Acah yo
lobeh. Bak kato arwah abah ese maghin. “Cakap yo loguh-logak tompi
tak boghani. Macam oghang cacak kayu pagar – angkek yo tinggi tompi
masuk eh tak dalam’. Abah ese dulu sungguhpun kocik yo oghang
eh tompi handa! Tompi kek anak eh tak pulak doh – jonih boghani-
boghani takut. Tompi boghani sikit dari AAB!

Ghazali Yasin: ZA Jadi, sampai rumah ese dalam kul 4.00 potang
(25/12) lah yeh? Kok camtu minam teh tinggilah kito nanti. Kami
sekeluarga mengalu-alukan ketibaan abang-abang, kakak-kakak dan
adik-adik semuo (termasuk Dato’-Dato’ dan Datin-Datin sokali).

Abu Aman Bachik: Iyolah tu dik se oi. Bang bak apo eh lah. Janji
cito kito dah siap. Kito dah hongeh nunggu eh dah ni. Lelai bolon yo.
Lambek nabonalah siap eh. Janji eh loguh-logah teboto. Kito telangok-
langoklah nanti eh. Sodap nabona koh gek eh? Payah nabona pulak
siap eh!

Ghazali Yasin: AAB, Insya-Allah siap tak lamo laie. Lazim eh tiaptiap
yang elok nak buek tu kono ambik maso yang lamo. Yang copek
cincai bocai yo tu sapo pun tak ondak maco eh sok. Biarlah lambek
sikit. Wassalam!

Catatan: Seluuruh Dialog menggunakan loghat Negeri Sembilan.

(Dipetik dari buku Memoir A.F.Yassin 2 Menuju Pelabuhan Waktu yang sedang diselenggarakan penerbitannya oleh AFY Communications.)

Presiden Grup TBSST Zahriman Alias kiri
bersama Allahyarham Mohd Zain Yassin Setiausa Grup
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).