30 August 2014

IPAR-DUAI SANAK KELUARGA DI MAJLIS PENGANTIN DEWAN GEMILANG UKM 30 OOS 2014


Ipar duai hadir di Majlis Perkahwinan anakanda Prof. Dr. Abu Othman dan isteri Alimah Othman di Dewan Gemilang, UKM hari ini Sabtu, 30 Ogos 2014. Antara yang hadir Dato' Ikhwan Salim Sujak dan Datin Maria, Datin Seri Norita Dato' Sujak, Dato' Kamaruddin Ali dan isteri Datin Hasnah Othman, Dato' Ali Karwi, Bakar Karwi, Othman Karwi, Mohd Ayob Hashim dan isteri Zubaidah Suleiman, Mohd Sedek Sulaiman dan isteri Anakali Nasir serta anak dan menantu, Zuhaila Sedek dan suami Firdaus. Tidak ketinggalan Rubiyah Suleiman dan suami Ahmad Fadzil Yassin. Ipar duai ini daripada  lima keluarga besar adik-beradik, iaitu Karwi Rahiman, Suleiman Rahiman, Sujak Rahiman (Dato'),Yusoff Rahiman (Dato') dan Amnah Rahiman yang berasal dari Kg. Setulang Darat, Johor Bahru. Bapa mereka Hj. Rahiman berasal dari Tegal, Jawa Tengah, Indonesia.
 

Anggota kerabat keluarga wanita dari kiri: Sharina Ayob, Norita Sujak (Datin Seri), Zubaidah Suleiman, anak perempuan Norita dan Rubiyah Suleiman.

Satu untuk album kenangan bersama pengantin. Suku-sakat antara anggota keluarga besar Hj. Rahiman, Kg. Setulang Darat, Johor Bharu.

Keluarga Ayob Hj. Hashim (kanan) bersama anakanda Norita Sujak (tiga dari kanan). Kiri sekali Sazali Karim, menantu Ayob dan isteri Sharina.

Sembang gurauan di majlis pekahwinan setelah menikmati hidangan.

Sazali Karim bersama I-padnya
Bergambar bersama Bapa Pengantin, Prof. Dr. Abu Othman dua kanan di barisan hadapan


Lokasi Majlis Perkahwinan Dewan Gemilang, UKM



Hiasan indah pentas pengantin dalam Dewan Gemilang, UKM


Adik kepada Bapa Pengantin perempuan (kiri) bersama seorang anggota keluarga mngambil angin di luar Dewan Gemilang

Selamat Pengantin baru

Prof. Dr. Abu Othman (kiri), bapa pengantin perempuan dan Ahmad Fadzil Yassin. Hubungan kekeluargan antara Anak saudara dengan bapa saudara.  Abu Othman anak saudara.

Satu lagi gambar kenangan di Majlis Perkahwinan: Pertemuan sepupu Keluarga Besar Hj. Rahiman. Kelihatan antaranya Dato' Kamaruddin Ali, mantan pegawai kanan PDRM (dua dari kiri), dan Dato' Ikhwan Salim Sujak, bapa saudara kepada bapa pengantin perempuan (tiga dari kanan).


Datin Maria Salim, isteri Dato' Ikhwan Salim Dato' Sujak. Mesranya tetap menguntum..
 
Datin Seri Norita Dato' Sujak bersama salah seorang cucunya.

Lokman Mohamad Yusof bersama isteri tengah menjamu selera. Lokman adalah bapa ssaudara kepada bapa pengantin perempuan dan mantan Pegawai Petronas dan bertugass di Twin Tower KLCC.

Dua sepupu apabila bertemu di Majlis Pengantin. Mereka bercerita tentang kenangan lama mengusik jiwa. Rubiyah Suleiman (kiri) dan Dato' Ikhwan Salim (kanan) bersama orang rumah masing-masing.Datin Maria berdiri di belakang dn Ahmad Fadzil Yassin (tengah).

Peta menunjukkan lokasi ke Majlis Persandingan di Dewan Gemilang UKM.

3 comments:

  1. Good info. Problem is someone should check typo-errors. Quite a plenty especially under captions. Pix ok. Quite sharp and nice.

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan selagi hayat dikandung badan.

    ReplyDelete
  3. One very large family of the late Hj. Rahiman of Kg. Setulang Darat, Johor Bahru gathered in conjunction wth the wedding reception of Prof. Dr. Abu Othman from the Karwi sub-family tree. What they should do now is to get someone propose one big Reunion of sort to meet with each other. And mathematically the group Reuni might be in the hundreds, considering all the ipar duai and dan sanak saudaara

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).