24 August 2014

TIGA TEMAN SEKULIAH DARI JAKARTA-BANDUNG BERHALAL-BIHALAL DI KL DI LUAR ACARA RASMI

Selama empat hari dua mantan teman sekuliah berkampung di Kuala Lumpur. Kedua-duanya termasuk kumpulan lima atau enam orang sahabat akrab saya ketika menuntut di Fakultas Publisistik (kini FIKOM 76) Universitas Negeri Padjadjaran Bandung, Jawa Barat, Indonesia pada tahun 1976 hingga 1980. Mereka ialah Deddy Mulyana (kini Prof. DR. dan Guru Besar serta Dekan Fikom UNPAD) dan Elina Widyastuti, seorang Pegawai Negeri Kanan yang masih bertugas di salah sebuah Institusi Pemerintah di Indonesia. Tiga sahabat lain ialah Ervina, Irawaty Nasution dan Ariman Kumeirzal Usman Kedua-dua Lin dan Deddy masih menjalin pershabatan sehingga pada saat ini walaupun setelah 38 tahun saling berhubungan dan berkomunikasi. Minggu lalu Deddy berkunjung ke KL unuk tugas rasmi di Universiti Malaya,  sementara Elina berkunjung untuk hadir di Majlis Perkahwinan sahabatnya, anak Ku Idhar di Kajang. Sebagai tanda kenangan disiarkan beberapa keping gambar menandakan kehadiran mereka di KL di samping bertemu dengan mantan rekan sekuliah, Ahmad Fadzil Yassin yang mereka panggil "Bang Fadzil". Deddy sepanjang kunjungan ke KL menginap di Hilton PJ sementara Elina dan suami, Soemarsono menginap di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Elina dan suami pulang ke Jabarta hari ini, 24 Ogos 2014 sementara Deddy beberapa hari yang lepas. 

Club Mewah Kajang tempat berlangsungnya Majlis Perkahwinan anak Ku Izhar
Selepas makan malam di rumah Rosmawati Yunus di Bandar Tasik Puteri. Dari kiri, Rosmawati, Kak Ruby, Elina Widyastuti (Lin) Soemarsono, Bang Fadzil dan Nur Faizzati (cucu sulung Bang Fadzil)
Bersiap-siap ke lapangan terbang KLIA 2 di Sepang dari rumah Bang Fadzil di Bandar Tasik Puteri. Dari kiri Soemarsono, Kak Ruby dan Elina Widyastuti (Lin).

Menunggu di KLIA2 sebelum masuk ke Balai Pelepasan i Aras 2 Lapangan Terbang. Dari kanan Lin, Kak Ruby dan Soemar.

Dua pengantin, Ku Nurbaya Ku Izhar (tiga kanan) dan Dr. Syahrul Affandi Haji Saidi (empat kanan) bersama Lin (kanan), Farida Zed, suami Farida, Soemarsono dan Bang Fadzil di atas pentas pengantin. di Club Mewah Kajang.

Tamu dari Jakarta kecuali Bang Fadzil (kiri sekali) dan Kak Ruby (kanan sekali ) bersama Ibu Bapa Pengantin di Club Mewah Kajang. Satu sebagai tanda kenangan.

Kartu Undangan  Baya dan Syah yang diterima sahabat dari Jakarta.

Tapao Nasi Kandar buat Lin dan Soemar ke Jakarta sejurus sebelum berlepas di KLIA 2.

Prof. DR. Deddy Mulyana (kiri) bersama Bang Fadzil di luar tugasan rasmi di rumah Pak Sedek Suleiman, adik Kak Ruby. Sekadar mengingat kenangan silam

Acara memotong cake di pentas pengntin

Mengucpkan Selamat Tinggal kepada Bapa Pengantin dan Selamat Pengantin Baru buat anak tersayang.

Lin dan Soemarsono (kanan) menjadi tamu Mohd Sedek Suleiman di rumahnya di Putera Heights sambil berhalal-bihalal.

 Di rumah Menako San di Kajang. Menako (kanan) bersama Dedy Mulyana dan Bang Fadzil. 20 tahun persahabatan masih berjalan mulus dn erat.

Minum petang di rumh Mohd. Sedek Suleiman di Putera Heights

Lin (tengah) disambut dua sahabat  sekuliah, Deddy Mulyana (kiri) dan Bang Fadil di KLIA 2 sejurus setelah pasawat Lion Air mendarat .

Hos Mohd Sedek Suleiman (kiri) bersama Deddy Mulyana dan Bang Fadzil lagi ngobrol santai

Di rumah Menko San di Kajang. Deddy Mulyana (kanan), Bang Fadzil, anak Menako dan Menako San dalam satu pose istimewa.

Dari kiri Soemarsono, Deddy Mulyana, Elina dan Kak Ruby di kamar bacaan Bang Fdzil di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Hos iaitu bapa pengantin Ku Izhar (tengah) yang mengundang tamu dari Jakarta.

Di Putera Heights, Subang Jaya. Dari kiri Azeline Sedek, Anakali Nasir, isteri Mohd. Sedek, Zubaidah Suleiman dan Elina Widyastuti. Yang duduk Kak Ruby

Kartu Undangan perkahwinan  untuk Lin suami isteri.

Deddy Mulyana (kanan) bersama Bang Fadzil  sedang menikmati "Teh Tarik" di KLIA 2 sambil menunggu ketibaan Lin dan sumi dri Jakarta

9 comments:

  1. Setelah lebih tiga dekad dua sahabat ini saling bersilaturrahmi.Lazimnya setelah beberapa tahun hubungan akan terbentur oleh waktu dan faktor sekitaran. Selamat..

    ReplyDelete
  2. Suatu hubungan yang berpanjangan. Tahniah

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas hubungan yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. Trusted friends indeed and a long lasting friendship. A very rare case.

    ReplyDelete
  5. Masih adakah sahabat sejati begini? Tanpa iri dan prejudis.

    ReplyDelete
  6. Masih adakah hubungan seperti ini dalsm kalangan kawan-kawan tanpa iri dan prasangka.

    ReplyDelete
  7. Teman selama 38 tahun dan masih bertahan. Hanya setakat sama kuliah tanpa ada pertalian keluarga. Memang sedikit aneh. Apatah lagi dari dua warga bangsa tapi serumpun. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. Friends indeed. Lucky you..

    ReplyDelete
  9. Alangkah indahnya jika sesama ummah tidak ada sengketa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).