29 January 2015

MEMOIR A.F.YASSIN: KEMAJUAN SETAKAT 29 JANUARI 2015


Kulit buku Memoir A.F.Yassin - Suka-Duka Menuju Pelabuhan Waktu.

Perbincangan Penerbit, Penulis, Editor dan Desainer Isnin 26 Januari 2015 yang lalu memperlihatkan tanda arah kemajuan yang dicapai mengenai penerbitan buku Memoir A.F.Yassin: Suka Duka Menuju Pelabuhan Waktu. Penulis dimaklumkan bahawa sehingga hari pebincangan sejumlah 62 tulisan telah disiapkan tatariasnya (layouts). 

Ini bermakna Desainer, Kamaruddin Abu Bakar telah menyiapkan 248 muka surat, hampir 50% daripada jumlah seluruh muka surat sebanyk 500 halaman. Desiner telah diminta mendapatkan sebut harga daripada dua atau tiga pencetak untuk pertimbangan pencetak mana yang lebih mesra penerbit dari segi kosting. Di samping itu pertemuan Penulis-Editor dan Desainer kali kedua akan diadakan minggu depan di rumah Desainer di Kg. Kubu Gajah untuk menyemak setiap halaman layout. 

Semakan akan dibuat berdasarkan faktor ejaan, widow, river, tanda sengkang di akhir baris dan keseragaman penggunaan tanda baca termasuk huruf condong (italics). Faktor-faktor lain berkait dengan semakan pruf halaman akan turut diberikan perhatian khusus. Difahamkan buku Memoir A.F.Yassin ini dikategorikan kepada lima Bahagian, iaitu Bahagian Personaliti, Bahagian Kembara, Bahagian Dari Tanah Haram, Bahagian Umum dan Bahagian Keluarga. 

Dalam pada itu permohonan untuk mendapatkan ISBN dan Bar Code daripada Perpustakaan Negara Malaysia sedang diusahakan dengan kerjasama Editor. Buku Memoir A.F.Yassin ini dijangka akan dicetak pada April/Mei 2015, bergantung kepada keupayaan Editor dan Desainer menyiapkan tugasnya masing-masing. Insya-Allah.

Buku ini akan mengandungi 16 halaman bergambar dalam hitam putih dan warna. Antara gambar yang akan dimuatkan antara lain: 

Dato' Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP yang menyertai rombongan Jejak Bahasa di Sumatera Barat.

Allahyarham Azah Aziz, Budayawan dan mantan wartawan.

YTM Dato' Undang Rembau Dato' Sedia Raja Abdullah Dahan

Pencipta lagu Kassim Masdor (kiri) dan penyair Singapura Djamal Tukimin

Sasterawan Negara Dato' Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)

Penerbit buku politik Yahaya Ismail ketika ditemu bual di rumahnya

Penyair yang juga Pengarah Filem Yassin Salleh dengan Ikan-Ikan Di Kaca dan Dia Ibuku

Penyanyi Waheeda bersama anak saudara Ikhwan Danial Azmi di Kg. Melayu Majidee Johor Bahru.

Mantan Pengerusi Badan pengelola DBP, Dato' Abd. Rahim Abu Bakar (kanan) bersama Othman Ismail dari DBP.

Sasterawan Negara, Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain), penerbit buku dan anggota Jemaah Badan Pengelola DBP

7 comments:

  1. Congratulations!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ya, Bong, Apalah yang ada laie selain mengulangi dan menggilapi bondo yang dah bokarat. Mudah-mudahan bokilat balik dan ado oghang ondak walaupun dah jadi baghang bokeh a.k.a. bosi bughuk. Kan ini lumrah alam. Malah kaghang pun ghamai yang tak ambik kisah laiee doh. Dan jadi Orang tuo di kaki Gunung (Datuk). Nasib bodan Bong. Tk dapeklah ese nak tolong doh tekau.

      Delete
  3. Wish you luck old friend. I would have thought you are almost half a century wiser since we were together in JB in the 1960's. and indeed you are now.

    ReplyDelete
  4. Quite puzzling. Who in the world is this old friend of mine. I am not quite certain who this old friend might be. And mind you it has been 50 years old of friendship. In the 1960's I khew quite a lot of friends in JB but majority of them are already RIP's. Though there re still some who still survive the age. Among them Ibrahim Saiman, Seth Salleh, Safandi and of course Imail and Wahab. One of these persons I presume is Mikuman. At least give me a hint so that I could say thank you for wishing me good luck. Anyway thank you.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Uncle, Price per copy of the book? It sounds interesting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum dapat tentukan kerana masih di peringkat awal. Harga hanya akan dapat diketahui setelah berunding dengan pihak pencetak tentang kos. Insya-Allah akan ada diskaun sehingga 50% harga terbitan. Terima kasih atas sokongan anda sekalian. Dijangka buku ini berada di pasaran atau secara online sekitar April/Mei 2015.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROFIL

My photo
Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).