04 September 2014

DARI TTDI KE KGPA BERSAMA DATO' NORDIN AHMAD DAN DATIN JAMILAH UJANG.

Khamis, 4 September 2014 di Taman Zaaba TTDI dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) - acara makan tengah hari anjuran Tuan Rumah, Dato' Nordin Ahmad dan isteri Datin Jamilah Ujang. Acara ini adalah dalam rangka meraikan kami (AFY dan isteri Rubiyah Suleiman yang akan menjadi tetamu Allah mulai 6 Sept 2014 sehingga 21 Okt. 2014. Turut hadir tetamu Abu Sufi Hj. Hassan dan isteri serta Abdul Aziz dan isteri. Terima kasih kami kepada Dato' dan Datin. Allah sahaja yang dapat membalas budi baik dan ikhlas bicara Dato' dan Datin. Insya-Allah. Dirakamkan sejumlah gambar sebagai tanda ingatan.

Selepas makan tengah hari bersiap-siap untuk beredar dari KGPA KL. Dari kanan Abd. Aziz, Dato' Nordin Ahmad, Datin Jmilah Ujang, OG Aziz, OG Abu Sufi, OG AFY dan AFY.

Bangunan Kelab Golf  Perkhimatan Awam di Kuala Lumpur.

Replika bola golf simbol KGPA

Hos Dato' Nordin Ahmad di Restoran KGPA, Kuala Lumpur

Abd. Aziz (kiri), Orang Rumah dan Datin Jamilah Ujang. Nunggu nasi belum sampai. Atau sudah selesai makan kot!.
 
Setelah selesai makan apa lagi yang elok dilakukan. Kok ada bantal alangkah baik disorongkan.Abu Sufi mungkin sdangkan memikirkan  "what's next?"

Yang tinggal hanyalah piring, sudu, remah dan tulang...

Lapan orang bersama-sama menunggu dengan sabar hidangan penuh di atas meja. Yang ditunggu hanyalah nasi

Tenang aje kerana masih ada menu atas meja yang perlu dibaca. Mungkin ada yang belum buat order ek..

Bukan ngoca tetapi mencari sesuatu di kuah yang berkicap. Masih ada sisa ekor ikan yang perlu diratah

Dari rumh Dato' Nordin di TTDI OTW ke KGPA untuk makan tengah hari. Dari kanan, Abd. Aziz, Abu Sufi, dan orang rumah masing-masing. Di kiri sekali Rubiyah Suleiman.

Dua foto istimewa. Siapa pimpin siapa.

Di rumah TTDI dari kiri Abd. Aziz, AFY, Dato' Nordin Ahmad dan Abu Sufi Hj. Hassan.

Berbual santai sebelum beredar  ke KGPA. Dari kiri Dato' Nordin, Abd. Aziz dan Abu Sufi.

Datin Jamilah Ujang (kiri) melayan tetamu, iaitu Rubiyah Suleiman, orang rumah Abu Sufi dan orang rumah Abd. Aziz.

Setelah mustaid para tamu dan hos bersiap-siap untuk beredar ke KGPA yang jauhnya kira-kira 10 minit berkenderaan dari TTDI.


4 comments:

  1. Kami dengan rasa terharu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Nordin dan Datin Jamilah kerana mengundang kami makan tengah hari di tempat eksklusif. Juga kami inginberterima kasih kepada dua rakan eks-TBS, Abu Sufi dan Abd. Aziz bersama isteri masing-masing kerana turut hadir makan siang. Turut terima call dari Ghazali Yassin di Johol yang katanya "telan air liur jo lihat gambar you all makan." Ghazali mendoakan agar selamat menunaikan Fardu Haji. Kirim salam kepada member di Mekah yg juga ex-TBS.

    ReplyDelete
  2. Kawan sejati dukar dicari, kawan ketawa ramai namun kawan seiring seperjalanan amat jarang ditemui. Dalam hal ini Dato' Nordin Ahmd dan isteri Datin Jamilah Ujang bagaikan pengimbang di kalangan semua jenis kawan ini. Dan Mungkin disebabkan Datin jamilah adalah ex-TBS, maka wujud kawan jeniss ini. Tahniah kerana berjaya mempertemu empat sahabat yang seiring seperjalanan. Harap begitulah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. saya pelajar fakulti pengurusan maklumat UiTM Kedah. bagaimana saya ingin berhubung dgn Encik? kerana ada yg ingin saya tanyakan berkaitan tokoh yg Encik pernah pos di blog Encik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilyqiranaa@yahoo.com
      terima kasih (:

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

What Other People Say...


"A.F.Yassin dalam cerpennya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).