29 July 2014

HALAL-BIHALAL DI SYAWAL MULIA 1435 H. HARI PERTAMA EID.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435 H. Maaf zahir dan batin. Hari pertama merupakan hari yang paling "marathon" bagi saya kerana selama hampir 12 jam mengunjungi tiga buah keluarga paling rapat di samping di kunjungi dua keluarga daripada adik bongsu dan anak bongsu. Mereka dua keluarga merupakan tamu sulung berziarahi ke rumah. Tahun ini buat pertama kali tidak pulang ke kampung sejak pemergian emak yang tercinta. Disertakan kenangan semalam pada hari raya pertama sebagai titipan abadi.

Tamu sulung pada hari raya pertama: Ahmad Nezam dan keluarga, adik bongsu.
Mengabadikan kenangan sebelum meminta diri  untuk Ahmad Nezam meneruskan perjalanan ke rumah orang tua di Gombak.
Ke makam Allahyarham anak sulung, Ahmad Faizal di Tanah Perkuburan Kg. Kubu Gajah, Paya Jaras Jalan 11, Al-Fatihah. Allahyarham kembali ke Rahmatullah pada bulan Mac 2007. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Hanya sebak yang mengiringi suasana.
Al-Fatihah: Doa dan sayang seorang ibu buat anak yang mendahului. Allah lebih menyayanginya.
Mengunjungi Mak mentua, Asiah Minhat di Putra Heights, Subang Jaya. Kini Mak menetap di rumah anak lelaki tertua, Mohd Sedek Suleiman sejak hampir setahun yang lalu dari Kg. Melayu, Majidee, Johor Bahru.
Mohd. Sedek Suleiman (tengah) bersama Iwan Fazlee (kiri) dan isteri Rohana dan anak bongsu mereka dengan juadah raya.
Tok Yah (berkerusi roda) mungkin keletihan bersama cucu-cicitnya. Kelihatan cicit Hakeem dan Noha, dua anak Iwan.
Di Taman Shahbandar, Seremban, di rumah biras, Norzrin Mohd. Noor (dua kiri) bersama ipar duai Noorzrin. Turut kelihatan menantu Noorzrin (dua kanan).
Biras Noorzrin bersama anak dan menantu serta adik-adik beserta ipar. Iwan Fazlee (kanan sekali).
Satu lagi tanda kenangan di lebaran 1435 H di Taman Shahbandar, Seremban.
Di Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi. Beraya di rumah anak saudara Zali Karim (dua kiri) dan keluarga sekaligus berhalal-bihalal dengan biras Ayob Hashim (empat  kiri duduk) dan isteri Zubaidah Suleiman.
Biras Ayob Hashim bersama isteri Zubaidah Suleiman adik Rubiyah Suleiman.
Suasana di rumah Zali sejurus sebelum meminta diri untuk kami pulang ke Rawang.
Dari kiri A.F.Yassin, Ayob Hashim, ubaidh Suleiman dan kakaknya Rubiyah Suleiman. Duduk di depan Sharina Ayob dan anak bongsunya dalam pangkuan nenek Zubaidah. 
Dengan rasa tulus ikhlas kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir


 batin.

4 comments:

  1. Di Hari baik bulan baik ini sama-samalah kita bermaaf-maafaan. Kita bukannya insan maksum dan sebarang kekhilapan dan kelamahan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf lahir batin

    ReplyDelete
  2. Ini hubungan betpanjangan yang menarik. Biasanya tak panjang apa lagi masing-masing ada kepentingannya sendiri.

    ReplyDelete
  3. Selamat! Anda mampu bertahan selama lebih tiga dekad. Satu tempoh yang panjang. Teruskan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).