26 November 2014

PASCA-HAJI 2014: 45 HARI KEMUDIAN - HAJI MABRUR?!!!

PASCA-HAJI 2014 : FOTO MEMBISIKKAN SEGALA-GALANYA.


Masjidil Haram, Kota Mekah pada malam minggu kedua Oktober 2014.


Menara Mekah dengan hotel lima bintang mendepani Masjidil Haram

Dua adik kandung Hajah Rubiyah Suleiman, Noraniza (kiri) dan Normainzon Suleiman yang turut meraikan kepulangan kakak sulungnya di Rawang.

Haji AFY (kiri) dan Hjh Rubiyah Suleiman diraikan keluarga Mohd. Sedek Suleiman di Putera Heights.

Dua adik kandung Hjh Rubiyah, Mohd. Ruskeen (kiri) dan Normaizon Suleiman meraikan kepulangan kakaknya di Rumah Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Mejar Bersara Noorzrin Mohd Nor (kiri) bersama ipar, Mohd. Kamil Suleiman, bapa kepada Peserta Suku Akhir Akademi Fantasia 2014, Zarif Kamil turut meraikan kepulangan kakak sylung, Hjh Rubiyah Suleiman di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Hjh Rubiyah Suleiman (kiri) dipeluk Noraniza, adiknya, sebaik sahaja pulang dari menunaikan Haji.

Keluarga besar Haji Yassin dan Hjh Minah Wahab menyambut kepulangan abang sulung, Hj. Ahmad Fadzil Yassin di Bandar Tasik Puteri, Rawang Oktober lalu. turut datang neraikan Norizan Selamat dan keluarga yang datang dari Johor Bahru.

Dato' Hjh Nafsiah Abu Bakar (tiga kanan), Hjh Datin Nazariah (dua) dan Dato' Hj. Anjang Aki (bertopi) bersarapan di Kedai Kopi Shah Alam untuk meraikan kepulangan Hj. AFY (kiri) sekli dan isteri Hjh Rubiyah Suleiman) baru-baru ini.

Sepupu hjh Rubiyah Suleiman Long Rahmah (kanan) bersama suami Hj. Hamdan (kiri sekali)  bertanya khabar di Majlis perkahwinan  anak kepada sepupu Hjh Rubiyah, di Ampang dua minggu yang lalu. Tentunya bertanya khabar tentang pemergian Haji tahun 2014.

Dato' Hjh Nafsiah Abu Bakar (tengah) Datin Hjh Nazariah Abu Bakar sewaktu sarapan di Kedai Kopi Shah Alam baru-baru ini. Turut serta Dato' Hj. Anjang Aki.

Renungan jauh dua beradik Dato' Hjh Nafsiah dan Datin  Nazariah Abu Bakar ketika bersarapan meraikan kepulangan Hj. Ahmad Fadzil Yassin dan isteri Hjh Rubiyah Suleiman daripada menunaikan Haji tahun 2014.

Hjh Rubiyah Suleiman (tengah) bersama adiknya, Normaizon Suleiman (kanan) dan suami Rubiyah, Hj. Ahmad Fadzil Yassin di Majlis Perkajwinan anak sepupu mereka di Ampang dua minggu yang lalu.

Noraleeza Suleiman adik perempuan bongsu Hjh Rubiyah (kiri) bersama suaminya, Hj. Zulkarnain Asmawi yang turut sama menunaikan Haji di Mekah tahun 2014. Mereka turut meraikan Majlis perkahwinan anak sepupu mereka di Ampang.


Dato' Hjh Na sfsiah Abu Bakar sedang meneliti posting dalam fb barangkali ketika bersarapan di Kedai Kopi Shah Alam meraikan kepulangan Hj. AFY dan Hjh Rubiyah dari Mekah.



Dato' Hj. Anjang Aki (kiri) bersama Hj. AFY ketika sarapan di Kedai Kopi Shah Alam baru-baru ini

 '
 Sarapan di rumah Dato' Hj.  Mohd. Nordn Ahmad (kanan)  dan isteri Datin Hjh Jamilah Ujang di TTDI, Kuala Lumpur tiga hari yang lalu meraikan kepulangan dari Haji AFY dan isteri Rubiyah.   


Asri (tengah berdiri) emak penyanyi Waheeda, sedang berbual dengan sepupu Hjh Rubiyah Suleiman (kiri) dan Normaizon Suleiman ketika hadir dalam majlis perkahwinan anak sepupu mereka Meor di Ampang. Asri bertanya kabar kepada Hjh Rubiyah tentang cerita Mekah.

Doa selamat kesyukuran sempena kepulangan dari Mekah Hj. AFY, Hjh Rubiyah dan Hj. Zulkarnain (kiri sekali) sambil meraikan Hari Jadi Tertunda Hjh Rubiyah yang jatuh pada 11 Okt0ber yang lalu yang pada ketika itu masih berada di Mekah. Majlis diadakan di rumah Arwah Ahmad Faizal di Blok Birch Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Selamat menyambut Hari Ulangtahun kepada hjh Rubiyah Suleiman. Hjh diapit kedua adiknya, Normaizon Suleiman (kiri) dan adik ipar Ana, isteri Mohd Sedek Suleiman.


Pasangan bahagia dari Johor Bahru yang datang menyambut kepulangan ahli keluarga dari Mekah. Noraniza Suleiman (kiri) bersama suami, Mejar Bersara Noorzrin Mohd. Nor..

2 comments:

  1. Semoga sekembalinya Tn Haji dan isteri dari Mekah akan meningkatkan semangat ukhuwah dalam kalangan adik-beradik keluarga dan teman-teman terdekat dan jauh. Jika ada rasa kurang dalam kalangan anggota keluarga dan teman-teman anggaplah itu suatu yang lumrah kerana kita sebagai manusia banyak kelemahan. Yakinlah setiap sesuatu yang kita lakukan itu ada hikmahnya. Selamat pulang ke tanah air Tn. Haji.

    ReplyDelete
  2. Harap Bang Bey dan Hajah telah dipermudah semasa 45 hari di Tanah Haram. Saya mengikuti Catatan Bang Bey melalui FB semasa di sana. Namun catatan itu terlalu ringkas. Sebaiknya diolah semula dengan pengisian yang lebih terperinci hingga menjadi sebuah buku catatan dan diterbitkan. DBP mungkin berminat untuk terbitkan memandangkan catatan ini sarat dengan maklumat tentang mengerjakan Haji.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).