14 June 2014

DOWN UNDER: 34 TAHUN KEMUDIAN...


 
Di Gold Coast kami tinggal di Apartment ini.

Nor Azmi Khamis dan Izanul Fazliah ketika di Darling Harbour Sydney di bawah Jambatnn Sydney.

Bergambar kenangan di luar Movieland di Gold Coast, Brisbane.

Saya baru keluar di bawah dek kapal replika The Endeavour. Juragan Kapten James Cook belayar ke Australia abad ke-18 dulu.

Di Sydney kami tinggal di Malaysia Hall berhampiran dengan Padang Lumba Kuda dan kampus University of New South Wales.

Ruby di Blue Mountains, Sydney.

Ikhwan Danial sorong kerusi roda Tokbi di Sydney Airport setibanya dari Gold Coast.

Keadaan di ruang makan apartmen tempat kami tinggal di Bay Lodge, Gold Coast.

Sejuus selepas tiba di Sydney Airport dari Gold Coast.

Ruby, kiri,  bersama jurujual barang cenderahati dari Kalimantan, Indonesia di Paddy's City Market di Sydney.

Dari beranda tempat tinggal di Bay Lodge kami melihat pemandangan indah kota Gold Coast dengan sebelah kiri pokok mangga yang lebat bunga dan daunnya.

Semacam piknik di dalam arena Movieland di Gold Coast. Kelihatan Nadyne tengah disuap Mama bersama Isya dan Yaya. Bawa bekal dari rumah.

Sarapan pagi di Bay Lodge bersama tiga cucu dari kiri Yaya, Isya dan Nadyne.

Kalau di KL ada Pasar Seninya di Sydney ada Paddys Marketnya. Macam-macam barangan ada dalam bentuk apa saja seperti cenderahati sepatu dan kain. Di satu bahagian lain terdapat pasar basah.

Bersama Chef Malaysia Hall, Sydney, Sam (nama penuh Samsuddin). Dah 31 tahun menjadi chef di Sydny ini dan beliau berasal dari Bukit Kapat dekat Meru. Datang ke Sydney pada tahun 1981dan berbesan orang Sepnyol. d

11 Jun 2014 - Tidak pernah terbayang bahawa saya akan datang lagi ke Sydney Australia sejak kali terakhir saya ke sana pada tahun 1980 bersama Zainal Bahrain dan isterinya Raja Mashitah.

Pada tahun 1980 itu saya sempat ke Canberra dan Melbourne. Di Canberra ketika itu sempat berjumpa dengan A. Wahab Ali yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Juga bertemu dengan Mohd. Yusof Hassan dan Ruth Tuffrey, mantan Personal Assistant Pengarah ITM waktu itu Dato' Arshad Ayob pada tahun 1970. Di Melbourne tinggal beberapa hari di rumah Shamsul Amri Baharuddin. Shamsul juga sedang melanjutkan pendidikan di Monash University.

Suatu malam Shamsul membawa saya menghadiri satu forum pelajar Malaysia di universiti berkenaan. Rasa saya tema forum berkait rapat dengan perpaduan kaum di Malaysia. Satu hari yang cerah saya ambil peluang menaiki komuter dari Monash ke satu tempat (lupa nama) untuk kemudian saya berjalan kaki mencari rumah sepupu istari yang kami panggil Arah saja yang berasal dari Setulang Darat JB tetapi dah menetap di Melbourne. Arah terperanjat besar bila melihat saya tercegat di pintu rumahnya. Satu pertemuan tidak dia duga. Dan saya pula tak bagi tahu yang saya akan ke rumahnya. Sudah bersuamikan mat saleh dan punya anak satu ketika itu.

Jadi apabila saya menghayati panorama Jambatan Sydney dan Opera House dari Darling Habour Sydney dua hari yang lalu kenangan inilah yang mengusik jiwa. Kedua-dua objek parawisata ini tak berubah. Tetap teguh dan tegap menggamit pengunjung dalam dan luar negeri. Hanya kali ini saya tidak ke Melbourne dan Canberra tetapi cukup setakat Golf Coast dan Sydney.

Namun saya berpeluang menginap di Malaysia Hall di Sydney dan berkenalan dengan Chef Sam Malaysia Hall yang ke Sydney pada tahun 1981. Kali ini saya datang bersama keluarga dan kawan-kawan yang saya temui tahun 1980 itu kini tokoh penting dan ternama dalam bidang akademik. Tuffrey kabarnya telah menetap di Blue Mountains. Ketika di Canberra dia bertugas di Jabatan Pendidikan negara itu.

Esok Jumaat pagi saya dan keluarga akan pulang ke tanah air setelah 10 hari ke nrgara Down Under ini. Kedinginan musim luruh (autumn) membuatkan keinginan nak balik itu meruntun datang dan tiba-tiba saja. Begitilah adatnya seekor bangau pasti mahu mencari hinggap di belakang kerbau juga. Dan bangau yang ini mau hinggap di belakang kerbau Malaysia.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).