What Other People Say...
  "A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya  dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang  dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat  sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik  tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan  datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)
" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar  Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and  literary activists of varying stature, who muse on their lives and what  they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these  conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual  probing. His target is largely a small and shrinking group of people  aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.
"Now  that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a  handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers,  local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the  information ranges from the revealing to the trivial, but the book is  pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay  letters.
"…Sembang Satera is invaluable,  especially to students of contemporary Malay literature, because it  provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially  long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."
"Yassin  merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya  melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan  keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam  bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut  kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion  terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)
"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan  berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya  berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat  majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh  A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)
Tidak  tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian  sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di  Johor Bahru. Apakah dia memikirkan  kurangnya anak Bumiputra berminat  dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya  lebih  mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?
Yang ternyata  sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia  telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam  bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap  dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah  menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis  rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.
Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian  dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia  banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen  apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat  sebagai Editor majalah  Dewan Masyarakat.
Melihat  kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya   sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor  yang  sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal  erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis.  ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).