09 August 2017

KELUARGA MINAH WAHAB HJ. YASSIN ZAINAL GADONG


Keluarga Minah Wahab Kg. Gadong. Allahyarham Minah, dua dari kanan baris depan dan
 suami Hj Yassin, tiga kanan bersama anak-anak dan cucu. Tarikh gambar tidak diketahui.

Haji Amin beli tanah Limah Daeng yang pindah ke Miku. Tanah ini sekarang luasnya satu ekar dan diserahkan kepada Noresah, anak perempuan  tertua kepada Amin. Rumah induk terletak di kawasan sebelah hilir tanah ini yang luasnya setengah ekar. Ia diserahkan kepada Siput adik perempuan Noresah. Sebagai pengmal adat perpatih, Siput anak perempuan yang paling bongsu berhak tinggal di rumah induk. Tidak diketahui nama isteri Haji Amin, emak kepada Noresah dan Siput. Haji Amin mempunyai tiga anak, iaitu Noresah, Siput (panggilan (Uwan Hilir) dan Jusoh.

Noresah berkahwin dengan Kassim dari Kg. Hulu Gadong. Mereka dikurniakan enam orang anak. Anak yang tua bernama Abd. Rahman. Anak kedua bernama Othman, Abu Hassan, Saadan, Cik Yah dan yang bongsu nernama Nordin. Ertinya ada dua anak perempuan dan empat lelaki. Mankala Siput berkahwin dengan Musa dari kg. Seberang Paya (Mempaya). Mereka dikurniakan empat orang anak, iaitu Ibrahim, Sauf, Alias dan Sarah.

Oleh kerana ibu Minah Cik Yah meninggal ketika Minah masih kecil, maka dia dijaga oleh Saadan yang ketika itu mengikuti suami, Mohd Yatim ke Gua Musang, Kelantan. Mohd. Yatim orang Kg. Tanjong dan bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu. Tidak lama Minah dijaga Saadan kerana setelah itu nenek Minah, Noresah mengambil alih menjaga Minah. Noresah menghantar Minah bersekolah di Sekolah Melayu Perempuan Kg. Tanjong sehingga Darjah Enam. Setelah dewasa Minah berkahwin dengan Hj. Yassin Zainal dari Kg. Tanah Datar, Gadong. Hj. Yassin ketika itu seorang duda setelah bercerai hiidup dengan wanita yang dikahwininya dari Kg. Kota. Sementara itu Wahab, orang Kg. Legong Ulu bapa Minah berkahwin pula dengan Kesah dari Kg. Jawa setelah bercerai mati dengan Cik Yah.

Hasil perkahwinan Minah dengan Hj. Yassin, mereka dikurniakan sepuluh orang anak, yang tertua Ahmad Fadzil, Anak Kedua Sabariah @ Sapinah, Saadah (meninggal dunai waktu berusia enam bulan akibat demam panas), Amrah, Mohd. Zaki, Basrah, Mohd. Zubir, Rozita, Zalina dan Ahmad Nezam. Bapa Minah yang berkahwin dengan Kesah dikurniakan pula beberapa orang anak, iaitu Ahmad, Halus, Rosman, Ghazali, Ismail dan Mansor. Dalam pada itu Saadan yang berkahwin dengan Mohd. Yatim dikurniakan pula empat orang anak dengn yang paling tua meninggal dunia ketika masih kecil. Tiga yng lain ialah Hassan Basri,Rohana dan Masitah.

Dalam pada itu Siput yang berkahwin dengan Musa dikurniakan beberapa orang anak itu juga mempunyai jurai keturunannya sendiri. Setelah Siput meninggal dunia Sarah menjadi pemegang amanah menjaga rumah induk dan Sarah berkahwin dengan Abd. Rahman. Mereka mempunyai ramai anak antaranya Kalthom, Zainal, Nasir, Yaakob, Zainon, Ariffin, Yusof, Suriah dan Rubiah. 

Ayah Hj. Yassin, Zainal adalah orang Gadong dan abang kepada Lamah. Setelah berkahwin dan tidak mempunyai anak, Lamah mengambil anak angkat yang dinamakan Pesah yang setelah dewasa berkahwin dengaan Cikgu Abbas Ali dari Chengkau. Mereka dikurniakn beberapa orang anak. Antaranya yang tua wanita yang kami panggil Kak Nah. Kedua Kak Sham (Shamsiah), Shahrin, Kamarul Bahrin dan Ahmad.

Sementara itu ibu Hj. Yassiin, Lanjung yang kedua-dua ibu bapanya bernama Jaafar dan Sulong mempunyai beberapa orang adik-beradik pula. Lanjung yang tua, kedua, Siah, Piah (Sapiah?), Meja, Hawa,, Bedah dan Husain. Siah berkahwin dengan Cawang dari Kg. Mungkal dan dikurniakan tiga orang anak, iaitu Othman, Hitam dan Yunus.Hitam berkahwin dengan Shariff dari Gadong dan dikurniakan beberapa orang anak pula, antaranya Ahmad@Mokhtar, Maulud, Rubiyah dan Sharipah.

Sebelum berkahwin dengan Lanjong, Zainal berkahwin dengan Peah juga dari Tanah Datar, Gadong. Peah adalah anak Tiah. Dengan Peah Zainal memperoleh anak bernama Hj. Mohd. Yatim, yang kemudin mendirikan Sekolah Agama Ulu Gdong bersama Hj Yassin adiknya yang berlainan ibu dan Hj. Haron Lassim. Sekolah agama ini mulanya didirikan berhampiran surau Ulu Gadong sebelum dipindahkan ke tempatnya yang ada sekarang. Perkahwinan Lanjong dengan Hj. Zainal menghasilkan dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan Hj. Yassin yang tua dan adik perempuannya  yang kemudian berkahwin dengan Abd. Karim. Mereka dikurniakan dua anak perempuan bernama Zaharah dan Salamah. Oleh kerana jodoh Abd. Karim tak panjang Abd. Karim kemudian berkahwin dengan Maya dari Gadong. 

Tinggallah Zahrah dan Salamah di bawah jagaan Lanjong sehinggalah Zahrah dikahwinkan dengan Aziz Bador dari Gadong dan Salamah dikahwinkan dengan Atan dan kemudian dengan Rashid.  Melalui perkahwnan Zaharah dengan Aziz Bador mereka dikurniakan beberapa orang anak pula antaranya Azizah, Basrin, Basri dan  Zimah, sementara perkahwinan Salamah dengan Atan dan Rashid mereka dikurniakn beberpa orang cahaya ata pula antaranya Badariah, Jenah (meninggal ketika kecil), Halijah, Rusnah, Mala dan Ani. Badariah berkahwin dengan Omar dan melahirkan cahaya mata bernama Norazizan.     
   


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).